Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Tauhu Terbalik


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu ni saya ternampak dalam IG @sheilarusly_jspictures .
Dah berbulan baru dapat realisasikan bila ternampak tauhu kering ni tergantung kat pasar Nilai. .

Menyediakan bahan takde masalah tapi masalah start timbul bila nak gunting tauhu & terbalikkan. Punah beberapa keping tauhu kering yang digunting tak berapa jadi & diterbalikkan. Siap anak sedara kata, "kenapa tauhu ni maksu. Cam pelik aje..."

Ini resipinya. Boleh cuba... .

Bahan:
15 keping tauhu kering
2 keping isi dada ayam dicincang
1 batang lobak merah diparut
2 tangkai daun bawang & sup dihiris
2 biji telur
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
7 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Isi bahan tauhu terbalik. Jika nak jimat masa, boleh aje guna daging cincang yang dah siap kat pasaraya.

Penyediaan:
1. Gunting tauhu kering, buat kelopak & terbalikkan. Keluarkan isi tauhu kering untuk dicampurkan dengan bahan lain.

Tauhu yang sudah diterbalikkan.

2. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar & cili padi.
3. Dalam satu bekas besar, satukan isi tauhu, ayam, lobak merah, daun bawang, daun sup, telur, bahan tumbuk & garam. Gaul mesra.
4. Sumbat isi bahan campuran tadi dalam lubang tauhu & tekan agar ia sedikit mampat. Siapkan semuanya.


4. Sumbat isi bahan campuran tadi dalam lubang tauhu & tekan agar ia sedikit mampat. Siapkan semuanya.
5. Panaskan minyak dengan api sederhana. Setelah panas, goreng tauhu mampat tadi mulakan dengan bahagian kelopak tauhu. Tekan sedikit dengan jari atau sudip agar isinya tidak keluar & kelopaknya cantik terkembang. Setelah agak masak, goreng bahagian belakangnya pula. Angkat & toskan. Enak dimakan dengan sos, sambal, cili kicap atau begitu sahaja.

Roti Jala, Jom Kita Menjala di Dapur


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Penat betul saya menjala roti semalam dengan encik suami. Bila adunan bertambah sekali ganda, memang gigih le menjalanya + bila sudip plastik kau rosak kena pakai sudip lain, makin lamalah menyiapkannya

Anyway, Alhamdulillah menjadi juga roti jalanya. Semua orang suka dengannya.
Untuk kuah pencicah, anda boleh makan dengan kari ayam, kari daging, sambal bilis, kari sardin mahupun kuah durian.

Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar / air
3 titik pewarna kuning
1 biji telur
3 camca besar minyak zaitun / mentega cair
Secubit garam
Minyak untuk mengoles kuali

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan kecuali minyak untuk mengoles. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
2. Panaskan non-stick pan. Oles dengan sedikit minyak guna paper towel. Bila kuali panas, paipkan adunan dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara bulatan. Masak dengan api kecil. Bila permukaan roti jala nampak sedikit pucat & garing, lipat kiri & kanan, ke dalam & kemudian gulung perlahan-lahan hingga ke hujung. Buat cara yang sama untuk baki adunan, hingga selesai. Makan dengan apa sahaja kuah yang anda suka.

Kerepek Popiah Cheese / Kerepek Lumpia Cheese


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Anak sedara rudy sebelum Ramadhan dulu ada bawa balik sebalang kerepek. Tengah tengok syok aje dia makan sambil tengok tv, saya minta skit. Eh! Sedap pulak.

Tanya dia mana beli?
Dia kata cikgu dia jual. RM18 sebalang.
Lepas tu, saya order le sebalang untuk makan dengan suami. Dan kesudahannya, kami beli kali kedua. Itupun siap suami cakap, "Nurin, paksu nak beli kerepek aje. Tak nak balang tu. Boleh dapat murah tak? Balang Paksu ada banyak."

