Assalammualaikum & Salam Sejahtera.Resipi yang sangat sedap, mudah & bila panaskan balik spaghetti, masih 'moist' lagi.
Asalnya resipi @sheilarusly_jspictures yang masak vongole tu. Tapi dek kerana mana nak dapat makanan laut tu kat Nilai, makanya, kita masak guna apa yang ada. Plus, letak sosej sebab Rudy tak makan seafood.
Bahan:
1 pek spaghetti direbus al dante
1 mangkuk lala
10 ekor udang
5 batang sosej dipotong serong
2 kiub ikan bilis
10 tangkai cili kering dipotong 3
1 biji bawang besar didadu
5 ulas bawang putih didadu
1/2 cili benggala didadu
4 tangkai sawi batang pendek dipotong
2 biji tomato dipotong wedges
1 1/2 cawan air rebusan spaghetti
1/2 biji lemon
3-4 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar kicap soya cair
2 sudu kecil cili kisar / chili flakes (nak pedas, letak le banyak mana suka)
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dahulu & kemudian bawang putih. Selepas itu, masukkan cili kering. Masak seketika & masukkan pati ikan bilis. Kacau hingga patinya hancur.
2. Masukkan pula kicap soya cair & jus lemon. Kacau hingga mesra. Selepas itu, masukkan lala, udang & sedikit air rebusan. Kacau seketika & kemudian tutup dengan penutup periuk. Biarkan ia masak dalam 3-4 minit.
3. Angkat penutup & gaul. Masukkan spaghetti & gaul lagi. Kemudian, masukkan sawi, tomato & 1 sudu kecil chili flakes. Gaul hingga mesra. Tutup api & hidang dalam pinggan besar. Akhir sekali, taburkan baki chili flakes di atas spaghetti. Siap.