Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 16 Ogos 2018

Gulai Tempoyak Sulur Keladi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Berpuluh tahun saya tak makan gulai ni. Tetiba nampak keladi di pasar Nilai. Terus teringat juga stok tempoyak yang ada di rumah.

Dan sudah tentunya teringat arwah mak ngah yang ajar saya makan gulai kampung ni. Banyak makanan kampung, dia & arwah suami ajar saya makan. Meskipun rasa tak berapa sama, tapi menu & ingatan itu yang terpahat sampai bila2. Rindu dia hingga akhir hayat... 

Bahan:
2 pelepah keladi sayur
1 helai daun kunyit
3 sudu besar tempoyak
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
1 genggam ikan bilis, cuci & rendam seketika, toskan

Penyediaan:
1. Batang keladi dibuang kulit luarnya, kerat pendek dan rendam sebentar. Rebus keladi dalam 10 minit untuk empukkannya & hilangkan rasa gatalnya ketika makan. Kemudian, toskan.
2. Dalam periuk lain, panaskan minyak & masukkan bahan kisar. Masak hingga naik bau & sedikit naik minyak. Tambahkan air. Setelah mendidih, masukkan tempoyak & kacau hingga tempoyak sebati dengan kuah.
3. Kemudian, masukkan asam keping, keladi & daun kunyit. Masak hingga pangkal keladi sedikit lembut. Masukkan garam & sedikit gula secukup rasa. Kacau seketika & siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...