Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Menu sup tulang dagingnya empuk, pasti bersudu-sudu makan.


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Menu sup tulang daging empuk, menu simple di bulan puasa, hujung minggu mahupun raya. Sup tulang ni enak dimakan dengan bihun, nasi mahupun mi kuning. Nak sedap lagi, standby cili kicap dan bergedil. Confirm bertambah apa yang dimakan tu 😁😁

Kat pasar Nilai ni, kekadang aje ada orang berjualan daging dan tulang ni. Rezeki kamilah haritu bila ke pasar dapat beli. Ajak sekali family kak ipar datang berbuka. Masaknya mudah aje. InsyaAllah, Allah beri sedap.

Bahan tumbuk halus:
1 inci halia
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain:
1 kg tulang lembu yang masih ada daging
1 sup bunjut 'sup tulang' Adabi
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar rempah sup
1/2 cawan air (disatukan dengan rempah sup)
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk (boleh aje guna dah siap kisar)
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Penyediaan:
1. Tulang lembu dicuci bersih, gaul dengan tepung gandum dan garam hingga rata. Perap 15 minit dan cuci hingga bersih. Masukkan tulang lembu dalam periuk, masukkan air hingga tenggelam dan rebus 30 minit. Buang air rebusan pertama tadi untuk hilang bau darah dan hamis. Tuang air baru, masak hingga mendidih. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, anggaran 2 sudu besar, tumis pes rempah tadi hingga harum dan naik minyak. Ketepikan.

perap daging dengan tepung sebentar

2. Masukkan sup bunjut, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam,bahan2 tumbuk dan pes rempah yang telah ditumis tadi ke dalam periuk yang berisi tulang. Tambah daun sup yang dikerat kasar dan juga bawang goreng. Perasakan dengan garam dan masak hingga daging pada tulang tadi empuk. 

Daging rebus air kedua. Warna lebih cerah.

Bahan kisar halus atau ditumbuk jika suka.

3. Sambil menunggu daging empuk dan masak, bolehlah buat cili kicap, bergedil dan masak nasi. Selepas 2 jam dimasak ( tambah air jika kurang), bolehlah perasakan dengan garam. Masa menghidang, boleh letak hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Siap menu sup tulang daging empuk. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...