Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 2 Oktober 2014

International Horseback Archery di Malaysia


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya dan encik hubby akhirnya diizinkan Allah untuk pergi ke event horseback archery atau dalam bahasa malaysianya menunggang sambil memanah di Selangor Turf Club, Seri Kembangan.
Acara ni saya tahu dari seorang sahabat yang juga join memanah (tapi di area Melawati). Encik hubby terus aje whatsapp bini dia dan tunjukkan info yang sahabat saya tu berikan.

Wah!! Macam menarik tertarik aje. So, kita orang cuba untuk ingatkan tarikh tersebut (we know about it around 3-4 months before tournament). Itupun nasib baik tengok balik kalender tarikh 27 tu bila. Ingatkan nak datang hari Ahad, rupanya last day hari Sabtu. Fuhhh... Lega... Malam hari Jumaat tu jugak, saya tertekan astro oasis, tiba-tiba nampak rancangan Salam Muslim yang perkenalkan pasal sukan memanah dan menunggang kuda. Excited kami berdua menontonnya. Makes both of us can't wait for tomorrow.

Jeng-jeng... dan harinya pun tiba. Lepas hantar mak dan ayah mertua ke rumah kakak ipar di Cheras, pantas kami ke STC. Dan, rezeki kami hari tu, tak payah naik tram atas sebab-sebab tertentu. Parking aje kat dalam :) Jimat masa kami...

Masuk aje kat area depa buat event International Horse Show tu, bukan main ramai lagi budak-budak sekolah. Seronok betul depa. Lepas jumpa khemah untuk orang awam, terus kami duduk. Tapi dalam masa sejam, budak-budak sekolah makin ramai. Sudahnya hubby pun kata, "Yang, bagi ajelah tempat duduk kita kat budak-budak ni. Kesian depa. Kita cari tempat lain."

Walaupun berat hati nak bagi, tapi dek kerana saya ni nak belajar ikut cakap suami, kuturutkan jua...
Cari punya cari sampai ke hujung, aduh... semua dah penuh dengan budak sekolah dan cikgu. Last sekali, kami jalan ke depan sikit. Dan tanyalah pak guard yang tengah tunggu nak naikkan bendera negaraku (Sultan Terengganu nak rasmi masa ni tapi dia belum tiba lagi ya). Kami tanyalah, khemah yang kat seberang padang tu boleh ke kami duduk. Sebab khemah panjang untuk orang awam dah penuh budak-budak sekolah. Dia kata, pergi ajelah. Tak ada apa-apa.

Ini suasana masa kami mula-mula datang ya. Tak ramai lagi.

Makan, rezeki dari Allah tiba lagi. Kami dapat duduk kat khemah yang facing khemah orang awam. Tak ada orang nak halau. Seronok aje hati sebab angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Dalam hati dah dok terfikir, rupanya ini hikmah ikut cakap suami kot. :)

Dan rezeki Allah datang lagi. Tak lama lepas tu, para pemanah berkuda dari pelbagai negara dan siap berpakaian perang zaman dahulu lalu belakang kami. Weh! Menarik giler ni. Pantas encik hubby dan orang-orang kat bawah khemah tu bangun dan ambil gambar mereka. Siap depa bersalaman lagi (pemanah wakil Malaysia dengan org kita ya). Makcik pun teruja juga tapi lihat dari jauh aje dulu. Segan ya... Hehehe...

Saya dan hubby akhirnya dapat dok kat khemah sebelah depan tu ya. Itu namanya rezeki :)

Ini acara ulik mayang guna kuda masa opening ceremony. Baru saya tahu, kuda pun boleh buat ulik mayang. hmmmm...




Lepas opening ceremony berlangsung dengan jayanya (walaupun ada tang-tang tertentu yang nampak agak kelakar masa tu), tiba-tiba mata ni terperasan yang peserta pemanah berkuda dah start datang ke khemah belakang kami. Khas untuk pertandingan memanah sambil menunggang kuda. Tanpa membuang masa, saya dan encik hubby dan beberapa orang lain pun, join the club.

Bila kami dok aje kat bawah khemah yang 1st, (gambar kat atas ni), kami terus nampak beberapa peserta dengan pakaian khas mereka yang menarik. Kami tengok-tengok dulu. Ambil feel... Adalah beberapa hamba Allah dah start berbual dengan peserta dan bertanyakan negara mereka (kena masuk otak ni sebab nak masukkan dalam blog. Salah kang, buat malu aje). Dan peserta pertama yang kami ambil gambar, of course Encik Din Mahidin. Kami cam dia pasal dia ada masuk dalam rancangan kat slot National Geographic dan Salam Muslim. Cantik pakaiannya dan tak sabar nak tengok dia beraksi (tapi takde rezeki nak tengok sebab kena balik awal atas sebab keluarga).

Anda layan dulu gambar yang ada ni ya... bawah nanti saya sambung lagi.

Hubby dengan Encik Din Mahidin

Ini pula dengan peserta dari Syria tapi rasanya dia mewakili Qatar. Walid Khawajkie

Wakil perempuan tunggal untuk Malaysia. Saya cam dia dalam rancangan Salam Muslim tu ya. Erina Emelina.

Entah macam mana terjadi, saya pun lupa, boleh pulak hubby berborak dengan peserta dari Qatar (Fuad Almudehki) dan Syria ni. Macam seronok aje depa. Pasrah ajelah makcik menengoknya. Itu yang snap sekeping dua gambar depa.

