Cekodok pisang, siapa yang tak suka kan. Pancake pula, memang menarik bila melihat kegebuannya dan kesedapannya bila makan dengan madu, pisang, whipping cream atau apa sahaja.
Dan hari ini, dua resipi timur dan barat ini bertemu jua di atas meja. Saya yang sukakan cekodok pisang dan hubby yang sukakan pancake. Dek kerana encik hubby asyik order breakfast pancake aje bila di KL Sentral, makanya, saya buatkan pancake untuknya hari ini. Biar makan puas-puas. Pisang pula, dek kerana ada banyak, maka, cekodok lah yang paling senang untuk dibuat.
Jom, kita cuba buat. InsyaAllah, anda dan keluarga atau rakan mesti suka :)
Cekodok.
Bahan-bahan:
8 biji pisang emas atau apa aje pisang yang dah masak
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula halus (saya guna gula kastor)
1 1/2 cawan tepung gandum (jika adunan lembik, boleh tambah lagi ya)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
- Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
- Panaskan minyak pada tahap sederhana. Boleh guna sudu atau tangan untuk menjemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas. Jangan banyak-banyak sebab ianya akan kembang.
- Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Dah boleh makan lepas tu... Oh ya, jika agak berminyak, boleh toskan atas tisu.
Pancake.
Bahan-bahan2 cawan penuh tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil bikarbonat
1/4 sudu garam
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil ekstrak vanila
sebiji telur
2 cawan susu full cream atau jika pekat lagi adunan tepung, boleh tambah lagi susu agar cair (jgn cair sangat nanti lembik)
Penyediaan:
- Campur kesemua bahan. Kacau hingga sebati.
- Panaskan kuali non-stick. Jika tak ada kuala non-stick boleh aje guna kuali leper biasa cuma anda perlu ratanya dengan sedikit minyak di permukaannya agar pancake tidak melekat.
- Setelah panas, taruk campuran yang sudah digaul tadi ke atas kuali. Jika nak besar pancake, taruk banyak, Jika nak kecil aje, then, taruk sikit lah. Bila anda menuang adunan pancake tu, tuang setempat aje dan jangan pusing-pusing sebab adunan akan kembang dengan sendirinya.
- Bila gelembung-gelembung kecil banyak muncul di permukaan pancake, itu tandanya anda sudah boleh terbalikkan pancake tersebut untuk masak di bahagian sebelahnya.
Tada... pancake dah siap. Jika anda suka, boleh aje makannya dengan madu, pisang, whip cream, buah-buahan lain atau begitu sahaja. Kalau anda google, anda boleh lihat pelbagai jenis cara menarik untuk menikmati pancake.
Happy cooking...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan