Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Bila ibu atau ayah tiba-tiba sakit: apa yang perlu dibuat dahulu?


Bila ibu atau ayah tiba-tiba sakit, kita sebagai anak pantas berfikir apa yang perlu dilakukan dahulu. Ini yang terjadi pada saya dan suami seminggu lalu. Hampir jam 3.30 pagi hari Jumaat, tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar. “Di, Di bangun. Abah jatuh,” suara mak mertua kedengaran memanggil. Pantas kami tersedar dan bangun. Suami meluru ke pintu. Buka dan nampak maknya depan pintu. Mereka bergegas ke bilik sebelah.

Saya juga pantas cari cermin mata dan pakai. Keluar dan lihat suami sedang usaha naikkan ayahnya ke atas katil. “Abah kau nak pergi toilet tadi. Tiba-tiba entah macam mana dia jatuh. Lepas tu terkencing dalam kain,” mak mertua bercerita tanpa dipaksa. Saya yang terpandang mereka dalam bilik bertembung pandang dengan ayah mertua. Wajahnya kelihatan macam blur dan tak pasti. Pantas suami menyuruh saya hubungi abangnya manakala dia uruskan abah. Saya hubungi kakak ipar dan memaklumkan mereka apa yang berlaku. Selesai hubungi, saya kembali pada suami. Tapi tak berani nak masuk sebab ada batas aurat abah nak kena jaga sewaktu suami sedang uruskan kain dan kawasan yang terkena kencing.

Saya ke dapur. Tetiba saya nampak ada beberapa tompokan najis. Saya pelik. ‘Apasal lain macam rupa taik anak-anak kucing ni?’ bisik saya dalam hati. Saya jerit pada suami, ”Yang, saya nak bersihkan dapur dulu. Ada masara’ah kucing kat sini. Takut ada orang terpijak.” Sementara tunggu abang ipar datang dengan anak lelakinya, suami uruskan abah dan saya uruskan kebersihan lantai dapur. Usai selesai, saya ke depan. Buka pintu rumah dan standby apa yang perlu. Suami buka pintu bilik mak abah dan kelihatan dia memapah abah dan berusaha membawa ke bilik air yang bersebelahan dengan bilik mereka. Rupanya abah berkeras nak ke bilik air. Nak bersihkan dirinya sendiri. Ya. Dia mahu rasa bersih dan selesa.

“Abah, jangan kunci pintu bilik air. Rudy bersihkan bilik abah kejap.” Suami bergegas masuk ke bilik mak abah. Kemudian dia keluar dengan cadar dan alas kain yang bernajis. Segera saya buka pintu depan dan dia bawa kain tersebut untuk cuci di paip luar. Saya kawal sebentar pintu sebab takut anak kucing keluar. Kemudian, suami masuk semula dan ke bilik tadi dan kali ni keluar dengan membaw bawa tilam

Petua Menjemput Rezeki: Perkongsian dari kitab Bayan Linnas


Petua menjemput rezeki ini tidaklah tertakluk kepada wang sahaja. Rezeki jika dibesarkan skopnya boleh merangkumi kesihatan, hubungan baik dalam keluarga, miliki jiran yang baik, mudah beramal ibadah, dapat bersedekah atau kongsi rezeki, dapat menambah ilmu dan pengalaman baru dah mungkin juga miliki kawan-kawan yang baik dan mudah membantu. Rezeki ini luas definasinya. Dan kali ini, saya ingin kongsikan ilmu baru yang dibaca dalam kitab Bayan Linnas: Penjelasan isu semasa jilid 1 terbitan Karya Bestari. Moga ia membantu saya dan anda dalam mendapatkan rezeki yang baik, dirahmati dan tidak disangka-sangka serta menjadikan kita orang yang lebih bersyukur.

8 petua menjemput rezeki berkat dari Allah:


  • Solat subuh berjemaah. Ini kerana banyak kelebihan pelaksanaan solat subuh berjemaah. Inilah yang dilakukan oleh salf-al-soleh.
  • Melazimi membaca surah al-Waqiah pada setiap malam. Rasulullah s.a.w bersabda, “Siapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, nescaya dia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya.” (HR al-Baihaqi)


  • Melazimi istighfar dengan sebanyak-banayaknya setiap hari. “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak ; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh 71: 10-12)
  • Melazimi doa dan taubat terutamanya ketika senang. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda; “Sesiapa yang suka Allah mustajabkan permohonannya ketika dalam kesukaran dan kepayahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa pada waktu senang.” (HR Tirmizi)
  • Melazimi qiamullail. Daripada Bilal Bin Rabah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Hendaklah kamu melaksanakan qiamullail kerana ia merupakan perjalanan orang soleh sebelummu dan

Resipi bergedil mudah yang orang tua kita suka makan

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Resipi bergedil mudah ni mampu buat saya sedih. Sedih sebab kerana ia makanan feveret arwah ayah mertua saya bila saya buat bihun sup. Resipi asal bergedil ni dapat dari besan mertua saya, ibu mertua kepada kakak ipar saya. Baru ni masaklah menu bihun sup. Once sampai bab bergedil aje, saya dah sebak. Saya pandang kentang tu. Saya dok kat meja dan pandang tengah meja makan dan terbayang arwah abah ambil satu per satu bergedil tu letak dalam pinggan. Kalau tak letak dalam pinggan, dia makan gitu aje bila waktu minum petang sampai. Saya pandang depan yang kosong. Hanya ada memori lama yang sedih, gembira dan pedih untuk dikenang.

Sebenarnya, tak mudah untuk saya masak setiap hari. Every tiny little things yang ada kat dapur menggamit memori. Setiap ceruk terbayang gerak geri arwah. Kicap, sirap, biskut kering, senduk nasi, semua boleh mendatangkan rasa 'something'. Allah... begini rasanya bila orang yang sering ada dengan kita tak kembali lagi. 

Dan, untuk mengingati ayah mertua yang suka makan makanan menantu dia ni, saya kongsikan resipi besan dia. Moga anda yang cuba masak untuk diri dan famili akan turut puas hati bila menikmati bergedil Makcik Ros yang sedap dan lembut ni. 


Bahan-bahan:
1kg kentang
200gm daging cincang
3-5 batang daun sup
2 biji telur
Minyak untuk memasak masak
1/2 sudu kecil garam


Penyediaan:
1. Sediakan mangkuk besar berisi air separuh. Mulakan proses membuang kulit kentang dan masukkan kentang ke dalam besen. Ini bagi memastikan warna kentang tidak lebam dan tidak berubah. Nampak fresh. 
2. Setelah buang semua kulit dan rendam, potong kentang sederhana nipis. Ini bagi memastikan bila anda menggoreng, ia cepat sedikit masak berbanding jika dipotong empat aje. Rendam balik kentang yang dipotong tu ke dalam air bagi membuang lapisan kanji yang ada dalam kentang. Rendaman ini juga sebenarnya turut melambatkan proses pengoksidaan dan kentang tetap cerah warnanya sebelum digoreng. 
3. Selesai potong kentang, panaskan minyak masak untuk menggoreng. Sebaik panas, masukkan kentang untuk menggoreng. Jangan penuh sangat dalam kuali. Goreng sehingga nampak garing kentangnya (seperti gambar di atas) dan kemudian letak dalam pinggan/bekas besar. Goreng baki kentang yang lain. 
4. Sementara tunggu kentang masak, hiris daun sup. Bila siap, ketepikan. 

25 pesanan Ali bin Abu Talib r.a untuk mereka yang mencari berbahagia


Setiap insan dalam dunia ini sering mencari bahagia, namun jalan untuk menemuinya tidak selalu mudah. Ada yang mencarinya pada harta, ada yang memburunya dalam kejayaan, dan ada juga yang menunggu ia hadir tanpa usaha. Hakikatnya, kebahagiaan bukanlah sesuatu yang jauh, ia tidak semestinya datang dari perkara besar, tetapi sering tersembunyi dalam detik kecil kehidupan — senyuman yang ikhlas, secawan teh panas selepas penat bekerja, atau doa yang terbisik di sepertiga malam. Bahagia itu hadir bila hati belajar mensyukuri, menerima, dan merasai nikmat yang sudah ada di depan mata.

Dalam Islam, kebahagiaan sejati bukanlah semata-mata pada banyaknya harta atau tingginya kedudukan, atau popular diri di mata orang tetapi ianya berada pada ketenangan jiwa yang dekat dengan Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah, “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang” (Surah Ar-Ra’d: 28). Saat seorang hamba belajar mensyukuri nikmat yang kecil, sabar menghadapi ujian, dan menyerahkan urusan hidup kepada Allah, di situlah benih-benih mencari bahagia perlahan-lahan tumbuh mekar dalam diri.

Di sini, kami kongsikan pesanan Ali bin Abi Talib kepada anaknya, al-Husain dalam mencari bahagia dari buku Jangan Bersedih. Pesanan ini sudah semestinya sangat diperlukan oleh kita yang mencari panduan dalam meneruskan hidup yang lebih bahagia dan menghindar rasa negatif yang ada dalam diri.

  1. Wahai anakku! Aku berwasiat kepadamu supaya kamu bertakwa kepada Allah, sama ada dalam keadaan bersendirian mahupun di khalayak ramai. 
  2. Berkata benar, sama ada dalam keadaan redha mahupun dalam keadaan marah. 
  3. Merasa cukup, sama ada ketika miskin mahupun ketika kaya. 
  4. Berlaku adil, sama ada kepada teman mahupun musuh. 
  5. Redha kepada Allah ketika susah mahupun senang.
  6. Wahai anakku! Segala bentuk kesenangan tanpa merasakan syurga adalah hina.
  7. Segala bentuk cubaan tanpa merasakan sengsara itu lebih baik.
  8. Barangsiapa yang melihat aibnya sendiri tentu tidak akan sibuk memerhatikan aib orang lain.
  9. Barangsiapa yang merasa puas dengan anugerah yang diberikan Allah kepadanya, maka dia tidak bersedih di atas kesenangan yang tidak diperolehinya.
  10. Barangsiapa yang menghunus pedang pada orang jahat, maka dia akan terbunuh dengan pedang tersebut.
  11. Barangsiapa yang menggali lubang perigi untuk menyengsarakan saudaranya, maka dia akan terjerumus ke dalamnya.
  12. Barangsiapa yang mendedah aib orang lain, maka aib rumahtangganya akan terbongkar.
  13. Barangsiapa yang berbangga dengan pendapatnya sendiri, maka dia akan tersesat.
  14. Barangsiapa yang suka membangkang, maka dia akan binasa.
  15. Barangsiapa yang lupa dengan kesalahan sendiri, maka dia akan membesar-besarkan kesalahan orang lain.
  16. Barangsiapa yang terjun ke laut, maka dia akan tenggelam.
  17. Barangsiapa yang merasa cukup dengan akalnya sendiri, maka dia akan tergelincir.
  18. Barangsiapa yang sombong di hadapan orang lain, maka dirinya adalah hina.
  19. Barangsiapa yang mencemuh orang lain, maka dia akan dicemuh.
  20. Barangsiapa yang memasuki pintu gerbang kejahatan, maka dia akan didakwa.
  21. Barangsiapa yang bersahabat dengan orang-orang yang hina, maka dia akan dihina.
  22. Barangsiapa yang bersahabat dengan para ulama, maka dia akan menjadi terhormat.
  23. Barangsiapa yang gemar bergurau, makan dia akan dipandang remeh.
  24. Barangsiapa yang mengasingkan diri, maka dia akan merasa damai dan barangsiapa yang meninggalkan nafsunya, maka dia menjadi bebas.
  25. Barangsiapa yang meninggalkan sifat dengki, maka dia akan mendapatkan kasih sayang orang lain.
Pesanan dari Ali Bin Abi Talib ini menunjukkan bahawa perbanyakkanlah berbuat kebaikan kepada sesiapa pun, belajar bersangka baik, belajar redha dan jauhi diri dari menyombongkan diri. Bahagia tidak menunggu esok atau selepas segala cita-cita tercapai, tetapi ia bermula pada saat kita memilih untuk dekat dengan Allah hari ini. Jangan biarkan penat hidup menutup pandangan kita terhadap nikmat yang ada. Ingatlah, setiap sujud adalah ruang untuk melepaskan beban, setiap syukur adalah kunci membuka pintu rezeki, dan setiap doa adalah janji bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya. Mencari bahagia dengan cara diredhai Allah, itu yang perlu diutamakan.

