Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 8 Oktober 2020

Hot Revenge Burger, serius sedap & pedas


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Burger ni saya buat sebab ada cili habanero & serrano beli di Cameron. Serius pedas cili ni. Pijar tangan dibuatnya. Tapi berbaloi sebab sedap sangat bila disalai atas dapur & dibuat inti burger. Untuk yang suka burger & suka pedas & nak try buat, ini resipinya. Saya ambil dari @foodnetwork 


Bahan:
10 biji roti burger dibakar dengan mentega
10 keping daging burger
Minyak zaitun
Mentega (sapuan roti)
Sos worcestershire
1 sudu besar lada putih
1 batang timun dihiris
1/2 biji daun salad
2 biji tomato dihiris
1 batang cili serrano
1 biji cili benggala
2 batang cili merah
3 biji cili habanero
10 keping keju
1 cawan sos keju (guna cheese powder)
Mayonis

Bahan tomato salsa:
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang cili merah dihiris
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
1 sudu besar perahan lemon

Penyediaan:
1. Penyediaan cili pedas: belah dua semua cili benggala, serrano, habanero & cili merah. Panaskan kuali leper & 2 sudu minyak zaitun. Salai semua cili depan & belakang. Biarkan hingga kulit luarnya hitam hangus. Setelah masak, angkat & buang kulit luarnya. Hiris melintang & masukkan semuanya dalam mangkuk & gaul. Ketepikan.


2. Penyediaan tomato salsa: Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk & gaul. Ketepikan.


3. Penyediaan burger: Panaskan kuali leper & panggang roti burger yang dibelah dua & disapu mentega. Letakkan salad, tomato & timun dibahagian roti burger bawah. Kemudian, panggang daging burger sambil letakkan sedikit sos worcestershire & lada putih. Panggang kedua-dua belah daging tapi jangan garing sangat. & letakkan sekeping keju. Tutup daging & keju tadi dengan penutup periuk agar wap panas mencairkan keju sambil dimasak dagingnya. Setelah beberapa minit, angkat penutup & pindahkan terus daging ke atas roti bawah burger. Letakkan campuran cili pedas, tomato salsa & sos keju. Sapukan sedikit mayo di atas bahagian roti atas burger. Tangkupkan & siap untuk dimakan.

*jika suka, boleh letak telur dadar sekali untuk inti*




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...