Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua. Kek buah kukus, ini kali pertama saya cuba buat kek yang oldies. Tak pernah seumur hidup saya buat kek ni. Entah macam mana, tiba-tiba teringin nak buat. Mungkin sebab encik suami selalu beli kek ni kat petronas atau kiosk kecik, tu yang nak cuba buat. Alhamdulillah menjadi. Happy rasa hati.
Rupanya bukan kami je suka tapi ayah mertua pun sama. Setiap petang, berulang dia makan kek ni sambil minum kopi.
Untuk yang nak cuba buat kek ni, ini saya kongsikan resipinya. Saya ambil idea juga dari resipi Che Nom (terima kasih Cik Nom kongsi ilmu).
340g gula
60ml air panas
500g campuran buah kering
200gm gajus
250g mentega (saya guna Golden Churn untuk rasa zaman dolu-dolu)
350g tepung gandum
1 sk cream of tartar
2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Penyediaan:
1. Untuk resepi ni saya guna buah-buahan kering dibeli kat kedai barang timur tengah. Ada macam-macam buah boleh dapat kat situ dengan kacangnya. Potong dadu halus buah-buahan tadi dan boleh terus masukkan kismis seketul-seketul jika suka. Jumlah sukatan berat buah-buah kering adalah 500g.2. Masukkan tepung gandum, cream of tartar, campur dengan baking soda dan serbuk kayu manis kemudian ayak. Loyang boleh guna 8x8 inci, atau 9x9 inci. Gris dengan butter atau majerin (guna aje baki mentega kat kertas balut mentega tadi). Alas loyang dengan baking paper.
3. Pecahkan telur kemudian tambah esen vanilla. Pukul sebati dan ketepikan dulu.
4. Untuk sediakan gula hangus, masukkan gula pasir atau gula putih dalam kuali besar. Bukak api dan kita tunggu sampai gula mencair dan mula keperangan berkaramel. Tak perlu kacau. Goyang sikit-sikit aje kuali tu.
5. Bila dah mula cair dan naik buih-buih halus, tuang masuk air panas perlahan-lahan agar gula tidak terpercik tangan. Bila masuk air panas, gula akan stop crystalize, terus masukkan semua potongan mentega dan biar mencair perlahan-lahan.
6. Masukkan semua buah campuran kering dalam adunan air gula. Kacau perlahan dan masak sampai mendidih sikit, kemudian tutup. Biarkan ia suam-suam kuku.
7. Bila dah suam, tuang masuk tepung sedikit demi sedikit dalam adunan gula dan kacau rata sampai sebati. Adunan memang akan jadi pekat bertali. Masuk telur dan gaul kaup balik sampai sebati.
8. Tuang masuk adunan dalam loyang. Ratakan dan hentak 2-3 kali supaya tak ada rongga udara besar terperangkap.
9. Sebelum mengukus, tutup loyang dengan aluminium foil, untuk elak wap air jatuh masuk dalam kek, dan balut ni untuk dapat hasil kek buah yang lembap. Dek kerana kat rumah mama saya barangnya limited, jadinya saya tutup dengan plastik dan ikat dengan getah agar plastiknya tak melendut sangat bila kukus.
10. Masukkan dalam pengukus dan kukus dalam 3-4 jam. Time ni guna api sederhana aje.
10. Masukkan dalam pengukus dan kukus dalam 3-4 jam. Time ni guna api sederhana aje.
11. Lepas dah masak boleh tunggu kek sejuk sepenuhnya sebelum potong. Minyak-minyak mentega (mentega yang cair dalam loyang) kita sapu je atas permukaan bagi kek lembab kilat. Sedia untuk dimakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan