Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 7 Oktober 2020

Bingka keledek yang lembut


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Berkali-kali cari ubi kayu tapi asyik takde aje. Udahnya rezeki dapat keledek. Makanya, kita buatlah bingka keledek. Sesuai untuk buat sarapan, minum petang atau kudapan lepas makan malam.
Ini saya kongsi resipinya.

Bahan:
4 biji telur
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega
2 cawan keledek oren yg siap direbus & dilecek
Sedikit mentega untuk sapuan dalam loyang
Loyang saiz 7x7

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 200°C, lenser loyang dengan mentega & ketepikan.
2. Satukan semua bahan diatas kecuali keledek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
3. Masukkan loyang sebentar dalam oven selama 2 minit & kemudian keluarkan balik. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih sejuk barulah di keluarkan dari loyang untuk dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Komen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...