Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Milkshake Durian, rasanya memang wow


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ada berani nak minum milkshake durian ni? Bila suami & anak saudara buat experiment, inilah hasilnya. 

Buat penggemar durian, mungkin suka, tapi yang tak suka durian seperti adik bongsu saya, confirm dia tak heran langsung. Marah lagi ada sebab dia bukan setakat alergik durian, tapi bau durian pun dia terus rasa nak muntah. Dan perancangan Allah itu cantik. Yang kita tak suka selalunya dapat. Dan, Allah takdirkan dia kahwin dengan lelaki yang suka makan durian :)

Bahan:
3-5 ulas isi durian
2 cawan susu
2 skop aiskrim vanilla
Whipped cream
Sedikit isi durian untuk hiasan

Penyediaan:
1. Masukkan isi durian, susu & aiskrim dalam blender. Kisar semua bahan hingga mesra.
2. Tuang minuman dalam gelas. Letakkan whipped cream & isi durian atasnya. Siap milkshake durian versi Rudy.

Potato Salad, menu ringkas untuk sihat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Hari ni kita makan menu diet.Potato salad. 
Tetiba teringin bila tengok rancangan Food Network. 

Menu ni mudah dan paling penting boleh dijadikan kudap-kudapan depan TV bila tak nak makan nasi. Kentangkan mengenyangkan. 

Bahan:
5 biji kentang dibuang kulit & direbus
2 batang saderi dihiris serong
1 cawan mayonis
1 1/2 sudu besar Dijon mustard
1/2 jus lemon / limau kasturi
1/2 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang

Penyediaan:
1. Potong kiub kentang. Masukkan dalam mangkuk sekali dengan hirisan batang saderi.
2. Dalam mangkuk sederhana besar, masukkan pula mayonis, Dijon mustard, jus lemon, lada hitam & garam. Gaul mesra.
3. Masukkan kentang & batang saderi ke dalam mangkuk kuah mayonis tadi & gaul perlahan-lahan hingga mesra. Kemudian, pindahkan salad kentang tadi ke dalam mangkuk bersih & taburkan hirisan daun bawang sebagai hiasan. Siap potato saladnya.

Home-Made Crispy Spicy Chicken Burger, bila buat sendiri kita rasa happy


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Home-made crispy spicy chicken burger, bila buat sendiri, saya puas hati. Bukan apa, boleh letak macam-macam ikut rasa tekak sendiri.

Asalnya saje beli daging ayam tanpa tulang (boneless chicken) untuk masak-masak. Sekali suami cakap nak buat burger ala2 macam Texas Chicken. Makanya belilah 3 pek. Oleh kerana isinya tebal, kita potong dua & ketuk (smash) ala2 macam ayam penyet tu.

Dan hasilnya Alhamdulillah menjadi & sedap. Member yang datang ziarah pun seronok menghadapnya. Plus, bila buat sendiri, kita boleh letak inti sayur, sos, mayo atau apa sahaja banyak mana kita mahu.

Bahan untuk buat patty burger ayam:
Bahan perapan:

4 isi ayam dibelah 2 (jika tebal)
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil paprika
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk bawang putih

Penyediaan:
1. Isi ayam yang dibelah 2 dibersihkan & kemudian anda masukkan/lapik ayam tersebut dengan plastik. Ketuk ayam tersebut dengan pengetuk besi/lesung untuk meleperkannya sedikit. Ia bagi melembutkan daging ayam & menjadikan ia rangup bila menggoreng.
2. Masukkan semua bahan rempah dalam satu bekas & gaul mesra. Kemudian masukkan ayam & sadur ia dengan campuran rempah tadi. Perap ayam sekurangnya 2-3 jam (lagi lama lagi bagus).

Ayam yang diperap. At least 2 jam. Nak lagi best, sehari semalam. :)

Bahan saduran tepung:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/2 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Bila home-made, rupa daging ayam yang siap digoreng tu tak berapalah lawa. Macam-macam saiz. As long sedap di makan, Alhamdulillah...

Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk cili, serbuk bawang putih & garam. Gaul hingga mesra.
2. Dalam mangkuk sedikit kecil, masukkan telur, air & 1/2 cawan campuran tepung tadi. Kacau hingga sekata.
3. Panaskan minyak guna api sederhana. Setelah panas, ambil sekeping ayam diperap & sadurkan dengan adunan tepung, kemudian adunan telur & akhirnya sadurkan kembali dengan adunan tepung. Goreng hingga warna keemasan & masak. Toskan daging yang dimasak atas kertas tisu atau jaring besi.

Bila dah siap... Tada... Dah macam burger fast food pun ada :)

4. Untuk penyediaan burger, potong dua roti burger, sapukan mentega di bahagia tengah & bakar seketika atas kuali leper tanpa minyak.
5. Selepas itu, untuk jadikan burger idaman, letak aje apa yang suka. Siap home-made crispy spicy chicken burger idaman kami.


Ayam Masak Kicap Lada Hitam Bermadu


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi ayam masak kicap lada hitam bermadu ni memang femes kat ITM Melaka19 tahun lalu (sampai bila menu ni ada tak tau lah). 

Saya jenis jarang makan di kafe sebab selalu ke dining. Tapi, entah macam mana, satu hari tu saya beli lauk di kafe. Nampak ayam ni menarik & ramai yang ambil. So, bila dah makan, baru tahu rasanya sedap. Kiranya menu ayam ni jika ada, sekejapan sold out.