Ini pula peserta dari Jepun, Mayumi Nishizawa. Pantas saya menegurnya untuk bergambar. Exactly, baju-baju yang dipakai mereka untuk mewakili negara memang unik. Represent their country. Bukan senang nak jumpa kan. Inilah kenangan yang ada. Snap aje cepat-cepat. Si Mayumi ni kata, dia ada makan nasi lemak tapi katanya, "its too spicy." Encik hubby pulak kata, "most of our food is spicy. It represent Malaysia food." Pandai aje dia.. jangan dilupa orang Kelantan dan Sarawak mana nak makan pedas sangat ayang oii...

Cantik dan menarik kan momen ni? Himpunan berlainan bangsa dengan berlainan pakaian. 

Unikkan tempat simpan arrow dan arrownya.

Akhirnya, dapat juga encik hubby ambil gambar dengan pemanah berkuda dari China. Masa mula-mula nampak depa, saya terus teringat cerita hantu cina masa kecik-kecik dulu. Adehhh... :)




Betapa terujanya saya dan hubby bila tengok depa menunggang sambil memanah. Terus teringat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang berperang demi mempertahankan Islam pada perang Badar dan perang Uhud. Agaknya, lebih kurang beginilah cara mereka berjuang ketika menunggang kuda dan melepaskan panah pada Quraisy Mekah.

Lelaki Inggeris ini, kami perasan dia masa kami berpindah ke khemah hadapan sedikit (senang nak tengok view dari start sampai ke tengah perjalanan mereka menunggang). Saya tanya hubby, nak ambil gambar dengan dia ke? Hubby kata, takpelah. Dia macam tengah berlatih aje tu. Tak nak kacau. Kami pun perhatikanlah dia kejap masa dia dok berlatih tarik-tarik arrow tu. Lepas tu, mata dah kembali fokus ke depan bila game dah mula. Then, bila pusingan kedua bermula dan dia antara pesertanya, ambil kau, terus kami speechless kejap. Dalam sekejapan, dia dah lepaskan banyak anak panah ke target point. Peserta lain rasanya dalam 2-3 anak panah aje dan ada antaranya 1-2 mesti tersasar. Tapi dia, dalam 9 anak panah dia lepaskan, 7 kena target point dan 2 kena bulls eye. Pergh!!! 
Subhanallah, Allahu Akbar. Hebatnya dia... lagilah minda ni terus teringat cara perang Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, Mungkin macam ni hebatnya dan ada potensi lebih baik dari itu. Subhanallah...
Lelaki ini, namanya Kassai Lajos. Dia ada horseback archery school kat Hungary. Dan untuk info lanjut, saya sarankan anda google aje atau carinya di FB. InsyaAllah jumpa sebab saya dan hubby pun buat macam tu gak :) A very humble person (from our perspective sebab dia dengan sendirinya menepuk sebelah tangannya dengan penonton bila aksinya sudah habis). Masa dia dok practice belakang kami, dia buat macam biasa aje. Takdenya nak show-off atau nampak annoyying (makcik tak nak puji lebih2 sebab bukan kenal sgt pun kan. Hanya mereka dlm bidang ini aje yg kenal).

Rasanya, dah banyak saya celoteh. Jom layan aje gambar di bawah ni ya...






Sukan menunggang kuda di Malaysia, dianggap sebagai antara sukan yang elit. Tidak semua orang mampu untuk membayar kelas latihannya. Itu belum lagi termasuk kelengkapan pakaian dan lain-lain. Memanah juga, jika dilihat, baru sahaja mula berkembang di Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sama juga seperti sukan renang. Muslimah sudah semakin ramai yang menghadiri kelas-kelas renang kerana sudah ada pakaian yang menutup aurat. Muslim sekarang ini, perlahan-lahan mula untuk berusaha mengaplikasikan bukan setakat sukan saranan Baginda s.a.w tetapi juga dalam kehidupan harian. Alhamdulillah, perkembangan ini amat memberangsangkan.

Meskipun ada beberapa suara negatif yang memperlekeh atau mentertawakan sama ada sukan ini atau orang yang ingin terlibat dengannya, mereka sepatutnya lebih berhati-hati kerana secara tidak langsung, mereka telah mempersendakan apa yang disukai dan digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Untuk anda tahu lebih lanjut, saya amat sarankan agar anda merujuk orang yang pakar dalam bidang ini dan juga merujuk kepada hadis Baginda s.a.w yang sahih dari kitab-kitab ulama terdahulu. Sebarang kemusykilan, bolehlah bertanya kepada mereka yang PAKAR dan telah mendalami ilmu ini. Bagi saya dan hubby, selagi mana ianya terdapat dalam kitab-kitab sahih yang kebanyakan para ustaz di Malaysia menggunakannya, kami akan cuba untuk mengimplimentasikan sunnah Baginda setakat mana yang kami mampu.

Daripada Salamah bin Al-Akwa', Rasulullah s.a.w bersabda, "Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”
(Hadis riwayat Bukhari no 592)

Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.” (HR. Muslim no. 4711)

"Demi Allah! Sungguh Rasullulah s.a.w pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain. Baginda s.a.w sangat tangkas dalam hal itu dan menghairankan." (Riwayat Ahmad)

Moga Allah membantu kita untuk terus berada di jalan yang lurus meskipun ada banyak cabang yang mengganggu di kiri dan kanannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...