Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Roti Jala, Jom Kita Menjala di Dapur


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Penat betul saya menjala roti semalam dengan encik suami. Bila adunan bertambah sekali ganda, memang gigih le menjalanya + bila sudip plastik kau rosak kena pakai sudip lain, makin lamalah menyiapkannya

Anyway, Alhamdulillah menjadi juga roti jalanya. Semua orang suka dengannya.
Untuk kuah pencicah, anda boleh makan dengan kari ayam, kari daging, sambal bilis, kari sardin mahupun kuah durian.

Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar / air
3 titik pewarna kuning
1 biji telur
3 camca besar minyak zaitun / mentega cair
Secubit garam
Minyak untuk mengoles kuali

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan kecuali minyak untuk mengoles. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
2. Panaskan non-stick pan. Oles dengan sedikit minyak guna paper towel. Bila kuali panas, paipkan adunan dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara bulatan. Masak dengan api kecil. Bila permukaan roti jala nampak sedikit pucat & garing, lipat kiri & kanan, ke dalam & kemudian gulung perlahan-lahan hingga ke hujung. Buat cara yang sama untuk baki adunan, hingga selesai. Makan dengan apa sahaja kuah yang anda suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...