Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.
Brunei, negara pertama yang dipilih oleh Allah untuk saya & encik hubby pergi bercuti buat pertama kalinya ke luar negara.
Pada awal pemilihan kami berdua untuk bercuti buat pertama kalinya ke luar negara, ada banyak negara/tempat menarik menjadi pilihan. Terasa seperti ingin ke Siem Reap, Padang, Bukit Tinggi, Yogyakarta & Singapura. Survey punya survey & intention pada masa tu more toward Singapore, tiba-tiba encik suami whatsapp, "Cuba survey untuk Brunei. Kita tengok mana yang ok. Saya drive & tiba-tiba teringat yang saya pernah cakap pada diri sendiri nak melawat negara yang laksanakan undang-undang Islam."
Untuk ke Brunei, rupanya bukan jalan mudah juga. Ada sedikit rintangan dalam masa perancangan 1 bulan nak ke sana. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan membuat pasport. Dalam 1 jam 1/2 dah settle. Cuma masa nak beli tiket Royal Brunei aje ada problem sikit. Websitenya yang agak berat ditambah pula dengan line internet P1 yang kejap 3 lampu menyala, kejap 2 serta bila bayaran melalui internet dibuat tiba-tiba website kata tak terima padahal sms untuk bayaran selamat dah ditolak. Namun, akhirnya Allah permudahkan juga. Kami dapat beli tiket melalui Royal Brunei menerusi emel komplen yang dihantar encik hubby (nasib ada staf depa baca).
Dan akhirnya kami pilih tarikh 23/4/15 untuk perjalanan pertama kami.
Kenapa kami pilih Royal Brunei? Sebab masa tengah survey time encik hubby nak tukar tempat tu, kami ada whatsapp staf Royal Brunei di KL dan katanya mereka extend promosi tiket penerbangan sehingga akhir bulan 5. So... itukan rezeki namanya... Untuk tiket pergi balik bagi 2 orang, kami peruntukkan sebanyak RM961.80 (jimat berganda k dari flight yg satu lagi tu)
Oleh kerana saya ni peminat tegar buku, so, buku Di Sebalik Niqab ini menjadi pilihan untuk saya bawa ketika melancong. Jika anda yang pernah baca buku tulisan Puan Roza Roslan ini especially buku travelog kehidupannya ketika ke luar negara, ada tahu salah satu sebab kenapa kami pilih Brunei ada di dalam perkongsian kisahnya (cuba dapatkan buku Bukan Sekadar Resipi & Aroma Antara Benua).
Rezeki untuk kami ketika terbang bersama Royal Brunei. Ikan masak rebus asamnya sedap... manakala ayam panggang buat encik hubby juga enak.
Pemandangan yang indah dari langit yang tinggi...
Setibanya kami di Airport Brunei, Alhamdulillah cuacanya baik. Airportnya tidak besar sangat tapi mengingatkan saya pada airport di Labuan. Setibanya kami di tingkat bawah, kami dah nampak apa yang 'lain'nya di Brunei ini. Lihat signboard di bawah...
Tulisan jawi di Brunei ini bukan sahaja kelihatan di badan-badan kerajaan dan airport tetapi juga di kedai makan, banner & lain-lain.
Restoran fastfood juga ditulis dalam tulisan jawi.
Parking di hadapan Lapangan Terbang Brunei.
Sebaik keluar dari pemeriksaan imigresen, encik hubby tiba-tiba cakap, "Yang, saya lupalah nak tanya Hj Razali kereta kita warna dan plat apa. Nak ambil kunci di mana." Hmmm... dah sah kena tunggu line internet ada sat lagi ni baru dapat contact orang yang ingin kami sewa keretanya. Dan, Alhamdulillah, sebaik kami keluar ke balai ketibaan dan tengah cari tempat duduk untuk dapatkan line internet, seorang lelaki approach kami, "Encik Rudy ya?" Encik hubby terus iakan. "Saya Hj. Razali." Lega hati kami berdua. "Mana encik kenal saya?" tanya encik hubby. "Ini," diunjukkan henset dan dan keluarlah gambar pasport suami. Tersenyum-senyum kami bila tengok gambar rambut kembang encik hubby yang belum potong masa ambil passport.
Ini kad perniagaan Hj. Razali. Anda boleh whatsapp atau call beliau. Ada beberapa prosedur yang diperlukan untuk anda memandu di Brunei.
Akhirnya, Hj, Razali bawa kami terus ke Hotel Parkview di Jerudong. Untuk sewaan keretanya selama 3 hari, kami dapat BD150. Barangkali ambil 3 hari, ada diskaunnya sedikit, Jika sehari sahaja, barangkali dia ambil BD60. Bukan kami tak mahu ambil bas atau teksi di sini tetapi apabila baca blog pelancong lain serta rakan yang pernah ke sini, kami decide sewa kereta. Memandangkan juga encik hubby ada history slip disc, maka perkara tersebut perlu diambil kira. Ada blog menceritakan yang mereka membayar BD100 untuk perkhidmatan teksi untuk sehari sahaja (nampak tak beza jika anda sewa kereta & sewa teksi).
Hotel Parkview di Jerudong. Kami beli guna Agoda. Jika anda tak nak sewa kereta pada hari pertama, boleh aje minta pihak hotel ambil anda di airport. Tapi, pastikan sehari sebelum anda ke sana, call hotel atau emel mereka menyatakan ketibaan anda. Kot le depa terlupa...
Masa tunggu encik hubby check ini, ada satu insiden kurang best berlaku antara saya & 3 orang "makcik orang Brunei". Saya bangun dari sofa yang diduduki untuk cari tong sampah bagi buang bekas air mineral yang kosong. Saya terserempak mereka di pintu lif (kebetulan hanya 1 tong sampah di situ). Dan sebaik saya kembali ke sofa, saya lihat salah seorang dari mereka enak duduk di tempat saya. Saya senyum, depa buat dek aje. Lepas tu, rasanya salah seorang dari mereka perasan yang saya duduk di situ sebelum ini tapi masih buat dek aje. Encik hubby yang sedang berdiri di kaunter (sdg tunggu giliran) sudah beri tanda isyarat agar pastikan beg kami berada dalam keadaan baik. Dan sudahnya, saya terpaksa angkat 2 beg di atas lantai mencari sofa yang agak jauh sedikit. Tiada langsung minta maaf atau balas senyuman saya sebelum ini. Tapi saya tahu, we can't judge this small group to represent a Brunei citizen behaviour same as them.
Bilik hotel yang agak luas & selesa. Internet, laju gila... Superb.
Lepas relax dalam setengah jam, kami cadang nak merayau cari kedai makan untuk makan malam. Dan bila ada kereta, encik hubby terus cadang pergi hingga ke Bandar Seri Begawan, Katanya survey2 dahulu sebelum start journey esok.
Experience kami bila drive sendiri, kami dapat perhatikan beberapa perkara:
- Kenderaan yang sedang buat U-Turn di simpang tanpa lampu isyarat dibenarkan lalu oleh kereta di main road tanpa perlu menghonkan kereta yang sedang U-Turn atau yang paling hadapan (sebab bagi laluan). Jika ada 8 kereta buat U-Turn, dibiarkan aje selesai.
- Tidak dengar langsung kereta membunyikan hon sama ada ketika di jalan raya & di hadapan sekolah (kereta ibu bapa parking bertindan ketika ambil anak dari sekolah). Mereka sikap toleransi or give and take lah.
- Mereka akan berhenti segera jika pejalan kaki melintas di zebra crossing. Kat KL, saya dah selalulah guna "The Power of Hand" nak tahan kereta agar sabar untuk beri kita lalu walaupun di zebra crossing ataupun lampu isyarat merah.
- Ketika saya & encik hubby ingin melintas jalan (lampu belum merah lagi bagi kenderaan berhenti), kereta yang sedang lalu sanggup berhenti & minta kami lalu sahaja (tang ni memang kagum sat).
Dataran parking ini kosong sekosongnya lepas jam 5.30 petang. Hanya ada 3-4 biji kereta aje yang parking sebelah kami.
Tang makan, ehem ehem, yang ni memang best. MURAH.
Korang jangan gatal nak convert harga ya. Silalah lihat pendapat perkapita selaras dengan ekonomi mereka. Bayangkan RM10 milik anda boleh beli makan berlauk berserta air untuk anda seorang sahaja dan bakinya sedikit. Tapi untuk menu petang seperti dibawah (ikan kembug tu besar k), BD10 kami hanya perlu bayar BD8.50 untuk 2 orang makan. Siap berbaki lagi (bayangkan juga pendapat bulanan anda RM3000 & Brunei BD3000, agak2...)
Kami juga ada bungkus set fast food Jollibee. Juga murah harganya tanpa tax langsung.
Lepas selamat makan malam, encik hubby kata dia nak solat maghrib & isyak di masjid berhampiran. Dan Alhamdulillah, kami dapat solat di masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Dan bila parking kat pintu luar, saya perasan kubahnya lain. Dalam hati terdetik, 'ini ke masjid yang kubahnya emas tu?' Dan memang betul bila saya tanyakan rakyat tempatan. Subhanallah, segala puji hanya untuk Mu...
"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta memberi zakat: mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
(Surah An-Nur 24: 37)
Kita sambung part 2 pulak ya...
Salam.. tumpang tanya.. Parkview Hotel charge anything x untuk airport transfer?
BalasPadamW'salam. Tak pasti pula. Mulanya kami memang minta airport transfer tapi lepas tu suami buat decision untuk guna kereta. Kami guna Agoda untuk booking hotel dan emel mereka. Namun, pada masa yang sama, ada family Malaysia yang sekali dgn kami guna airport tranfer (ada nampak vannya berhenti depan pintu masuk & kami check-in pada masa yg sama)
Padam