Assalammulaikum dan salam sejahtera. Saya tak pernah tahu kewujudan nasi goreng dabai sebelum ni. Saya hanya mengetahui tentangnya 4 tahun lepas. Itupun ketika bercuti ke Kuching bila saya masuk ke dalam sebuah restoran tempatan, saya lihat di buku menu ada nasi goreng dabai. Saya tanyalah tuan kedai, "Encik, nasi goreng dabai ni apa?"
"Dabai ni nama buah. Buah ni pula selalunya ada di Sarawak. Buah ni ada musimnya. Ni sekarang bukan musim lagi tapi kami adalah sikit stoknya. Puan nak order ke nasi goreng ni?" tanya tuan kedai pangkat pakcik ni.
Saya geleng. Saya cakap saya nak laksa sarawak. Tapi pada masa sama, saya dah set kat kepala yang restoran akan datang kena cari menu ni. Dan Alhamdulillah, hari terakhir kat Kuching, sempatlah merasa nasi goreng dabai ni. Kena dengan selera. Sudahnya, balik Semenanjung, bila nampak kedai makanan Sarawak, saya cari nasi goreng.
Rezeki baru ni, buah dabai tengah musim di Sarawak. Dan saya terjumpa buah dabai ada dijual di food court area Salak Tinggi. Harganya boleh tahan juga jadinya belilah setengah kilo aje. Buat try masak sendiri dan masak untuk family. Dan resipi kali ni, saya skodeng orang-orang yang share resipi nasi goreng dabai. Perlulah ilmu baru untuk resipi baru try ni. Alhamdulillah menjadi selepas sekali cuba. Isteri anak secara dan kak ipar pun suka.
Bahan:
10 biji buah dabai isi lembut. Rendam 1/2 jam dan kemudian ambil isinya dan buang bijinya
3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris kasar
7 tangkai cili padi dipotong kasar
1/2 genggam ikan bilis digoreng
1 biji telur
3 tangkai kacang panjang
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil garam
3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris kasar
7 tangkai cili padi dipotong kasar
1/2 genggam ikan bilis digoreng
1 biji telur
3 tangkai kacang panjang
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil garam
![]() |
| Bahan asas masakan nasi goreng dabai |
Penyediaan:
1. Rendam buah dabai dalam setengah. Untuk melembutkannya lagi. Sementara tunggu ia lembut, sediakan bahan masak yang lain.![]() |
| Rendam dengan air suam dalam 1/2 jam |
2. Setelah buah dabai lembut. Cuci bersih dan asingkan isi dari bijinya. Kemudian, lenyek isi dabai.
![]() |
| Buang biji buah dabai dan lenyek dalam mangkuk |
3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Setelah panas, goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan. Kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih. Masak hingga sedikit garing. Masukkan pula sebiji telur. Bila dah nampak garing sikit, kacau ia.
![]() |
| Masukkan sebiji telur. |
4. Setelah itu, masukkan pula hirisan cili padi. Kacau sebentar dan kemudian, masukkan dabai yang dilenyek tadi. Kacau.
![]() |
| Masukkan cili padi atau cili merah besar. |
![]() |
| Masukkan dabai yang dilenyek. |
5. Masukkan pula nasi putih dalam kuali. Nasi ni katanya lebih sedap jika jenis yang masaknya semalam (simpan dalam fridge). Kacau sekejap dan masukkan pula kacang panjang dan ikan bilis goreng. Kacau nasi sehingga mesra dengan dabai, kacang panjang dan bahan-bahan lain. Perasakan sedikit dengan garam. Kacau, kacau, kacau dan kemudian bila rasa dah ok, boleh hidangkan.
![]() |
| Masukkan nasi putih. Kalau untuk 4 orang makan, letakkan dalam 4 mangkuk kecil. |
![]() |
| Masukkan hirisan kacang panjang atau mungkin sayur lain yang ada dalam fridge. |
![]() |
| Nasi goreng dabai. Boleh nikmati dengan telur mata, keropok ataupun ikan terubuk masin. |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan