Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 27 Disember 2023

Kuih Bom Bijan yang sedap kat tekak orang tak berapa muda


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Kuih Bom Bijan yang sedap kat tekak orang tua n tak berapa muda 😁😋

Sekali lagi saya buat kuih bom. Kali ni letak bijan pula. Bukan apa, kalau ikutkan hati sakit ni, kalau boleh tukar kuih ni jadi bom betul, lama dah saya tukar and hantar bantu Filasteen. Kalau ikut Islam, bu..h balas balik apa orang buat jahat pada kita. But then, it's only in my imagination. 

Ni resipinya jika ada yang nak ngetest.

Bahan:
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air suam
1/3 cawan
2 sudu kecil minyak masak
Inti kelapa gula melaka
Bijan
Minyak untuk goreng

Penyediaan:
1. Sukat tepung pulut dan garam kemudian kacau sebati.
2. Masukkan air dan gula ke dalam cawan. Kacau hingga gula larut. Tuang masuk air gula ke dalam tepung dan gaul hingga menjadi doh (kalau melekit, tambah sesudu tepung, jika pekat tambah sedikit air).
3. Uli doh sampai elastik dan tak melekat pada tangan. Tuang minyak masak dan sambung uli.
Rehatkan adunan 30 minit.
4. Bulatkan dan leperkan doh kecil-kecil. Letak inti dan tutup rapat. Uli membulat. Buat hingga habis.


5. Celup kuih dalam air dan kemudian salut dengan bijan hingga bijan melekat pada doh.
6. Goreng kuih dalam minyak yang tenggelam (deep fry). Masa goreng minyak jangan terlalu panas takut kuih meletup (pesan Che Nom).
7. Kerap kacau dan alih supaya kuih masak sekata. Angkat dan toskan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...