Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 15 Disember 2023

Resipi lajen daging dengan kacang panjang yang menggamit rasa


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Menu simple ni saya dapat dari TikTok Angah Raja Lawak. Bila tengok dia masak, terus teringat yang dahulu saya pernah makan daging ni. Cuma tak bila dan di mana. Alhamdulillah, dapat cuba resipi yang lagen ni. 

Bahan-bahan:
 200gm daging dihiris 
7 batang kacang panjang dikerat kasar
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih didadu
1 batang cili merah dihiris
2 sudu besar sos tiram
1/3 cawan air kosong
1/4 cawan air tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
1/2 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali. Bila minyak panas, goreng kacang panjang dahulu lebih kurang seminit. Angkat & toskan.
2. Goreng hirisan daging pula. Goreng sehingga air yang keluar dari daging berkurangan & warna daging seperti dah masak. Lebih kurang dalam 5-7 minit gitu. Angkat & toskan. 
3. Kurangkan minyak dalam kuali sehingga tinggal dalam 2 sudu besar. Goreng bawang besar & bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili merah. Kacau sebentar.
4. Masukkan pula daging ke dalam kuali & gaul mesra. Masukkan air kosong & kacau hingga mesra. Masukkan pula sos tiram. Kacau.
5. Masukkan kacang panjang & garam. Gaul sebentar & masukkan air tepung jagung. Kacau-kacau dan siap. Sedia untuk dihidang 😋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...