Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 21 Ogos 2009

Sembahyang Sunat Tarawih: Sejarah dan kelebihannya

Malam ni bermulalah sembahyang sunat terawih bagi kita yang akan berpuasa pada keesokan harinya. Oleh itu, ingin saya kongsikan sejarah solat ini dan kelebihannya.

Sembahyang ini dinamakan Tarawih kerana pada awalnya kaum muslimin berkumpul untuk melakukan sembahyang ini, mereka beristirehat setiap kali selesai dua salam atau setiap empat rakaat yang dalam bahasa Arab istirehat itu disebut dengan 'tarwih' dan jamaknya ialah 'al-tarawih.'

Pada zaman Rasullullah s.a.w. masih hidup, para sahabat melakukan sembahyang Tarawih ini secara sendiri-sendiri dan dilakukan di rumah masing-masing sebagaimana melakukan sembahyang malam (sembahyang Tahajjud).

Pada zaman Rasullullah s.a.w., baginda hanya mengerjakan sembahyang Tarawih ini sebanyak 8 rakaat, ada kalanya 10 rakaat kemudian mencukupkannya sehingga 11 rakaat dengan sembahyang Witir sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. yang berbunyi:

"Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. tidak pernah melebihi sembahyang pada bulan Ramadhan dan tidak pula pada bulan lainnya dari sebelas rakaat."

Kemudian dikatakan pula bahawa pad masa Umar ibn al-Khattab, sembahyang Tarawih ini dikerjakan sebanyak 20 rakaat. Justeru ini, kita boleh memilih untuk melakukan sembahyang Tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat.

Kelebihan sembahyang sunat Tarawih

Di antara keutamaan yang terkenal dari sembahyang sunat Tarawih ini ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasullullah s.a.w. melalui sabdanya yang masyhur yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah, maksudnya:

"Barangsiapa yang berdiri mengerjakan sembahyang malam - pada bulan Ramadhan kerana iman dan kerana mengharapkan akan keredhaan Allah, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu."


Rujukan: Mohd Yusoff Haji Ismail; Panduan Lengkap Sembahyang Sunat dengan Bacaan Serta Doa Dalam Tulisan Rumi; 2008; Perniagaan Jahabersa.

2 ulasan:

  1. emmm mlm tdi saya solat sampai abes hee~

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... moga2 sampai 30 hari yer... hehehe...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...