Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Jarang-jarang dapat makan menu ni. Kiranya, setahun sekali aje. Rezeki kali ni ada stok tempoyak & ada stok ikan patin dengan orang yang jual ikan kucing. Buat tak pedas sangat sebab mertua bila dah masuk 8 series ni, memang tak kuat pedas dah.
Ini resipinya.Bahan:
1 ekor ikan patin dipotong 4
15 tangkai cili padi (yg suka pedas, boleh tambah lagi)
2 inci kunyit hidup / 1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu tempoyak
2 cawan air
1 tangkai daun kunyit
2 tangkai daun kesum
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Kisar cili padi & kunyit dengan sedikit air. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
2. Masukkan air, tempoyak & kacau dengan bahan kisar supaya sebati. Masak atas api sederhana & biarkan ia masak betul hingga 10 minit. Kacau sekali sekala.
3. Selepas itu, masukkan pula daun kunyit, daun kesum & ikan. Kacau perlahan-lahan kuah hingga ikan masak. Perasakan dengan gula & garam. Siap untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan