Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 13 Oktober 2020

Sambal Ijo Tempe, Kentang & Bilis


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.


Selalu kita buat menu ni guna sambal belacan atau sambal cili giling. Kali ni, saya try guna cili hijau & cili padi hijau. Tak berapa pedas sangat & sangat sesuai untuk orang tua.

Bahan:
6 batang cili hijau besar
17-20 batang cili padi hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air
4 biji kentang dihiris
1 keping tempe dihiris
1/2 cawan ikan bilis direndam & ditoskan
1/2 cawan air asam
Gula & garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang, kemudian tempe & bilis sehingga garing. Ketepikan.
2. Kisar cili hijau, cili padi, bawang besar, bawang putih & air. Panaskan kuali & masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit garing. Kemudian, masukkan air asam & kacau sekali sekala.
3. Setelah sedikit garing, masukkan pula gula & garam secukup rasa. Kacau seketika & kemudian masukkan kentang, tempe & bilis goreng. Gaul hingga mesra & kemudian dah boleh diangkat. Siap dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Komen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...