Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ka'ak Al-Quds Jerusalem, resipi roti rakyat Palestin yang lembut sentiasa


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Roti ka'ak al-Quds Jerusalem ini saya tahu dan kenal bila tertonton TikTok seorang warga Palestine di Canada. Sewaktu perang ni, tetiba terlintas di fikiran tentang makanan dan budaya rakyat Palestine. Jadinya saya search di TikTok dan jumpa roti ka'ak al-Quds Jarusalem ni. Bila tengok resipinya, takdelah sesusah mana. Mudah sangat. Rasanya kita semua boleh buatnya. Cuma nak rasa premium, kena guna minyak zaitun dari Palestine (itu yang dikatakan beberapa orang).

Setiap kali makan, setiap kali tu teringat mereka yang dibom di Gaza, ditangkap di Tebing Barat. Kami di luar sini sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka di sana dan hanya pada Allah kami wakilkan untuk pembalasan yang perlu dilakukan. Hasbunallah huwanikma wakeel.

Bahan untuk roti:
1 1/2 cawan air suam
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar yis
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak zaitun

Bahan untuk air gula:
1 sudu besar gula
1/2 cawan air panas
1/2 cawan bijan (hitam atau putih)

Penyediaan:
1. Masukkan dalam mangkuk kecil air suam, gula kastor dan yis. Kacau sebentar dan biarkan ia kembang dalam 10 minit.
2. Sediakan dalam mangkuk besar, tepung gandum. Selepas yis mengembang, masukkan bancuhan tersebut ke dalam tepung dan uli tepung sehingga menjadi doh. Setelah menjadi doh, masukkan minyak zaitun dan uli sekejap dan sadurkan sedikit minyak zaitun keliling mangkuk besar dan rehatkan doh selama 1 jam (tutup dengan kain lembab atau plastik wrap).


3. Sementara menunggu doh naik, siapkan air gula. Masukkan gula ke dalam mangkuk berisi air panas. Kacau sehingga gula larut dan kemudian masukkan bijan. Kacau dan ketepikan.
4. Setelah doh mengembang, keluarkan dari mangkuk dan uli sebentar atas papan penguli. Kemudian, bahagikan doh kepada 4 bahagian. 1 bahagian doh, diuli memanjang dan buat bentuk O dan letakkan atas loyang. Satu loyang letaklah 2 doh bulat tadi.


5. Sapukan campuran air gula dan bijan tadi ke atas roti. Jika dapat rata, ia lebih bagus. Rehatkan sebentar dalam 15 minit sebelum dimasukkan ke dala oven. Panaskan oven pada suhu 210 celcius. 


6. Masak lebih kurang 15 minit atau roti jadi warna coklat keemasan. Setelah masak, keluarkan dari oven dan rehatkan sebentar dan boleh dimakan. Roti Ka-ak al-Quds Jerusalem ini enak dimakan dengan jem, yogurt, cicah air ataupun begitu sahaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...