Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 22 Disember 2023

Simit, roti bijan turki yang besar dan seronok bila makannya


 Assalammualaikumm& salam sejahtera.

Roti bijan turki ni selalu keluar kat Youtube channel wanita turki yang saya follow. Keluar juga kat Youtube Refika. Dan kalau pi jenjalan kat Youtube, anda mesti nampak Simit ni kat mana-mana tempat pelancongan depa. Roti bijan atau Simit, kira macam roti jalanan mereka yang femes. Boleh makan begitu sahaja atau letak dengan jem or mentega atau cicah air. 

Kalau nak rasa simit original kat Malaysia, anda boleh cuba makan di Restoran Istanbul Cafe di Damansara. Everything kat situ memang masakan Turki. InsyaAllah sedap. Saya dah try menu-menu di situ separuh. Even chef dia pun ramah. Ini resipinya jika anda nak buat sendiri.

Bahan:
1 cawan air suam
1 sudu besar yis 
1 1/2 sudu besar gula kastor 
200ml susu suam 
1/4  cawan minyak sayuran 
1 biji telur saiz A 
2 sudu kecil garam 
5 - 6 cawan tepung gandum 

Untuk air salutan simit:
1/2 cawan air suam 
2 sudu kecil molases 
1/2 -1 cawan bijan 

Penyediaan:
1. Dalam satu bekas, masukkan air suam, yis dan gula kastor. Kacau sebentar dan biarkan selama 5 minit. Selepas 5 minit, masukkan susu dan minyak sayuran. Kacau dan masukkan dalam mangkuk besar.
2. Pecahkan sebiji telur dalam adunan tadi dan kacau sebentar. Masukkan pula tepung gandum secawan demi secawan agar mudah digaul. Masukkan juga garam. Gaul hingga mesra. Jika agak lembik, tambahkan sedikit demi sedikit tepung gandum agar ia perlahan-lahan menjadi doh.
3. Taburkan sedikit tepung di atas meja menguli dan letakkan doh tadi ke atas tepung. Uli doh sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan. Rehatkan doh dalam mangkuk besar dan tutup dengan kain. Biarkan doh dalam  1 jam. 


4. Sambil menunggu doh mengembang, bolehlah sangai sebentar bijan di dalam kuali tanpa minyak. Selepas selesai, ketepikan. Kemudian, buat pula air salutan simit sebelum dibakar. Dalam satu bekas, campurkan air dan moleses. Kacau hingga sebati. Ketepikan. 
5. Uli semula doh yang sudah naik sekali ganda. Bahagikan kepada dua doh besar. Kemudian, dari dua doh besar, pecahkan jadi empat bahagian. Dari empat bahagian, setiap satunya diuli memanjang dan dipintal kemudian disambungkan hujung ke tengah roti. Buat sehingga habis adunan doh. Rehatkan setiap doh dalam 10 minit.

Pintal seperti ini dan kemudian sambung/kepitkan hujung dua roti ke dalam bulan atas. Seperti contoh yang telah siap itu.

6. Setelah itu, sediakan loyang membakar (boleh letak baking paper jika suka). Doh berpintal bulat yang dah kembang itu disalutkan dengan air molases dan kemudiannya bijan sekeliling. Selepas itu, regangkan sedikit dan letakkan doh bijan ke atas rak pembakar. Jarakkan sedikit takut ia mengembang. Siapkan semua doh seperti tadi. Rehatkan lagi dalam 20 minit.

Rupa doh direhatkan sebentar selepas disalut bijan.

7. Panaskan oven pada suhu 200C dan kemudian masukkan simit. Bakar lebih kurang 20 minit. Jika guna oven besar, setiap loyang berikan 10 minit untuk tukar atas ke bawah. Bakar sehingga simit berwarna perang keemasan. Setelah masak, biarkan sebentar dan bolehlah dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...