Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Daging panggang pedas dengan cuka balsamic ni saya dapat resipinya bila tengok chef di rancangan Food Network dan juga Masterchef. Bila terjumpa aje cuka ni kat ofis al-hidayah, terus le beli. Sebab dah tahu kegunaannya untuk masak apa.
Masa nak masak ni, saya tengok dalam peti ais ada baki daging. So, kita panggang untuk makan dengan nasi & buat sandwich. Bagusnya bila ayam atau daging masuk oven, kita biarkan oven buat kerjanya dalam 45 minit-1 jam (jangan lama sangat, nanti jus daging akan berkurangan).
Ini resipinya.
Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 220°c.
2. Dalam satu mangkuk, campurkan djorn mustard, cuka balsamic, garam, paprika, & minyak zaitun. Gaul. Kemudian, sadurkan bahan ini pada daging. Selepas itu, sapukan/taburkan lada hitam pada setiap kepingan daging. Masukkan ke dalam oven. Masak lebih kurang 45 minit dan siap daging panggang pedas dengan cuka balsamic.
Ini resipinya.
Bahan:
2kg daging dipotong seperti filet.
2 sudu besar djorn mustard
1 sudu besar cuka balsamic
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu besar lada hitam (untuk saduran daging sebelum panggang).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan