Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Sabtu, 14 Ogos 2021
Kek Batik yang Sedap & Lembut
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,Saya dapat resipi ni dari YouTube @che_nom . Alhamdulillah sedap. Jika dulu masa belajar, saya buat mesti ada liat atau keras, tapi yang hatni, sedang sedap & tak manis sangat.
Oh ya, dan baru saya juga tahu, rupanya nak potong ke batik yang cantik, kena guna pisau panjang yang dicelup sebentar dalam air panas & kena lap selalu untuk dapat potongan yang cantik. Terima kasih sekali lagi Che Nom untuk tipnya 😘
Bahan:
2 pek biskut marie (540 - 600gm) dipatah empat
200gm mentega
153gm susu pekat
50gm serbuk koko
120gm milo
118ml air panas
1 biji telur
1 sudu kecil ekstrak vanila
Secubit garam (jika guna unsalted butter)
Bahan topping chocolate ganache:
200ml whipping cream
200gm coklat masakan
1 sudu kecil ekstrak vanila
1 sudu besar mentega
Penyediaan:
1. Panaskan kuali besar yang non stick dengan api sederhana (kuali biasa pun ok). Masukkan mentega. Masak hingga cair & kacau sekali-sekala.
2. Bila sudah mencair, masukkan susu pekat, serbuk koko & milo. Kacau dengan pantas agar tidak berketul & sehingga semuanya mesra. Masukkan air panas & kacau hingga mendapat adunan yang pekat & licin.
3. Masukkan sedikit garam (sebab saya guna unsalted butter). Masukkan juga telur. Kacau hingga mesra & kemudian masukkan ekstrak vanila & gaul lagi.
4. Masukkan biskut marie sedikit demi sedikit sambil mengacau. Kacau hingga semuanya bersalut adunan coklat & sekata. Biarkan sebentar hingga biskut menyerap lembapan & barulah pindah ke dalam loyang atau Tupperware yang dilapik dengan baking paper atau plastik. Masukkan biskut marie sedikit demi sedikit sambil tekan mampat adunan biskut ini. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk.
5. Untuk adunan topping coklat, panaskan whipping cream atas dapur sehingga mendidih & kemudian tuangkan ke dalam bekas berisi coklat masakan. Masukkan juga ekstrak vanila & mentega. Kacau semuanya hingga coklat mencair & mesra. Tuang adunan coklat ini ke atas kek batik dengan sekata. Masukkan kek ke dalam peti sejuk & sejukkan selama 4-5 jam atau seharian. Siap untuk dimakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan