Buku Menalar Makna Diri ini hampir sebulan setengah baru selesai pembacaannya. Ada banyak kerja dan gangguan lain yang sedikit membantutkan kelancaran pembacaannya. Saya membeli naskhah buku ini bila terbaca tentangnya oleh seorang sahabat di FB. Agak menarik komen yang diberikan dan pantas saya selitkan order dengan staf karangkraf.
Jika saya sudah sukakan komen beberapa pembaca, saya akan cuba dapatkan naskhah buku tersebut. Dan Alhamdulillah, buku ini memang tidak mengecewakan. Namun, rasanya, pada sesetengah orang, buku ini kelihatan agak membosankan tapi tidak pada saya. Limpahan perkongsian ilmu, pengelaman, asbab dalam mempelajari setiap kejadian ada hikmahnya serta melihat pandangan sisi yang berbeza tentang sejarah dahulu dan sekarang juga senario politik dan persahabatan, mampu membuatkan saya bersungguh dan teruja untuk membaca dan terus membaca.
Adakala pengkongsian ilmu dan pengalaman penulis, membuatkan saya teringat tentang keadaan saya dahulu ketika belajar dan menyambung pelajaran. Pembelajaran serta penambahan ilmu baru adalah sesuatu yang sentiasa mengujakan saya. Dan ia antara sebab mengapa saya memilih pengajian master by research rather than ambil periksa dan terus dapat keputusan. Impaknya sudah saya ketahui sebaik melihat ke masa lalu bilamana menyelesaikan Diploma dan Sarjana Muda. You just read and remember with less implementation.Semangat untuk mengetahui kenapa, bagaimana, bila dan cara penyelesaian memang kurang. Memang tak menarik sangat rasanya bila memikirkan cara pembelajaran seperti itu. Jika tidak percaya, anda boleh cuba tanya anak saudara atau rakan anda yang muda tentang apa yang dipelajarinya pada semester pertama pengajian dahulu. Rasanya, hanya beberapa peratus sahaja yang ingat tentangnya dan yang sama ada ingat-ingat lupa atau lupa terus :)
Ada banyak perkara tentang buku ini yang mengingatkan saya bahawa ilmu, pengalaman, kepercayaan, persahabatan, hubungan dengan Allah, persekitan kita, secara tidak langsung membantu membina siapa diri kita yang sebenarnya. Sama ada kita mahu menjadi seorang yang responsif atau defensif.
Mari saya kongsikan beberapa keratan kata-kata yang menarik dalam buku ini. Harap, ia dapat membantu anda untuk memilih bahan bacaan dan berfikir dengan lebih kritis bukan hanya menerima tanpa berfikir. Itu pentingnya akal, fikiran dan ilmu.
- Sebab itu ana panas hati apabila tulis sesuatu di Facebook atau Twitter, laju aje sesetengah kita berkata, "sorry tak faham, mohon pencerahan." Rasanya lapan daripada sepuluh komen begitu adalah komen pemalas. Malas berfikir. Semuanya mahu disuap-suap.
- "Aku sedih dengan kekalahan AKP. Namun, pada masa yang sama, aku bangga dengan penduduk Boldavin yang berfikir baik. Mereka tidak menyimpan AKP. Sesiapa yang bekerja, akan dipilih. Sesiapa yang tidak bekerja, akan ditolak. Itu politik sihat," kata Fatih.
- "Sungguh! Terdapat sebahagian alim ulama dan guru yang mengajar kebenaran dalam agama dengan cara yang kasar. Mereka menyalahkan para pendengar dengan dosa-dosa yang mungkin mereka tidak lakukan. Malah turut menggugut pendengar dengan bencana seksaan daripada Allah. Mereka yang seperti ini, menjadi punca kepada kemarahan. Sedangkan rumah Allah (masjid) bukan tempat untuk kemarahan. Mereka yang mengapi-apikan hal ini, tidak lain dan tidak bukan adalaha golongan munarik, sombong, angkuh dan mementingkan diri sendiri." (Imam Birgivi dalam bab al-Ghadab (Marah))
- Anak kecil yang meminta sedekah di Eminonu itu saya berikan sedikit wang. Hati saya tersentuh melihat budak kecil itu mengagihkan pemberian saya kepada rakan-rakanya. Semoga Allah merahmati mereka.
- Saya mendengar kisah berkenaan terkesima. Saya tidak dapat mendiamkan diri. Pantas sahaja saya mengangkat tangan dan bertanyakepada si pemberi takzirah, "Sahihkah cerita ini?" Beliau bertanya kembali, "Kamu ada masalahkah dengan cerita tadi?" Saya menjawab, "Sudah tentulah. Semasa tuan menceritakan kezuhudan Abu Ubaydah untuk kami teladani, tuan memburuk-burukkan Umar al-Khattab. Sebab itu saya bertanya, sahihkan cerita ini?"
- Dalam budaya televangelism ini, si jahil boleh meletakkan syarat ke atas si alim agar kejahilannya dihormati, justeru si alim yang mesti bekerja keras mencairkan penyampaiannya agar si jahil tidak penat dalam usaha memahami.
- Edward Said telah menyatakan dalam karyanya Representation of the Intellectual tentang erti menjadi seorang sarjana. Golongan intelektual mesti menyampaikan pemikiran tentang sesuatu perkara bukan hanya untuk sekadar ia dibentangkan tetapi dapat digarap dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Justeru, golongan intektual mestilah memposisikan dirinya secara merdeka daripada kecenderungan pemerintah atau mana-mana pihak yang berkepentingan.
- Di sekeliling Sultan Abdul Hamid II ada ramai pengkhianat termasuk Midhat Pasha sendiri. Oleh kerana itu, Sultan Abdul Hamid II banyak bertindak berpandukan maklumat-maklumat keselamatan peribadi yang tidak diketahui umum. Namun, Sultan Abdul Hamid II masih berterusan mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang diyakini boleh membantu. Pembacaan secara menyeluruh terhadap sikap Sultan Abdul Hamid II akan memahamkan kepada kita bahawa baginda bukan seorang diktator, apatah lagi dengan berulangkali pendakwa hanya berhujah pada tindakan menggantung parlimen itu tadi.
- "Aku yakin yang ahli sejarah akan membela diriku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekalipun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku," Sultan Abdul Hamid II menulis suara hatinya di pembuangan di Salonika, Greece.
Happy reading everyone...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan