Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Bomboloni, Resipi Donat Itali yang Lembut


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bomboloni.
Italian doughnut.

Asyik nampak donat ni ulang alik kat IG & FB, meh sini kita try. Nasib ada geng nak masak donat ni, makanya dapat le ramai orang makan (kena buat donat gulung biasa gak sebab ayah mertua jenis makan kuih oldies). Bahan lebih kurang sama dengan donat biasa cuma kita letak susu untuk lebih gebu, vanila serta inti coklat / jem.

Bahan:
4 cawan tepung roti
1/2 cawan gula kastor
2 cawan susu suam
11gm yis
1/2 cawan mentega suhu bilik
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil ekstrak vanila / 1 pek kecil serbuk vanila
Gula untuk salutan
Inti coklat, jem, Nutella
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Taburkan yis & sesudu kecil gula ke dalam susu suam. Kacau & biarkan sehingga ia kembang (dlm 4-5 minit).
2. Dalam satu mangkuk besar, satukan tepung, gula, garam & vanila. Gaul mesra. Kemudian, masukkan adunan yis tadi serta telur & mentega dalam mangkuk tepung. Uli sehingga menjadi doh.
3. Letakkan doh atas papan/meja yang ditaburkan tepung. Uli sebentar & kemudian leperkan doh guna pencanai. Pastikan tebal doh lebih kurang 1/2 inci. Selepas itu, potong doh guna penekap bulat atau biscuit cutter bulat. Taburkan sedikit tepung atas papan letak doh agar ia tidak melekat. Letakkan doh & tutup dengan tuala lembab. Biarkan doh naik dalam masa 1 jam.


4. Panaskan kuali atau deep fryer. Masukkan minyak & guna api sederhana. Setelah minyak panas, goreng doh sehingga kekuningan kedua-dua belah. Tapis & kemudian sadurkan dengan gula. Cucuk sedikit dengan pisau tepi donat & kemudian paipkan inti coklat atau Nutella atau jem. Siap.


Boleh juga nak buat donat biasa. Sama aje dohnya cuma anda kena buat bulatan di tengah. Ayah mertua jenis makan kuih tradisional, makanya kalau pelik skit, jarang dia nak usik.

Tomyam Ayam & Cendawan makan dengan Kueh Tiaw


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dek kerana ramai ahli keluarga yang tak berapa sihat sekarang & saya juga mengejar masa bekerja, makanya, ini resipi mudah untuk makan dengan kueh tiaw mahupun nasi.

Bahan:
4 keping bahagian isi ayam dipotong kecil
1 batang lobak merah dihiris serong
1/2 bunga kobis, dihiris besar
10-13 kuntum cendawan tiram
6 helai daun limau purut
3 batang serai, diketuk
8 biji cili padi
2 biji bawang besar, belah 4
1 inci lengkuas dihiris nipis
2 biji limau nipis, perah jusnya
1 pek kecil pes tomyam pilihan
1 kiub tomyam
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 biji tomato (pilih masak ranum)

Penyediaan:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus & serai hingga wangi. Masukkan air lebih kurang 1 liter. Kacau sebentar & biarkan mendidih. Masukkan pes tomyam, kiub tomyam & lengkuas. Masak sebentar & masukkan lobak merah serta ayam. Masak hingga lobak sedikit empuk (masak dalam 4-5 minit).
2. Masukkan daun limau purut, cili padi, bunga kobis, cendawan, & bawang besar. Kacau & masak hingga sayur lembut. Masuk sedikit gula & kacau rata.
3. Tuang jus limau nipis, kacau & akhir sekali masukkan gula & garam secukup rasa.

Ayam Masak Merah yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Pergh!! Sedap sangat.
Sesekali bila kisar bawang, halia & lengkuas, rasanya memang lain.
Cuba anda try. InsyaAllah mesti nak buat lagi. Enak sangat makan dengan nasi tomato atau nasi putih.

Bahan:
Bahan ayam goreng.

1 ekor ayam dicuci bersih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 camca teh garam

Bahan sambal.
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili kisar
3 camca besar sos cili
2 sudu besar puri tomato
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam & gula secukup rasa
1 - 2 cawan air

Bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas

Penyediaan:
1. Ayam digoreng hingga masak, tak perlu garing. Angkat & toskan. Ketepi sebentar.
2. Keluarkan minyak & tinggalkan dalam 1/2 cawan. Tumis serai, kayu manis & bunga lawang hingga wangi. Kemudian, masukkan bahan kisar & masak hingga pecah minyak.
3. Tambah cili kisar & sos cili. Kacau rata & masukkan pula puri tomato. Kacau sesekali & masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, gaul rata. Tambahkan bawang. Perasakan dengan gula & garam. Jika nak lembab skit, tambahkan air. Jika tak mahu, gaul seketika & siap.

Jelatah @ Acar Mentah Segar


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Simple salad untuk makan dengan nasi putih ataupun nasi tomato. Kiranya macam salad orang Asia lah :)
Jika suka, boleh letakkan hirisan bawang besar. Saya tak letak sebab confirm takde orang nak makan bawang tu kat rumah ni.

Bahan:
1 biji timun dipotong nipis
1 biji lobak merah dipotong nipis
1 tangkai cili merah dihiris
1 biji nanas dibuang kulit & di potong kipas (buang bahagian tengah keras tu)
1 camca besar gula
1/2 camca teh garam

Penyediaan:
1. Masukkan timun, lobak merah, cili, nanas ke dalam satu bekas.
2. Masukkan gula & garam. Gaul hingga mesra. Siap.

Bingka Durian, wangi dapur dibuatnya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah sedap sangat.
My first attempt & menjadi bila masak guna oven. Ayah Rudy & anak sedara, berketul2 makan. Mungkin sebab masing-masing suka durian.

Ini resipinya.
Saya ambil dari web @matgebu ☺️ 
Tambah sedikit bahan sebab anak2 sedara tengah cuti sekolah. Biasalah, tahap nak makan depa time ni memang tinggi, hehehe...

Bahan:
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan santan
1 cawan air
3 biji telur
Sedikit garam
6-7 ulas isi durian
2 sudu besar mentega, cair yg dah disejukkan suhu bilik
Sedikit pewarna kuning

Penyediaan:
1. Satukan telur dengan gula, kacau hingga gula hancur (guna mixer aje)
2. Masukkan santan & kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Masukkan sedikit garam & pewarna kuning. Gaul rata.
3. Panaskan oven pada suhu 190°c. Sapu dasar loyang dengan mentega/butter. Kemudian, lapikkan loyang dengan kertas aluminium & sapukan mentega sekelilingnya. Masukkan loyang dalam oven panas dalam 5 minit.
4. Isi durian dilecek hingga halus, masukkan ke dalam bancuhan bersama mentega cair. Kacau rata guna spatula aje & keluarkan loyang panas dari oven. Tuang dalam loyang adunan tadi. Masukkan dalam oven & bakar lebih kurang 45 minit api atas bawah & selepas itu 8-10 minit guna guna api atas sahaja. Bila lihat permukaan sudah semakin gelap petanda ia sudah masak. Tutup suis & keluarkan dari oven. Biarkan kuih menyejuk dalam 10-15 minit sebelum memotongnya.

Pajeri Nanas yang enak


Assalammmualaikum & Salam Sejahtera.

Ingatkan nak buat lauk pajeri ni masa raya lepas tapi dek kerana banyak menu dah, makanya kita masak harini. Tq @matgebu untuk resipi. Itupun menderhaka skit ikut bahan yang ada di dapur ☺️☺️

Ini resipinya, boleh le try. Tapi kalau nak lagi kaw, boleh Google kat web Tiffinbiru.

Bahan:
1 biji nanas saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk kunyit
5 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
2 sudu besar penuh rempah kari daging
1 keping camca asam gelugor
2 sudu besar penuh kerisik
2 sudu besar cili kisar
1 cawan air
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

Penyediaan:
1. Kupas nanas, belah empat dan buang empulurnya. Hiris sederhana tebal, kemudian masukkan ke dalam periuk & tuang air hingga nanas tenggelam. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata & rebus selama 6 -7 minit. Toskan. Sementara itu bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes, ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2/3 cawan). Masukkan bahan2 tumis & tumis hingga harum, tambah cili kisar &masak hingga cili garing, masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
3.Tuang 1 cawan air, masukkan asam gelugor. Biarkan mendidih, tambah santan, kerisik, garam & gula secukup rasa (saya tadi masukkan dalam 3-4 sudu besar gula & garam dalam 2 sudu kecil. Kacau dan masak hingga pekat sedikit.
4. Masukkan nanas, kacau rata & perlahankan api. Masak sekejap &masukkan belahan cili merah. Gaul rata & masak hingga pekat. Rasa & jika perlu tambah garam atau gula agar seimbang rasanya. Biarkan masak sekejap lagi & matikan api. Siap.

Nasi Minyak, Menu pagi raya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dek kerana mama kata dah boring asyik buat nasi tomato/nasi daging aje time raya, so harini dia minta buat nasi minyak.
Maka, saya guna resipi @matgebu . Dah lama tak buat & Alhamdulillah menjadi.

Bahan:
5 1/2 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 tin susu cair
1 tin kecil minyak sapi
5 1/2 cawan air
1 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun pandan
3 ulas bawang putih*
4 cm halia*(*kisar halus)
2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih# (#rempahtumis)
Sedikit pewarna kuning & hijau

Penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi. Tumis rempah tumis & bawang besar hingga harum. Masukkan bahan kisar & daun pandan. Tuang air & biarkan ia mendidih.
2. Masukkan susu cair, garam & gula. Bila mendidih, padamkan api &tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata & masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat beberapa lubang & masukkan pewarna kuning & hijau. Biar nasi betul2 masak.
4. Gemburkan perlahan menggunakan garfu. Angkat & letakkan dalam bekas nasi. Tabur bawang goreng & hirisan daun sup/bawang. Siap.

Lontong, resipi enak di malam & pagi raya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu di malam raya Aidil Adha.
Alhamdulillah, rezeki harini bila mama soh masak lontong. Dapatlah saya ilmu baru.
Sempena raya haji esok, ini antara menu buka puasa mereka di rumah Ampang.

Ini resipinya. InsyaAllah sedap.
Untuk sayur tu, boleh aje letak apa yang suka / apa yang ada di dapur.

Bahan:
12 tangkai kacang panjang, potong serong
2 batang terung potong serong
1 batang lobak merah, potong serong
1 biji kentang dipotong wedges
2 keping tempe, dipotong kiub
1/4 kubis bulat, dipotong kasar
5 tangkai cili merah belah tengah
5 tangkai cili hijau belah tengah
2 kotak kecil pati santan (Saya guna brand ms)
2 cawan air
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak untuk menumis

Bahan kisar halus (blend):
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering, rendam 5 minit & toskan
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar
Sedikit air untuk kisar

Penyediaan:
1. Panask minyak dalam periuk/kuali, tumis serai dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus & masak hingga naik minyak, guna api sederhana & kacau sentiasa.
2. Masukkan lobak merah & kacau sebentar. Masak hingga lembut. Kemudian tambah kacang panjang, kobis & terung Kacau rata dan jika kurang kuah, boleh tambah air panas. Jika nak kuah lebih sedikit tambah lagi air.
3. Masukkan udang, tempe & kentang. Kacau hingga udangbtukar warna & kemudian masukkan santan & perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap & rasa, jika ok boleh matikan api. Enak dimakan dengan nasi impit, sambal ikan bilis, kuah kacang, serunding atau ayam masak kicap.

Masak Lemak Ketam Cili Api


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi mudah untuk anda yang sukakan seafood. Menu ni ter'masak' gara-gara adik saya yang mengandung sedang mengidam. Apalagi, mama carilah di pasar. Alhamdulillah ada ketamnya.
Yang tak tahannya, bila masak dengan Masterchef Inon, memang betul2 jadi Sous Chef. "Selagi tak menggelegak banyak & berbuih, kau jangan berhenti kacau & letak ketam."

Ini resipi mama & semua bahan saya sediakan kecuali ketam (dia dah cuci dulu)

Bahan:
4 ekor ketam dibelah dua & dicuci bersih
1 kotak santan / sebiji santan kelapa
30-35 tangkai cili padi hijau
3 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
2 cawan air
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Kisar/tumbuk cili padi & kunyit hidup. Jika kisar, masukkan sukata air sekali dalam blender.
2. Masukkan dalam periuk / kuali. Masak guna api sederhana. Masukkan pula sekotak santan. Kacau sebentar & kemudian masukkan daun kunyit. Kacau kuah hingga mendidih betul.
3. Masukkan pula asam keping & 2 sudu kecil garam. Kacau lagi & kemudian masukkan pula ketam. Setelah kelihatan ketam makin masak, rasa kuahnya. Jika kurang garam, boleh tambah lagi. Kacau lagi & boleh tutup api. Siap.

Sup Ikan Merah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ikan merah, enak dibuat kari kelapa ikan. Tapi kali ni, entah kenapa, perasaan nak try buat sup, menggebu-gebu. 
Nak lagi sedap, makan dengan cili kicap. Menyengat rasanya...

Dah Alhamdulillah, sedap sangat rasanya.
Ini resipinya.

Bahan:
1 ekor ikan merah saiz sederhana. Kerat 5 bahagian
1 biji kentang dibelah 4
1 batang lobak merah dikerat 5 & dipotong 4
1 kiub pati ikan bilis
1 ikat daun sup dikerat kasar
1 pek sup bunjut masak sup ikan (dalam pek tu dh ada kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, daun bay)
1 liter air
1 sudu kecil lada hitam dikisar/tumbuk
Garam secukup rasa
Sambal kicap
Bahan tumbuk/kisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan tumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 4-5 sudu besar. masukkan bahan2 tumis & bay leaf, kacau sebentar & masak hingga bawang keperangan. Tuang air & kacau. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan kiub pati ikan bilis, daun sup yang dikerat. Kacau sebentar & kemudian masukkan lobak merah & kentang & masak hingga lembut.
3. Masukkan kepala ikan, kacau perlahan. Masukkan pula lada hitam & perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sebentar hingga kuah mendidih & isi ikan masak. Tutup api. Jika suka, buatkan sambal kicap. Enak dimakan panas2. Siap.

Pisang Goreng dengan Habbatus Sauda Cicah Sambal Kicap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Pisang Goreng dengan Sambal Kicap. Pergh!! Sedap sangat.

Tetiba semalam entah kenapa teringin nak makan menu ni. Makanya, gigih mencari pisang. Alhamdulillah dapat. Sesisir pisang dalam RM3.50 aje di kedai buah. Bayangkan berketul2 boleh makan. Ini resipinya. Boleh le buat untuk minum petang anda.

Bahan:
Sesisir pisang nipah / abu / awak & kemudian dibelah dua
1 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
Beberapa titik pewarna kuning
1 sudu kecil garam
Air secukupnya lebih kurang dalam1 cawan (agak2)

BAHAN SAMBAL KICAP:
25 tangaki cili padi
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
Kicap lemak manis secukupnya

Penyediaan:
SAMBAL KICAP

1. JIKA RAJIN, tumbuk cili, bawang putih & gula serentak. Kemudian masukkan dalam mangkuk & letakkan kicap. Gaul mesra. Siap. JIKA KEJAR MASA, korang blend aje semua 😁

PISANG GORENG:
1. Dalam satu mangkuk, satukan tepung beras, tepung gandum, soda bikarbonat, garam dan telur, kacau rata.
2. Tuang air sediki demi sedikit hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair. Agak2. Letak setitik dua pewarna kuning.
3. Rehatkan dalam 10 minit. Kemudian boleh goreng pisang seperti biasa, hingga kuning keemasan. Kemudian angkat & toskan. Siap.

Agar-agar Lapis Teh Hijau Boh dengan Cream-O


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Agar-agar memang sedap bila makan time cuaca panas & dibuat pula dengan menggunakan air kesukaan. Pergh!! InsyaAllah sedap.

So, saya cuba resipi baru ni sebab stok air feveret kami berdua ada. Teh hijau Boh. Alhamdulillah menjadi & rasanya sedap. Ini resipinya.

Bahan:
1 paket agar-agar (serbuk/bertali) (Saya guna bertali 30gm)
1.1 liter air
180g Sugar
1 tin susu cair
3 paket green tea latte Boh
1 pek biskut Cream-O

Penyediaan:
1. Masak agar-agar & air sehingga agar-agar mencair. Kemudian masukkan gula & masakkan ia hingga cair. Kacau sekali sekala. Masukkan pula susu & kacau sebentar. Setelah mendidih, tutup apinya.
2. Asingkan 3 cawan adunan tadi ke dalam periuk kecil yang dibuka api perlahan. Kemudian, masukkan serbuk teh hijau latte Boh. Kacau hingga mencair.
3. Sediakan 1 atau 2 bekas untuk meletak agar-agar.
4. Pertama, tuang 4-5 senduk adunan putih (jika bekas besar tambah sukatan) ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk sebentar dalam 3-4 minit / lapisan agar-agar licin tidak melekat. Kemudian, tuang adunan teh hijau latte di atasnya. Selepas itu, taburkan pecahan Cream-O di atasnya. Biarkan seketika dalam 5-6 minit & kemudian tuang lebihan lapisan putih tadi.
5. Biarkan ia sejuk sebentar & masukkan ia ke dalam peti sejuk. Biarkan ia sejuk sekurangnya 2 jam. Siap.

Maggi Goreng Ayam Pedas dengan Telur Mata Kerbau


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Maggi Goreng Ayam Pedas dengan Telur Mata Kerbau. Menu simple time lapar-lapar. Tak caya, try buat. Resipi ni saya letak bahan macam nak buat nasi goreng. Dan rasanya, sedap.

Bahan:
2 paket maggi ayam direbus
2 perencah maggi ayam
1/2 bawang besar*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili padi*
1/4 cawan air
7 biji fish ball dihiris
1 batang saderi dihiris
1/2 batang lobak merah diparut
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 biji telur
1 batang cili merah (untuk hiasan)

Penyediaan:
1. Kisar / tumbuk bawang besar, bawang putih & cili padi (jika kisar, tambah sedikit air untuk blend).
2. Panaskan minyak dalam kuali & kemudian goreng telur. Angkat selepas masak. Ketepikan.
3. Tambah sedikit minyak jika kurang & setelah minyak panas, tumis bahan kisar/tumbuk tadi. Masak hingga sedikit garing. Masukkan pula, perencah maggi aya. Kacau sebentar & letakkan air.
4. Bila dah mendidih, masukkan fish ball. Kacau sebentar & masukkan batang saderi. Masak dalam 1-2 minit.
5. Kemudian, masukkan maggi yang direbus serta lobak merah. Kacau hingga mesra. Setelah masak, angkat & hidangkan. Tabur dengan hirisan cili merah. Siap.

Sandwich Telur Yang Mudah & Berkhasiat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah lama tak buat sandwich & semalam masa godek2 Pinterest, jumpa resipi ni. Plus, semua bahan ada. Makanya, kita sarapan sandwich pagi ni.
Kat kedai, berapalah agaknya harga sandwich begini. Mungkin dalam RM3-4.

Bahan:
8 keping roti
4 biji telur rebus didadu*
2 batang saderi dihiris*
1/4 bawang besar didadu*
1 sudu besar daun kucai*
1 sudu besar Dijon mustard*
1/3 cawan mayonis*
1 sudu besar jus lemon*
1 sudu kecil garam*
1 sudu kecil lada hitam*
1 biji tomato dihiris


Penyediaan:
1. Gaulkan mesra semua bahan bertanda * dalam satu mangkuk.


2. Letak sekeping roti atas piring & letakkan 2 hirisan tomato. Kemudian, letakkan dalam 2-3 sudu bahan inti yang digaul mesra. Tangkup sekeping roti lagi. Siap.


Ayam Goreng Berempah Daun Kari, Sedap


Assalammulaikum & Salam Sejahtera.

Ayam Goreng Berempah Daun Kari.
Kali ni try letak daun kari sebab bau wanginya & khasiatnya. Ditambah lagi dengan bau rempah & halia, memang menggoda untuk menambah nasi.

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 12
Bahan kisar
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
2 inci halia
2 batang serai dihiris
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit (saya guna serbuk aje sbb stok habis)
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Ayam dibuang kulit & bersihkan. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuang bahan kisar halus dan gaul rata. Letak dalam bekas bertutup atau plastik dan perap semalam dalam peti sejuk (atau sekurangnya 2 jam).
2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kemudian goreng separuh ayam hingga keemasan. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki ayam tadi. Siap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...