Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 21 Oktober 2020

Ayam masak varuval. Tak pedas & sesuai untuk semua.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tak pernah pun rasa sebelum ni menu ayam ni. Tapi, bila dah terlayar kat depan mata di sosial media, saya pun try. Ini versi saya. Ada boleh cuba.

Bahan:
1 ekor ayam dibelah 14 cuci bersih
1 sudu besar lada hitam
2 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam masala
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar minyak zaitun (selalu orang guna minyak sapi)
2 batang kayu manis
5 bunga cengkih
5 biji buah pelaga
7 biji bawang kecil dihiris / 1 biji bawang besar dihiris
2 sudu kecil garam (secukup rasa)
1/2 cawan air
1 sudu kecil gula

Penyediaan:
1. Masukkan lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang putih & sedikit air ke dalam pengisar. Kisar halus.
2. Kemudian, masukkan bahan kisar ke dalam bekas berisi ayam. Gaul. Masukkan pula serbuk ketumbar, serbuk cili & garam masala. Gaul sehingga mesra & perap selama 1 jam.


3. Selepas itu, masukkan minyak zaitun / minyak sapi ke dalam kuali panas. Tumis seketika kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih & kemudian masukkan bawang kecil. Gaul hingga bawang lembut & naik bau.
4. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam kuali. Masak seketika & masukkan garam. Gaul ayam hingga mesra lebih kurang dalam 6-8 minit.
5. Masukkan 1/2 cawan air & kacau sekali lagi ayamnya lebih kurang 1-2 minit. Kemudian, tutup ayam tersebut dengan penutup periuk bagi memastikan ayam masak sekata & berjus. Guna api kecil. Biarkan ia masak dalam 10 minit. Selepas itu, angkat tutup periuk & kacau ayam hingga mesra. Masukkan gula & kacau lagi beberapa ketika. Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...