Coxinha, kudapan Brazil yang sedap dan bahan mudah dapat di Malaysia


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak ajak anda buat coxinha, sejenis kuih atau kudapan yang popular di Brazil. Coxinha ni bentuknya lebih kurang macam air mata atau tear drop atau kekadang orang kata macam peha ayam. Di dalam coxinha ni ada inti. Pertama, mesti ada keju (di Brazil mereka wajib guna keju catupiry tapi sebab di Malaysia takde, kita guna mozarella aje). Kedua, intinya boleh pilih nak letak ayam, daging atau sayur. Terpulang. 

Bahan untuk membuat coxinha ni rasanya semuanya ada di Malaysia kecuali keju catupiry. Jadi, anda bolehlah cuba buat. Tak susah mana. Jika anda buat dalam setengah kilo tepung pun boleh. Banyak boleh dapat jika saiznya tak berapa besar. Coxinha ni boleh dinikmati begitu sahaja atau cicah dengan sos, mayonis, molho rose (sos+mayo) atau sos lada limau. 

Coxinha Brazil dengan inti ayam dan keju

Saya ada bawa balik sikit coxinha yang frozen ke Ampang untuk family saya try makan. Sekali mama boleh tanya, "Kuih ni berapa ringgit?" Saya gelak ajelah sambil jawab, "Ma, kuih ni mana ada jual kat Malaysia. Ni kuih Brazil. Kena buat sendiri." Bila saya goreng coxinha ni, anak-anak adik saya suka rupanya. Mereka kata macam makan kentang dan rasanya sedap bila cicah sos. Seketul stengah jugalah mereka makan. Tapi mama dan abah tak berapa gemar. Tak kena dengan citarasa tekak depa. 

Ini saya kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan coxinha, makanan kesukaan rakyat Brazil (alah, lebih kurang macam karipap, cekodok atau donat yang orang kita suka makan). Bahan ni saya pecahkan kepada inti, doh dan cara menggoreng. Untuk adunan ini, anda boleh dapat dalam 12-15 coxinha. Bergantung pada saiz yang anda nak buat.


Bahan untuk inti ayam:
5-6 ketul ayam bahagian isi yang akan direbus, dicarik halus
1/2 biji bawang besar dipotong kasar untuk merebus ayam
3 ulas bawang putih untuk merebus ayam
1 biji bawang besar, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang kasar
2 biji kentang saiz besar
1 biji lobak merah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil garam (atau ikut rasa)
2 liter air untuk merebus
1 biji tomato dipotong kasar
1 sudu besar daun bawang atau kucai dicincang halus (jika tiada tak apa)
3 sudu besar keju mozarella atau apa sahaja keju yang berlemak
2 sudu besar minyak untuk menumis inti

Bahan untuk doh:
2 cawan air rebusan ayam (guna air yang kita rebus untuk inti ayam)
2 cawan susu / air biasa
4 sudu besar mentega
1 sudu kecil garam
5 cawan tepung gandum

Bahan untuk menggoreng coxinha:
1 cawan bread crumbs
2 biji telur
3-4 cawan minyak masak (untuk deep fry)

Penyediaan:
1. Dalam periuk, masukkan ayam, kentang, lobak, bawang besar, bawang putih dan air. Rebus semuanya sehingga ayam dan kentang lembut. Lebih kurang dalam 15-20 minit dah siap. Kemudian, asingkan bahan dan air rebusan dalam 2 mangkuk berbeza. Air rebusan tu nak guna untuk masak doh kulit. 


2. Selepas daging ayam dah masak dan lembut, carik-carikkan halus ia. Kemudian, kentang yang lembut itu 3/4 daripadanya kita lenyekkan ia macam mashed potato. 1/4 tu kita biarkan untuk jadikan isi coxinha berketul. 

Bahan inti coxinha sebelum di masak dan dah siap direbus.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bawang putih.

21 penyebab manusia terjebak dalam fikiran negatif dan cemburu


Hidup ini tidak lari daripada perasaan yang bercampur-baur. Kadang-kadang tanpa sedar, kita mudah terjebak dalam fikiran negatif dan cemburu apabila melihat orang lain lebih berjaya, bahagia, atau memiliki sesuatu yang diidamkan. Fikiran seperti ini ibarat racun yang perlahan-lahan melemahkan hati dan membuat kita lupa pada nikmat yang sedang dimiliki. Lebih berbahaya, ia boleh menutup pintu syukur sehingga kita memandang hidup ini hanya dari sisi kekurangan.

Namun, hakikatnya setiap insan punya ujian, bahagia, dan rezeki yang berbeza-beza. Membiarkan diri terus hanyut dalam rasa cemburu hanya akan mencuri ketenangan jiwa dan menjauhkan kita daripada kebahagiaan sebenar. Sebaliknya, apabila kita belajar menghargai diri, melatih hati untuk bersyukur, dan mengawal emosi dengan baik, fikiran negatif dan rasa cemburu akan perlahan-lahan berkurangan. Dari situlah akan lahir perasaan sangka baik pada Allah, sabar, redha dan yakin bahawa Allah sentiasa memberi yang terbaik pada waktu yang paling tepat. Ingat! Cemburu tidak memindahkan apa yang dimiliki orang lain pada kita. Adalah lebih baik, kita ubah hala tuju pandang kita ke arah lain yang menggembirakan diri.

Untuk anda jauhkan diri dari fikiran negatif dan cemburu ini, anda kena kenal pasti apakah penyebab yang membuatkan kita kuat memiliki rasa negatif tersebut. Bila kita sudah tahu, lebih mudah untuk kita ‘divert’ diri ke arah positif, sangka baik, sabar dan zikir (untuk yang beragama Islam).

21 penyebab manusia terjebak dalam fikiran negatif dan cemburu
  1. Perbandingan diri dengan orang lain – terlalu kerap membandingkan kehidupan, pencapaian atau rezeki orang lain dengan diri sendiri. Bila orang lain terima ‘lebih sikit dari kita’, mula kita rasa sakit hati, dengki, cemburu dan berasa orang tersebut tidak layak untuk terima.
  2. Kurang rasa syukur – hati tidak terdidik untuk menghargai nikmat kecil yang ada, lalu hanya fokus pada kekurangan. Kita berpendapat yang pencapaian atau kejayaan haruslah lebih besar baru dikatakan sebagai berjaya.
  3. Trauma atau pengalaman lama – kenangan pahit atau kekecewaan dahulu boleh menjadikan seseorang cepat berprasangka dan cemburu. Perasaan untuk ‘move-on’ susah nak dibuang. Lama kelamaan, perlahan-lahan ia akan jadi tabiat jika tidak dilawan dengan fikiran positif sangka baik.
  4. Rasa rendah diri – keyakinan diri yang lemah membuatkan kita mudah merasa orang lain lebih baik. Kita seolah tidak berbangga dengan apa yang telah kita capai sebelum ini dan beranggapan pencapaian kita tidak sehebat mereka.
  5. Kurang kawalan emosi – tidak belajar mengurus emosi dengan cara sihat, menyebabkan cepat hanyut dalam fikiran negatif. Kita membiarkan diri terus-terusan marah, cemburu dan sakit hati tanpa cuba menyekat emosi negatif yang mula merebak dalam jiwa.
  6. Pengaruh persekitaran toksik – berada bersama individu yang suka mengeluh, mengumpat, atau bersaing tidak sihat. Ia mengajar kita untuk menormalisasikan apa yang dilakukan adalah benar. Orang-orang seperti ini seharusnya cuba dijauhi atau jika anda mampu, cuba untuk baiki mereka.
  7. Pengaruh media sosial – terlalu banyak melihat “kehidupan indah” orang lain yang ditayang, lalu merasa diri ketinggalan. Bila melihat ‘keindahan’ milik mereka, secara tidak langsung ia menerbitkan benih-benih cemburu dan jika tidak dikawal, akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk jadi seperti mereka meskipun perkara dilarang.
  8. Takut kehilangan – rasa takut hilang perhatian, kasih sayang, atau peluang boleh menimbulkan cemburu yang berlebihan. Ini terjadi terutamanya dalam keluarga. Bila seseorang anak berkahwin atau pasangan berkahwin lain, hati mula risau takut kasih mereka beralih arah dan mula mengabaikan kita. Perasaan risau inilah yang jika tidak dikawal akan membuatkan orang keliling menjauh.
  9. Kekurangan spiritual – hati jauh daripada zikir, doa, dan ilmu agama yang dapat menenangkan jiwa. Mulut tidak melazimi untuk berzikir atau bercakap benda-benda yang baik. Mulut lebih ringan untuk bercakap negatif, perli atau maki bagi memenangkan hati yang sakit.
  10. Harapan tidak realistik – mengharap kehidupan sempurna seperti orang lain yang dilihat di media sosial atau orang keliling menyebabkan diri mudah berasa kecewa dan tertekan bila realiti berbeza dan tidak seperti diharapkan.
  11. Kekangan ekonomi atau masalah hidup – tekanan kewangan, kerja, atau keluarga membuat hati lebih mudah terikut fikiran negatif. Kita mula berasa segala benda tidak cukup, kerja yang ada tidak bagus dan keluarga yang tidak memahami. Perkara-perkara negatif ini mampu membuatkan diri kita memberontak dan menyalahkan takdir.
  12. Kurang kasih sayang pada diri sendiri – bila tidak mencintai dan menghargai diri, seseorang akan melihat dunia dari kaca mata kekurangan. Diri yang sepatutnya disemai dengan kata-kata semangat, positif dan tidak mudah menyerah kalah, dikalahkan sendiri dengan diri yang tak percaya pada kebolehan dimiliki sendiri.
  13. Kepuasan diri yang tertangguh – terlalu menunggu “bila ada sesuatu barulah bahagia” membuatkan kita rasa hidup kosong. Kita membiarkan diri pada zon selesa tanpa mahu berusaha untuk memperbaiki diri, menambah ilmu dan membahagiakan orang lain. Minda kita telah memprogram bahawa, ‘bila memiliki, barulah bahagia itu datang’.
  14. Kurang tidur & keletihan – badan letih dan otak penat lebih cenderung memikirkan perkara buruk daripada yang baik. Waktu ini, fikiran tidak dapat berfikir dengan sedikit waras dan tenang. Kita lebih mengikut kata-kata emosi yang negatif asalnya ia menenangkan diri.
  15. Tidak menetapkan matlamat hidup – bila hidup tanpa arah yang jelas, kita mudah membandingkan perjalanan kita dengan orang lain. Kita rasa tertekan bila orang lain kelihatannya lebih berjaya dan sukses berbanding kita yang pencapaiannya mungkin biasa-biasa. Mentaliti ini secara tidak langsung menggugah perasaan untuk memperbaiki diri. 
  16. Kerap menyalahkan diri – terlalu keras mengkritik diri sendiri hingga gagal melihat sisi positif diri bila melihat kelebihan orang lain yang berjaya di media sosial mahupun dalam arena mereka. Kita mula memperlekehkan diri sendiri dan membina fikiran negatif dalam diri. 
  17. Rasa tidak dihargai – bila usaha tidak mendapat pengiktirafan yang diharapkan, hati jadi mudah cemburu dengan kejayaan orang lain. Dendam mungkin akan timbul bila melihat orang ‘tersebut’ perlahan-lahan mendaki puncak kejayaan yang kita impikan.
  18. Pengalaman ditolak atau dikhianati – luka lama yang tidak sembuh menjadikan kita curiga berlebihan. Kita berpendapat bahawa semua orang adalah sama yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. jadi, kita lebih cenderung untuk kekal negatif bagi menjaga diri agar perkara sama tidak berulang.
  19. Tidak mengawal input minda – terlalu banyak membaca atau menonton berita negatif, gosip, atau drama yang penuh perasaan iri hati, sakit hati, sedih, marah atau cemburu. Berita-berita ini jika tidak ditapis, ia mampu membuatkan minda bawah sedar kita dilatih untuk percaya bahawa perkara negatif itu adalah normal dan perkara tidak baik yang sedang berlaku sekarang adalah biasa.
  20. Takut gagal – rasa takut ini membuat kita lebih fokus pada kelemahan berbanding peluang. Kita sukar mengawal otak dan minda untuk berani menghadapi cabaran bila sesuatu rintangan atau ujian itu datang. Pada kita, gagal itu tidak perlu ada.
  21. Mahukan kesempurnaan – Kita setkan dalam fikiran bahawa sempurna itu harus. Jika tidak sempurna, kena buat berkali-kali. Dan bila kita tidak berjaya dan melihat orang lain berjaya, fikiran negatif dan cemburu akan mula terbit dalam diri. Bukan itu sahaja, kita akan mula menyalahkan sesiapa sahaja atas ketidaksempurnaan yang berlaku.
Kesemua 21 sebab ini sebenarnya memberi gambaran bahawa fikiran negatif dan cemburu bukanlah sesuatu yang muncul tanpa punca. Ia lahir daripada hati yang tidak tenang, minda yang terlalu banyak dipengaruhi persekitaran, banyak berfikir bukan-bukan, sukar menerima ketentuan takdir serta sikap diri yang kurang menghargai apa yang sudah ada. Dengan memahami akar masalah ini, kita akan lebih mudah mengenali detik bila fikiran mula condong ke arah negatif, lalu mengambil langkah bijak untuk mengekangnya sebelum ia semakin menjerat jiwa. Bila kita biarkan terlalu lama rasa negatif dan cemburu ini dalam jiwa dan fikiran, ditakuti ia menjadi tabiat yang tidak baik bukan sahaja kepada diri tetapi orang keliling yang kita sayang, Hargai apa yang dilakukan oleh keluarga, teman rapat mahupun rakan sekerja. Mungkin apa yang mereka lakukan tidak sampai ‘expectation’ kita tapi belajarlah bersabar, menerima dan berterima kasih.

Daripada Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.”
[Riwayat al-Bukhari]

Akhirnya, mengawal fikiran negatif dan cemburu bukanlah soal menafikan emosi, tetapi soal bagaimana kita memilih untuk bertindak balas terhadapnya. Jika hati dibasahi dengan syukur, sangka baik, doa, zikir, ilmu agama dan usaha memperbaiki diri, maka emosi yang merosakkan ini tidak akan mampu bertahan lama. Jadikan setiap cabaran sebagai peluang untuk menguatkan iman dan keyakinan, kerana jiwa yang tenang dan redha akan sentiasa menemukan kebahagiaan walau dalam keadaan apa sekalipun.

Brazilian lemonade berkrim, minuman feveret rakyat Brazil

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Setiap negara ada minuman feveret rakyatnya. Dan minuman lemonade dari negara Brazil ini berbeza dengan lemonade yang kita biasa minum. Penduduk negara Brazil menggunakan limau nipis sebagai lemonade mereka. Bukan itu sahaja, mereka meletakkan susu pekat dalam minuman ini. Rasanya memang lain sedikit tapi masih tetap berikan kesegaran dan wow bila minum.

Untuk minum ini, dua perbezaan ketara dari lemonade biasa. Pertama, guna susu pekat dan gula yang agak banyak. Kedua, setelah kisar, kena tapis dulu airnya untuk dapat pati minuman yang sedap dan segar.


Bahan-bahan:
Untuk minum 2 orang.
3 biji limau nipis (asingkan kulit dan buahnya)
4 sudu besar susu pekat
3-4 sudu besar gula
600ml air
Sedikit kiub ais

Penyediaan:

1. Potong kulit limau yang berwarna hijau dari isinya. Jika kulit putih yang tebal melekat pada buah, buang (yg putih ini lebih pahit banding hijau). Asingkan mangkuk buah dan mangkuk kulit.

2. Sediakan jug besar atau blender pengisar untuk kisar semua bahan. Masukkan limau, kulit limau yang hijau, gula dan air. Kisar sebentar dan kemudian baru mmasukkan susu pekat. Kisar sehingga lumat.


3. Setelah kisar, sediakan mangkuk atau jug minuman serta penapis. Perlahan-lahan, tuang bahan kisar tadi ke dalam penapis. Tekan-tekan sedikit untuk mengeluarkan pati ais dari hampasnya.

4. Setelah siap semuanya ditapis, masukkan ais kiub dalam cawan dan tuang air Brazilian lemonade berkrim ini.


**Jika anda rasa agak masam, tambahkan aje sedikit air gula ke dalam minuman dan kacau**

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...