Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 25 Disember 2018

Tomyam Resipi Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tomyam.
Menu yang boleh dimakan dengan nasi mahupun bihun.
Nak lagi kaw rasanya, letak cili padi dalam 10-12 tangkai. Pergh!

Tomyam perlu ada daun ketumbar untuk tabur atasnya tapi oleh kerana saya tak suka bau daun ni, makanya tak letak.

Bahan:
4 keping dada ayam & hiris kiub
1 batang lobak dihiris serong
1 jambak bunga kobis, dipotong sekuntum/dihiris
7 batang putik jagung, kerat 3
10 helai cendawan tiram
2 batang saderi dihiris serong
4 helai daun limau purut
3 batang serai, diketuk
10 tangkai cili padi
1 inci lengkuas dibelah dua
2 biji limau nipis, ambil jusnya
2 sudu besar penuh pes tomyam pilihan anda
Sedikit gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 biji tomato (pilih yang masak ranum)

Penyediaan:
1. Panaskan 4 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus & serai hingga harum. Masukkan air dalam 1 liter. Kacau & biarkan mendidih. Tambah pes tomyam dan lengkuas. Masak sebentar & kemudian masukkan lobak merah & ayam. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan pula daun limau purut, cili padi, bunga kobis & cendawan. Kacau dan masak hingga ayam empuk & sayur sedikit lembut. Masuk sedikit gula & kacau.
3. Tuang jus limau nipis, kacau. Tambah garam secukup rasa. Masak sebentar & siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...