Sebenarnya, tak mudah untuk saya masak setiap hari. Every tiny little things yang ada kat dapur menggamit memori. Setiap ceruk terbayang gerak geri arwah. Kicap, sirap, biskut kering, senduk nasi, semua boleh mendatangkan rasa 'something'. Allah... begini rasanya bila orang yang sering ada dengan kita tak kembali lagi.
Dan, untuk mengingati ayah mertua yang suka makan makanan menantu dia ni, saya kongsikan resipi besan dia. Moga anda yang cuba masak untuk diri dan famili akan turut puas hati bila menikmati bergedil Makcik Ros yang sedap dan lembut ni.
Bahan-bahan:
1kg kentang
200gm daging cincang
Bahan-bahan:
1kg kentang
200gm daging cincang
3-5 batang daun sup
2 biji telur
Minyak untuk memasak masak
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur
Minyak untuk memasak masak
1/2 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Sediakan mangkuk besar berisi air separuh. Mulakan proses membuang kulit kentang dan masukkan kentang ke dalam besen. Ini bagi memastikan warna kentang tidak lebam dan tidak berubah. Nampak fresh.
2. Setelah buang semua kulit dan rendam, potong kentang sederhana nipis. Ini bagi memastikan bila anda menggoreng, ia cepat sedikit masak berbanding jika dipotong empat aje. Rendam balik kentang yang dipotong tu ke dalam air bagi membuang lapisan kanji yang ada dalam kentang. Rendaman ini juga sebenarnya turut melambatkan proses pengoksidaan dan kentang tetap cerah warnanya sebelum digoreng.
3. Selesai potong kentang, panaskan minyak masak untuk menggoreng. Sebaik panas, masukkan kentang untuk menggoreng. Jangan penuh sangat dalam kuali. Goreng sehingga nampak garing kentangnya (seperti gambar di atas) dan kemudian letak dalam pinggan/bekas besar. Goreng baki kentang yang lain.
4. Sementara tunggu kentang masak, hiris daun sup. Bila siap, ketepikan.
5. Setelah semua kentang siap digoreng, masukkan dalam bekas kentang goreng tadi daging cincang, hirisan daun sup serta sedikit garam. Gaul bagi mesra sikit agar garam dan daun tu bercampur dengan kentang dan daging.
6. Kaut sedikit campuran kentang dengan bahan-bahan tadi dan letak dalam lesung batu atau jika anda ada blender chopper tu, ia lebih bagus. Lebih cepat siap. Tumbuk sehingga kentang lumat atau kisar hingga lembut. Kalau tak lumat, nanti masa nak kepal dan goreng, confirm tercabut semua tu dalam kuali. Tumbuk atau blend semuanya hingga habis.
7. Bila selesai, ambil sedikit kentang yang lumat itu dan kepal-kepalkannya. Tang ni, ikut suka anda nak kecil saiznya atau besar. Kami suka sederhana besar. Contohnya macam dalam gambar di bawah.

8. Bila dah siap kepal semua kentang tu, panaskan minyak balik.
9. Sementara tunggu minyak panas, pecahkan 2 biji telur dalam sebuah mangkuk. Kacau telur tersebut sehingga kembang. Bila minyak sudah panas, ambil seketul bergedil dan salutkan dengan telur tadi. Kemudian, masukkan ke dalam minyak panas. Teruskan menggoreng bergedil yang seterusnya macam biasa. Dalam satu kuali, goreng dalam 5-6 ketul aje. Jangan banyak sebab takut minyak menyerap dalam kentang dan bergedil kita akan jadi berminyak sangat atau mushy. Goreng bergedil sehingga garing.
10. Setelah masak, toskan atas relai besi atau penapis besi agar baki minyak menitik ke bawah. Ini penting kerana haba lebih cepat hilang dan masakan kekal pada tahap masak yang kita mahu. Goreng baki bergedil yang ada hingga selesai. Bila siap memasak, bolehlah nikmati bergedil kita dengan bihun sup atau dengan lauk lain jika makan nasi putih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan