Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 24 Disember 2023

Resipi tauhu goreng bersayur 10 minit siap


 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Jom kita ngetest menu simple, murah dan cepat. InsyaAllah 10 minit dah siap.

Bahan:
1 genggam taugeh
1/2 genggam kucai
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
1 tangkai cili merah dihiris
1 biji telur
1 biji tauhu digoreng dan dipotong kasar
10 biji tauhu taupok potong dua
1/2 cawan air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil cili flakes
Sedikit minyak untuk menumis


Penyediaan:
1. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan minyak. Sementara minyak panas, pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau/dadarkan. Masukkan telur dalam minyak panas dan kacau kasar telur tersebut. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak. Setelah minyak panas, masukkan hirisan bawang besar, kacau sebentar dan masukkan pula bawang putih.  Kacau dan masukkan hirisan cili pula. Kacau.
3. Cili flakes pula ditabur dalam kuali diikuti dengan taupok. Gaul sebentar dan masukkan air, taugeh, kucai, sos tiram, hirisan tauhu goreng dan telur goreng tadi. Kacau mesra dan perasakan dengan garam. Kacau sebentar dan siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...