Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Yong Tau Fu Home-Made, berkali-kali kita boleh mengulang makan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Yong tau fu, menu feveret suami saya kalau pergi ke pasar malam bila balik Ampang. Menu ni kalau ikukan, guna aje bahan-bahan frozen dan telur serta sayur. Cuma nak dapatkan kuah yang sedap, tak semua kedai atau gerai mampu buat atau kena dengan selera.

Menu ni pernah saya buat 8-9 tahun dulu. Lama dah. Bukan apa, menu ni kalau nak buat, kena beli berpaket-paket makanan frozen berbeza jenis. Jadinya, setakat makan sikit dan bakinya banyak kena simpan dalam fridge, sangatlah tak ekonomik untuk peti ais yang kiut bila dah banyak barang letak dalam tu.

Cuma kali ni saya buat balik menu ni sebab terkena caj mahal makan di satu kedai ni. Bila culculate harga dan kos, sangatlah tak berbaloi untuk kami yang makan dua orang. Jadi, mulalah kembali cari resipi kuah yong tau fu yang sedap. Dan Alhamdulillah jumpa. Ini resipinya. Hopefully korang pun suka.

Bahan-bahan:
5 pek makanan frozen yang anda teringin nak makan
1 ikat kangkung
Telur puyuh (jika suka)

Bahan-bahan kuah merah:
4 ulas bawang putih
7-10 tangkai cili kering direndam air panas
5 tangkai cili padi
1 biji cili merah (pilihan)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
2 sudu besar sos cili
2 cawan air
kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan-bahan kuah hitam:
Taucu
Kicap manis
Kicap caramel
Sos tiram
4 cawan air
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 keping besar gula melaka 
Garam secukup rasa

Bahan-bahan kuah rebus:
2 liter air
1 kuib pati ayam
Sedikit garam


Penyediaan kuah merah:
1. Kisar halus bawang putih, cili padi, cili merah (pilihan), cili kering dengan sedikit air.
2. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan air sehingga tepung larut sekata.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus serta sos cili sehingga masak dan pecah minyak. Tambah air setiap kali nampak kering sebanyak dua ke tiga kali. Ini bagi memastikan cili betul-betul masak. Kalau tak, confirm sakit perut bila makan. 
4, Bancuhkan tepung jagung dan tepung gandum. Masukkan kiub pati ayam, air, bancuhan tepung dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah memekat. Bila dah masak, tutup api dan letakkannya dalam mangkuk. 

Penyediaan kuah hitam:
1. Masukkan ke dalam mangkuk sedikit air lalu campurkan bersama taucu, kicap manis, kicap caramel dan sos tiram
2. Kisar halus bahan campuran, air, tepung jagung dan tepung gandum.
3. Panaskan kuali. Masak bahan kisar halus, gula melaka,, garam secukup rasa dengan api yang perlahan. Kacau perlahan bahan sehingga mendidih, pekat dan kuah menjadi gelap.

Penyediaan kuah sup/rebus:
1. Panaskan air lalu masukkan pati ayam dan sedikit garam. Rebus seketika bahan-bahan makanan sejuk beku seperti bebola, stik ketam dan selainnya sehingga masak.
2. Gunting bahan bahan rebusan kepada ketulan kecil macam kat pasar malam tu. Selepas siap, boleh hidangkan yong tau fu dengan tuang kedua kuah hitam dan kuah merah ke atas bahan rebus yang diingini. Jika suka kuah sup, guna aje baki kuah rebusan makanan frozen tadi. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...