Assalammualaikum dan salam sejahtera. Roti puri dari Khairulaming, 1st time saya cuba. Ni semua gara-gara KA share kat socmed. Entah mana datang mood rajin, terbuat juga akhirnya. Alhamdulillah jadi. Terima kasih ya Allah.
Nanti anda bolehlah cuba. InsyaAllah sedap. Sardin tu bolehlah buat ekstra, makan dengan nasi dan goreng telur dadar. Sedap...
Ini resipinya...
Bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak sayuran / zaitun
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan air
1 sudu kecil yis
Sedikit tepung gandum untuk menguli lagi jika adunan melekit
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Masukkan tepung, minyak sayuran, garam, yis, air ke dalam satu mangkuk besar. Gaul dan uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit tepung jika doh melekit bila menguli. Selepas itu, rehatkan doh lebih kurang setengah jam.
2. Sementara tunggu doh mengembang, masak sambal sardin dahulu. At least, kuah siap dah bila roti puri dah masak.
3. Selepas setengah jam, ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan kemudian lenyekkan guna pencanai. Canai roti jangan tebal or nipis sangat. Sedang-sedang gitu. Lepas tu, angkat roti tadi dan buang lebihan tepung yang ada di atas bawah roti. Letak kepingan roti ini atas piring leper. Siapkan beberapa keping doh lagi.
4. Panaskan minyak dalam kuali besar. At least, minyak dalam 3-4 cawan gitu. Bila minyak panas, masukkan sekeping doh dan mandikan doh tersebut dengan minyak tersebut. Ceduk minyak guna sudip dengan pantas dan mandikan doh sehingga kembang membulat. Setelah puas hati, angkat dan tapis atas penapis agar minyak tersejat. Habiskan semua doh dan siap. Enak makan roti puri resipi khairulaming ni dengan sardin kita masak tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan