Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 17 Disember 2023

Hanya kos RM2.50, dapat menu yang sihat berkhasiat


 Assalammualaikum dan slaam sejahtera semua.

Kali  ni saya nak kongsi menu mudah yang kosnya hanya dalam RM2.50 aje. Murahkan. InsyaAllah sedap berkhasiat.

Bahan:
1 genggam taugeh
1/2 genggam kucai dipotong kasar
1 ketul tauhu digoreng dan hiris kasar
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili merah dihiris kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Penyediaaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga sedikit garing. Masukkan cili merah dan kacau rata guna api sederhana.
2. Masukkan taugeh dan kucai, gaul mesra. Masukkan pula tauhu dan perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan siap untuk dihidang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...