Ini resipinya saya jumpa di Facebook. Ada orang kongsikan. Saya dah cuba. Alhamdulillah menjadi meskipun tak sesedap orang yang masak di kafe dulu (hanya dia tau sukatan sebenar). .

Bahan untuk ayam:
4 ketul ayam
1 Telur
1 sudu kecil tepung jagung
4 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk & kacau ia. Dalam pinggan lain, satukan tepung jagung, tepung gandum & garam. Gaul hingga mesra.
2. Panaskan kuali & sebaik minyak panas, celupkan ayam ke dalam telur & kemudian sadurkan dengan tepung. Goreng hingga keemasan.

Bahan kuah:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dihiris
1 inci halia
1 batang serai
1 sudu besar lada hitam biji
2 sudu besar kicap pekat
Garam & gula secukup rasa
1 sudu kecil tepung jagung
4 sudu besar madu (jika madu jenis manis, kurangkan sukatan)

Penyediaan:
1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, serai & lada hitam.
2. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali & tumis bawang besar yg dihiris.
3. Kemudian, tumis bahan yg dikisar tadi hingga naik bau.
4. Selepas itu, letak kicap pekat, madu & sedikit garam & gula.
5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air & masukkan dlm kuali. Masak hingga kuah sedikit memekat. Jika nak banyak kuah, tambahkan 1/2 cawan air & tambah juga sedikit gula & garam.
6. Matikan api. Gaul ayam yang telah digoreng tadi hingga mesra. Siap ayam masak kicap lada hitam bermadu.

Tempoyak Udang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Tempoyak udang. My favourite dish. Udang & tempoyak bila dah jumpa, memang terangkat rasanya.

Untuk anda yang suka tempoyak, gulai pedas & udang, boleh cuba menu ni.

Bahan:
1/2kg udang dibuang kepala & ekor
2 cili merah
20 tangkai cili padi
2 inci kunyit hidup / 1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu tempoyak
2 cawan air
1 tangkai daun kunyit
Garam & gula secukup rasa

Penyediaan:
1. Kisar cili padi, cili merah & kunyit dengan sedikit air. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
2. Masukkan air, tempoyak & kacau dengan bahan kisar supaya sebati. Selepas itu, masukkan pula daun kunyit & udang. Kacau seketika & letakkan periuk atas api sederhana.
3. Kacau kuah hingga udang kelihatan separuh masak. Perasakan dengan gula & garam. Sebaik kelihatan kuah mendidih, udang dah masak, tutup api & siap. Tempyak udang ni enak dimakan dengan nasi panas berserta ulam-ulaman

Penne dengan Sup Sayur Cili Kicap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sup-sup ni memang sedap dimakan bila dah boring makan nasi, dah boring makan berminyak & badan rasa tak sedap. Ia juga menu mudah bila nak cepat. Ialah, nak buat sup sayur, campak aje stok sayur dalam peti ais ke dalam periuk. Boleh juga letak ayam atau fish ball / fish cake jika suka. Meh, saya kongsi resipi penne dengan sup sayur + cili kicap. InsyaAllah membuka selera.

Bahan:
1 pek pasta penne direbus al dante
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 dada ayam dipotong dadu
1 liter air
1 batang lobak merah hiris serong
1 jambak brokoli
2 batang saderi dihiris serong
2 jambak bakcoy dipotong kasar
10 kuntum cendawan tiram
1 biji tomato dipotong 6
1 kiub pati ayam (jika suka)
10 ketul fishball belah 2
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun / minyak sayuran. Tumis bawang besar, bawang putih & ayam hingga naik bau.
2. Masukkan lobak merah & air. Masak hingga lobak sedikit lembut. Kemudian masukkan brokoli & batang saderi. Masak seketika.
3. Selepas itu, masukkan bakcoy, cendawan tiram, fishball & kiub pati ayam. Masak hingga mendidih. Masukkan garam 2-3 sudu kecil (ikut rasa anda) & kacau. Masukkan tomato & masak dalam 1-2 minit lagi & siap.

Untuk cili kicap, anda hiris cili padi & masukkan dalam mangkuk kecil berisi sedikit air gula, 7 sudu besar kicap masin, 1 sudu besar kicap pekat & 1 biji perahan limau kesturi. Kacau & tekan sedikit cilinya. Siap penne dengan sup sayur dan cili kicap kita.

Nasi Goreng Panas, Pedas & Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu nasi goreng ni jika makan panas-panas, pedas-pedas & rangup ikan bilisnya sekali dengan serunding daging, pergh!! Mau capai senduk kali ke-2. Pasti.

Nak dapatkan nasi goreng yang cantik & terliur orang menengoknya, pastikan nasi putih tu sejuk/suhu bilik & dah 3-4 jam dari waktu memasaknya. Jika masa nasik putih tu panas korang goreng, alamatnya nasi jadi cepat lembik & melekat-lekat dalam kuali. Jika ikut member cina time kerja dulu, dia akan guna nasi putih yang simpan dari waktu malam hingga siang.

Bahan:
1 pinggan nasi putih
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 batang cili padi
2 batang cili merah
1/2 cawan air
1 biji telur
3 batang kacang buncis dipotong pendek
1 sudu kecil belacan bakar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah, belacan & air.
2. Panaskan kuali & 3 sudu minyak. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Masak hingga naik bau & bahan sedikit kering.
3. Masukkan pula telur. Kacau & biarkan seketika. Kemudian masukkan nasi putih & kacang buncis. Kacau hingga sekata. Masukkan pula garam secukup rasa. Gaul seketika & siap. Taburkan ikan bilis goreng diatas nasi goreng ini.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...