Dan bila kat rumah Ampang pun ada kerepek ni si @ainihusnamolis dapat free, kami berdua gak yang balun & si Nurin bila datang beraya.
Makanya, saya pun belajar le buat kerepek popiah cheese ni. Alhamdulillah jadi. Sekejapan sold out.

Bahan:
20 keping kulit popiah dipotong kasar ikut suka
3 sudu besar serbuk cheese
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar gula
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Kisar atau gaul serbuk cheese, serbuk cili & gula (jika guna gula kastor tak payah kisar). Ketepikan dalam satu mangkuk besar.
2. Panaskan minyak pada api sederhana. Goreng kulit popiah hingga warna keemasan. Jangan goreng sekali banyak. Nanti ia melekat & jadi keras. Toskan atas jaring/paper towel.
3. Setelah minyak sedikit tersejat/kurang pada kulit popiah, masukkan ia ke dalan mangkuk besar berisi bahan kisar. Gaul rata hingga mesra.

Gulai Tempoyak Sulur Keladi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Berpuluh tahun saya tak makan gulai ni. Tetiba nampak keladi di pasar Nilai. Terus teringat juga stok tempoyak yang ada di rumah.

Dan sudah tentunya teringat arwah mak ngah yang ajar saya makan gulai kampung ni. Banyak makanan kampung, dia & arwah suami ajar saya makan. Meskipun rasa tak berapa sama, tapi menu & ingatan itu yang terpahat sampai bila2. Rindu dia hingga akhir hayat... 

Bahan:
2 pelepah keladi sayur
1 helai daun kunyit
3 sudu besar tempoyak
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
1 genggam ikan bilis, cuci & rendam seketika, toskan

Penyediaan:
1. Batang keladi dibuang kulit luarnya, kerat pendek dan rendam sebentar. Rebus keladi dalam 10 minit untuk empukkannya & hilangkan rasa gatalnya ketika makan. Kemudian, toskan.
2. Dalam periuk lain, panaskan minyak & masukkan bahan kisar. Masak hingga naik bau & sedikit naik minyak. Tambahkan air. Setelah mendidih, masukkan tempoyak & kacau hingga tempoyak sebati dengan kuah.
3. Kemudian, masukkan asam keping, keladi & daun kunyit. Masak hingga pangkal keladi sedikit lembut. Masukkan garam & sedikit gula secukup rasa. Kacau seketika & siap.

Udang Goreng Tepung & Breadcrumbs


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Pilih mana yang berkenan. Nak yang salut tepung berempah atau bread crumb.
Udang hanya feveret saya sorang. Rudy tak suka langsung. Even bau udang pun dia rasa annoying. Dan, ia hanya untuk saya sorang kudap2.

Ini resipinya. Boleh cuba.

Bahan:
10 ekor udang saiz dibuang kepala, kulit & dibelah belakang
3 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
1/2 sudu kecil paprika
3 sudu besar bread crumb
1 biji telur dikocak
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan kering dalam satu mangkuk kecuali bread crumb (yang ni asingkan). Gaul mesra.
2. Panaskan minyak guna api sederhana. Setelah panas, salut udang dengan campuran tepung kemudian salut dengan telur & kemudian tepung balik. Goreng dalam 2-3 ekor sekali masak. Jangan crowded sangat. Goreng hingga warna keemasan.
3. Jika ingin udang salut bread crumb, sama langkahnya kecuali yang terakhir baru salut bread crumb. Goreng hingga keemasan. Sedap dimakan dengan sos pilihan atau begitu sahaja.

Nasi Goreng Rendang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu ni tetiba muncul bila teringat kat abah saya waktu dia muda2 dulu. Dia akan masukkan apa sahaja baki / lebih lauk yang ada dalam fridge untuk buat nasi goreng. Itulah selalunya menu kami adik beradik bila mama dah tak ambil servant & kami dah semakin besar.

Kalau ikutkan, antara nasi goreng masakan abah & mama, kami lebih prefer abah. Dia pandai masak benda goreng-goreng manakala mama lebih pandai memasak lauk & kuih.

Anda boleh cuba jika suka.

Bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 ketul ayam rendang diambil isinya (jangan basuh, biarkan kuah rendang yang melekat pada ayam tu)
1/2 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar cili giling
1/2 cawan air
2 tangkai kacang panjang
1 biji telur
2 tangkai cili padi dipotong
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, goreng bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling. Kacau seketika & masukkan air. Kacau & biarkan cili masak sebentar.
2. Selepas itu, masukkan pula isi ayam rendang. Kacau & masak dalam 2 minit. Masukkan pula telur & dadarkan sedikit. Masukkan pula kacang panjang & nasi. Gaul hingga mesra. Masukkan pula cili padi & garam secukup rasa. Masak sebentar & siap.

Nasi Goreng Cina


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Nasi goreng cina ni, masa muda-muda dulu, memang tak pernahnya masak kalau menjadi. Ada aje slack di mana-mana. Dan sekarang, Alhamdulillah, Allah beri saya rezeki dapat memasak masakan yang dulu tak pandai dan juga makanan yang baru.

Dulu masa belajar, nak masak nasi goreng ni pun tak berapa jadi. Alhamdulillah sekarang, ok lah rupa & rasanya :)

Guna baki nasi putih semalam. Jangan membazir. Menu mudah untuk sarapan.

Bahan:
2 cawan nasi sejuk
3 ketul fishball dihiris
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji telur pukul sedikit
2 tangkai kacang buncis dihiris
1/2 batang lobak merah dipotong bulat & belah dadu
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukupnya
Hirisan daun bawang
Cili merah dihiris

Penyediaan:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak kemudian tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan fishball & goreng seketika. Tambah lobak merah & kacang buncis. Kacau & masak seketika.
3. Ketepi isi kuali, masukkan telur, kacau seketika & bila telur kelihatan berketul, masukkan nasi & lada sulah. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa & masak seketika. Tutup api. Letakkan nasi goreng dalam mangkuk & hiasakan dengan daun bawang & cili merah.

Tomyam Ayam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tomyam, mostly kita orang Asia Tenggara memang suka.
Sesuai dimakan dengan nasi, bihun mahupun begitu sahaja.
Untuk sayurnya, anda boleh letak apa sahaja yang anda suka. Batang saderi, lobak merah, putih jagung, tomato, cendawan, kubis bunga atau apa sahaja. Yang penting, anda suka. 

Bahan:
3 keping dada ayam dipotong dadu isinya
1 batang lobak merah dihiris
1/2 jambak bunga kubis dipotong ikut suka
4 helai daun limau purut
3 batang serai diketuk
10 biji cili padi belah 2 tidak putus
1 biji bawang besar dihiris bulat
1 inci lengkuas, hiris nipis
3 biji limau nipis ambil jusnya
1 pek kecil pes tomyam pilihan anda
1 kiub tomyam Maggi
1 biji tomato dipotong 6
Gula & garam secukup rasa
Air
Bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 biji tomato yang ranum

Penyediaan:
1. Panaskan 1 senduk minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus & serai hingga naik bau.
2. Masukkan 1 liter air. Kacau & biarkan sehingga mendidih. Kemudian, letak pes tomyam & lengkuas. Masak seketika.
3. Selepas itu, masukkan lobak merah & ayam. Bila ayam sudab Biarkah bertukar warna & air mendidih, letakkan pula daun limau purut, cili padi, bunga kobis & bawang besar. Kacau & masak hingga ayam lembut & sayur sedikit lembut.
4. Masuk pula sedikit gula. Tuang jus limau nipis, kacau rata & masukkan garam sesedap rasa. Masak sebentar hingga mendidih & siap.

French fries with cheese, mix herbs & paprika.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

French fries with cheese, mix herbs & paprika.

Enak dimakan masa sarapan, makan tengahari, minum petang atau kudapan waktu malam.
Simple & everyone can do it

Sambal Bilis Petai


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah tengah musim buah skarang ni, petai pun menjadi juga. Alhamdulillah rezeki Allah beri pada kita semua... Sedap makan dengan nasi, lempeng, keropok mahupun naget.

Bahan:
25 tangkai cili kering digunting dua dan masak dalam air mendidih dalam masa 5-7 minit. Tapis.
3 bawang besar dipotong 4
1 liter air
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
4-5 sudu gula (secukup rasa)
2-3 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 cawan ikan bilis (direndam 2 minit dan toskan)
1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak)
3 tangkai petai

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Kisar halus cili kering & bawang besar dengan 300ml air dahulu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan baki 700ml air ke dalamnya. Biarkan cili masak dan kacau sekali sekala.
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit (jika masih merah, tambahkan air dalam 1-2 cawan dan biarkan cili betul-betul masak), masukkan air asam. Kacau dan masak dalam 3-5 minit.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan pula ikan bilis, bawang besar & petai. Gaul sehingga mesra dan rasa. Jika tak cukup rasa masin atau sedikit manis, tambahkan gula dan garam lagi. Jika dah puas hati, tutup api dan siap.

Ayam panggang dengan cuka balsamic / roasted chicken with balsamic vinegar & burger ayam panggang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ayam panggang ni special sebab perap dengan balsamic vinegar.
Cuka balsamic ni selalu saya tengok chef-chef di Food Network guna. Mula-mula meraban gak mencarinya. Memang tak jumpa langsung & ada pun, jenis haram.

Dan rezeki saya, tengah-tengah nak bayar buku kat Al-Hidayah, ternampak botol hitam dok display kat area tempat diskaun makanan. Tengok le kejap. Dan hati terus teruja bila tengok perkataan balsamic vinegar. So, apa lagi, saya beli le sebotol. Depa tengah promosi, lagilah jimat :)

Ini balsamic vinegar yang dibeli. Pueh hati berjumpa idaman hati :)

Untuk ayam panggang ni, anda boleh makan begitu sahaja, boleh masukkan dalam salad ataupun buat burger ayam panggang. Inilah yang saya buat bila encik hubby rajin memasak burger.

Quite an easy recipe.
Perap segala bahan sekurangnya 2 jam & panggang dalam oven 1 jam dengan 200°c. Siap.

Jika nak makan macam tu aje, boleh potong ayam tersebut & picit lemon yang sudah masak itu atas ayam agar jus & isinya keluar.

Bahan:
1/4 cawan balsamic vinegar
2 sudu besar Dijon mustard
2 sudu besar jus lemon
2 ulas bawang putih dicincang garlic cloves
2 sudu besar minyak zaitun/sayuran
1 sudu kecil garam & lada hitam
1 ekor ayam di potong beberapa bahagian .

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk kecil, masukkan balsamic vinegar, Dijon mustard, jus lemon, bawang putih, minyak zaitun, garam & lada hitam. Gaul mesra.

Campuran bahan untuk perapan / marinate.

2. Masukkan bahan campuran tadi pada ayam. Gaul seketika & masukkan ayam & bahan dalam plastik. Perap sekurangnya 2 jam.
3. Panaskan oven pada 200°c. Alas dulang dengan kertas aluminium atau baking sheet. Letak ayam di atasnya & panggang dalam 1 jam hingga masak. Setelah masak, boleh aje makan begitu sahaja, makan dengan salad atau buat burger ayam panggang. Suka-suka hati.

Bila dah siap masak. Kita senyum lebar... Alhamdulillah...

Burger Ayam Panggang dengan Balsamic Vinegar. InsyaAllah semua suka. Boleh add on apa sahaja yang anda nak letak untuk intinya. 

Happy cooking.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...