Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Selamat Hari Raya Aidil Adha semua...
Alhamdulillah, Allah masih izinkan saya, suami dan ahli keluarga bernafas dan menyambut hari raya bersama.
Sehari sebelum raya, saya dan dibantu sedikit oleh anak-anak sedara, seronok membuat donat.
Tak pernah umur saya buat donat dan dek kerana rancangan Unique Sweet kat tv, akhirnya saya terjebak juga. Hari Khamis malam, jika ada kelapangan, memang saya dan hubby suka tengok rancangan Unique Eat dan Unique Sweets kat Food Network. Memang seronok tengok makanan yang sedap, menarik, happening, lazat dan unik kat dalam rancangan ni.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar... nikmat Allah yang mana lagi hendak kamu dustakan. Makanan dan minuman yang menarik dan sedap, sebenarnya kita boleh melakukannya sendiri dengan kreativiti dan bahan-bahan yang ada di sekeliling kita. Bahan yang limit, mampu juga menghasilkan makanan yang sedap selagi mana kita berusaha mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarga dan orang lain menikmatinya (cuba ya untuk tidak rasa riak bila orang memuji masakan kita. Cukuplah sekadar berkata, "Alhamdulillah". Kembalikan pujian tersebut pada pemiliknya).
Bila rancangan Unique Sweets muncul dan tiba-tiba depa menunjukkan segala jenis donat yang sedap di sebuah kedai di US, Mojo Monkey, apalagi, saya punya excited tengok sampai telan air liurlah... hehehehe... Bila nampak makanan yang sedap kat rancangan ni, memang selalu cakap dengan hubby, "kat Malaysia takde kedai macam ni ke? Sedap, murah dan besar." Dan tak perlu saya tunggu jawapan hubby, rasanya saya dan anda memang tahu, memang susahhhhhh... sangat nak ada (segala macam benda kan naik harga lagi. Kesian kat pakcik makcik dan sedara mara yang kurang kemampuan, macam manalah keadaan mereka... :( ).
Inilah antara donat yang dibuat oleh Mojo Monkey. Saya ambil gambarnya di FB k.
Dan untuk anda, yang teringin untuk dapatkan donat yang sedap, besar dan boleh pelbagaikan toppingnya macam gambar kat atas, boleh aje buat sendiri. InsyaAllah anda puas hati dengan hasilnya dan anda serta keluarga boleh makan berulang kali (nak bisnes kat ofis dan internet pun boleh).
Jom saya kongsikan bahan dan penyediaannya.
Bahan-bahan donat:
1. 500gm tepung gandum / serbaguna
2. 11gm yis
3. 100gm mentega (pada suhu bilik ya)
4. 1 sudu kecil garam
5. 6 sudu besar gula kastor
6. 2 biji telur (kalau telur tu kecil, ambil 3 biji ya). Pecahkan macam nak buat telur dadar tu.
7. 250ml susu (selalunya saya guna jenama Anchor atau Nestle. Ini aje pun yg ada kat kedai bakeri sini)
8. Minyak untuk menggoreng
9. 1/2 cawan gula kastor (untuk salutan donat yang sudah masak)
Penyediaan:
1. Masukkan tepung dan yis dalam 1 mangkuk besar. Gaulkan seketika.
2. Masukkan mentega pula dan gaulkan agar ia sedikit mesra.
3. Masukkan pula gula dan garam. Gaulkan.
4. Kemudian, buat bulatan di tengah bekas campuran tepung tadi dan masukkan telur dan susu. Kacau. Masa ini kita dah mula nak gunakan tangan untuk menguli. Jika adunan melekit masa menguli, letak sedikit demi sedikit tepung gandum (tepung gandum ni memang bukan yg 500gm tu tau. Yang extra dalam plastik kita). Uli sehingga doh tidak melekat dan melekit. Kalau nak uli dalam bekas tadi boleh, nak uli atas papan yang besar pun, ok aje. :)
5. Sapukan sedikit minyak jagung atau mentega cair di dalam satu bekas yang tinggi dan besar sekelilingnya (periuk pun boleh aje). Masukkan doh yang sudah diuli tadi ke dalam bekas tersebut dan golekkan doh sekali golek aje dalam bekas tu. Ia bagi pasti, minyak atau marjerin melekat pada keliling doh (jangan beria sangat. just dalam 2-3 saat aje)
6. Tutup adunan doh tadi dengan kain yang lembab dan letakkannya di tempat yang sedikit gelap. Biarkan doh naik dalam 1-2 jam atau doh naik 2 kali ganda saiznya.
7. Sementara menunggu doh naik, anda sediakan 2-3 tray yang besar untuk meletakkan bakal donat yang ditekap ke dalamnya. Taburkan tepung gandum di sekeliling atas permukaan tray. Ini bagi mengelakkan doh donat melekat masa mengembang sebelum di goreng.
8. Setelah doh dah naik, buangkan angin dari doh tersebut dengan mengulinya seketika di dalam bekas tersebut dan kemudian potong separuh dari doh tersebut dan letakkan di atas papan penguli yang sudah ditaburkan dengan tepung gandum (bagi memudahkan doh tidak melekat di tempat kering dan mudah mencanainya).
9. Uli doh tersebut dan taburkan tepung untuk memudahkan anda menguli dan mencanainya menggunakan rolling-pin (pencanai). Canai doh tersebut menggunakan rolling-pin sehingga doh menjadi tebalnya 1/2 inci.
10. Ambil 2 bekas bulat yang bersaiz besar dan kecil untuk membuat ukuran donat. Anda tekap bekas tersebut di atas doh yang sudah leper dan pindahkan bentuk bulat donat tersebut ke atas tray yang sudah ditaburkan dengan tepung gandum.
11. Siapkan semua doh seperti gambar di atas dan biarkan dalam 1/2 jam. Biarkan doh donat tu naik dengan cantiknya.
12. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng donat tersebut. Setelah masak, tapis donat tersebut sama ada guna tisu atau jaring besi (tak kisah ke dengan apa pun, janji minyaknya tersejat sedikit).
13. Selepas minyak sudah tersejat dan masih panas lagi, golekkan donat tersebut ke atas mangkuk yang berisi gula kastor. Dan tada... Dah siapppp...
Jika anda ingin donat tersebut disaluti coklat dan dilitakkan pelbagai topping, ini saya berikan resipi chocolate ganache nya @ coklat sos (kalau bahasa masakan, depa panggil ganache).
Bahan-bahan chocolate ganache:
1. 150gm coklat masakan (jika anda punya coklat bar, potongkan ia menjadi kiub-kiub kecil. Jika jenis yang bulat-bulat tu, lagi senang. Tak payah kecilkan lagi)
2. 50gm heavy cream / whipping cream
3. 30gm mentega pada suhu bilik
Penyediaan:
1. Masak heavy cream / whipping cream di atas api. Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan ia ke dalam bekas yang berisi coklat masakan tadi. Biarkan dalam 30-40 saat agar coklat tersebut dapat menyerap heavy cream / whipping cream yang panas tersebut.
2. Kemudian, kacau coklat dan heavy cream / whipping cream tersebut sehingga coklat cair.
3. Kemudian, masukkan pula mentega dan kacau sehingga semuanya mesra. Dan siap. Anda dah boleh letakkan sos coklat @ ganache tu atas donat anda dan letaklah apa topping sekali pun.
Antara topping yang popular dan senang, chocolate rice, rainbow chocolate rice, kuaci, pelbagai jenis kacang, kelapa kering, kismis, whipping cream, marshmallow, buah-buahan dan macam-macam lagi anda boleh designkan macam kat dalam food network dan internet tu. :)
p/s:
1. untuk buat ganache tu, nisbah heavy cream dengan coklat tu mestilah 1:3 kiraannya. Jika tak, sama ada coklat anda jadi cair sangat atau pekat sangat :)
2. Jika teringin rasa sedikit kopi, tambahkan 1 sudu kecil kopi instant ke dalam adunan ganache yang panas dan kacau (tip dari Ina Garten ya)
HAPPY COOKING FOR YOU & FAMILY...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan