Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Bagels, roti yang boleh dimakan begitu sahaja, dicelup dalam air ataupun dibuat sandwich


Assalammualaikum... Dah seminggu lebih rasanya saya tak kongsi apa-apa. Busy sedikit + badan tak sihat. Kali ni saya nak kongsikan resipi roti bagels dengan anda semua. Roti ni bukanlah roti yang lembut macam roti gardenia atau high 5. Ia roti yang sedikit liat tetapi sedap dimakan dengan pelbagai cara yang anda suka.

Anda boleh makan roti ini dengan cara:
  1. Makan begitu sahaja
  2. Celup dengan air milo panas, coklat panas, susu atau apa sahaja minuman kesukaan
  3. Boleh dibuat sandwich dengan memotong tengah roti dan taruklah sayur atau sardin atau apa sahaja yang berkenan di hati
  4. Boleh dipotong tengah dan diletakkan marjerin atau taburan gula atas marjerin (alah, mcm makan roti gardenia dengan mentega dan gula tu). 
  5. Boleh sapukan jem kesukaan dibelahan tengahnya juga

Menarikkan. Macam-macam cara boleh dimakan roti bagels ni. Roti ini juga tahan lama. Dalam 2 minggu pun masih tak berkulat. Nak tahan lagi lama, letak dalam fridge. Hehehehe...
Jom saya kongsikan resipinya.

Bahan-bahan:
1. 7 cawan tepung roti / 1kg tepung roti
2. 1 sudu besar garam
3. 1 sudu besar yis
4. 2 sudu besar gula kastor
5. 2 1/4 cawan air suam
6. 1 sudu besar minyak sayuran / minyak biasa
7. 8 cawan air (untuk rebus bagels sebentar)
8. 5 sudu teh baking soda (untuk rebus bagels sebentar)
9. 2 sudu besar gula (untuk rebus bagels sebentar)

Untuk saduran & hiasan atas:
1. 1 biji telur dipukul
2. Mozarella cheese
3. Poppy seed

Penyediaan:
1. Campurkan tepung, garam dan yis dalam 1 mangkuk besar. Campurkan garam dan minyak dalam air dan tuang dalam bahan-bahan campuran tepung tadi.  
2. Uli dalam 7-8 minit menggunakan mixer roti. Gunakan medium/low speed. Doh kemudiannya akan melekat/berpaut pada bahagian bawah mixer. Jika nak guna tangan untuk menguli pun boleh. Cuma pastikan ada benar-benar berkederat.
3. Bulatkan doh dan letakkan doh ke dalam mangkuk yang telah disapukan minyak kelilingnya. Tutup mungkuk berisi doh dengan plastik dan kemudiannya kain. Ini bagi memastikan apabila doh naik, ia tidak melekat pada tuala. :) Biarkan dalam 1- 1 1/2 jam.


4. Apabila doh dah naik, ambil sedikit doh dan buatkan ia sebesar saiz buah lemon. Bulatkan ia dan buat lubang di tengah-tengahnya macam donat cuma bukan terap tapi lubangkan aje sebesar duit 20 sen. Letakkan di atas dulang yang disapukan sedikit marjerin.
5. Buat sehingga habis doh. Kemudian biarkan doh naik dalam 20-25 minit. 
6. Dalam satu periuk sederhana besar, tuangkan 8 cawan air tadi bersama dengan gula dan baking soda. masak hingga mendidih. Bila sudah mendidih, perlahankan api dan mula masukkan 2-3 bagels ke dalamnya. Jangan terbalikkan bagels tu. Biarkan aje kerana jika terbalikkan iaakan kembang/basah lencun seluruhnya. Tak mahu begitu tau. 
7. Angkat setiap bagels perlahan-lahan menggunakan spatula yang berlubang agar senang menapis. 
8. Letakkan bagels tadi ke atas dulang yang disapu marjerin. Bottom side down tau. 
9. Sapukan bagels tadi dengan telur dan taburkan hiasan atas dengan keju mozarella, poppy seed atau biarkan dengan telur sahaja.
10. Bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam 20-25 minit sehingga roti kelihatan berwarna coklat. Setelah masak, biarkan bagels sejuk sebentar dan bolehlah dimakan ikut kesukaan anda.

Happy cooking...

Staff manners, perbezaan yang amat ketara

Assalammualaikum...


Adab atau manners akan sentiasa diambil kira oleh setiap orang bila berhadapan atau dealing with dengan sesiapa sahaja. Tak kira dengan kawan lama, kawan baru, jiran, saudara-mara, ahli keluarga, pelanggan, bos mahupun orang yang tidak dikenali.

Hari ini, untuk entah kali keberapanya sahaja berhadapan lagi dengan perangai staf yang tak semenggah dari sebuah syarikat. Saya call sebab saya nak maklumkan yang stok saya ambil terkurang dan nak tanya sama ada memang saya terlupa atau stok tiada. But the way she talked and replied to my question was make me so angry. Kau ni faham ke tidak etika berhubung dengan pelanggan? Cakap suka-suka hati tanpa fikir yang aku ni bayar kau cash tanpa hutang tahu tak. Bos kau bekerja cari duit nak bayar gaji, air, letrik and everything but the way you treat customers was so damn unacceptable.

Bukan saya sorang aje customer yang dilayan begitu. Adakala mata ni perasan akan pelanggan lain yang cukup bersabar deal with you guys. Dan nak dijadikan cerita, hari ini juga 1 lagi company yang saya ambil stok call saya. Menyatakan yang stok buku yang saya mahukan ada. Siap tanya nak reserve berapa? Dan bila saya minta tolong poskan, mereka takde langsung masalah nak uruskan. Plus, they give me solution how to make sure my parcel can be sent in a cheap way within less than 4 days. Mereka takde masalah langsung nak call saya 3-4 kali hari ini meskipun adakala saya tak sempat angkat (kat dapur masa tu, tengah masak).
Nampak tak perbezaan kat situ bagaimana mereka treat their customers.

Itu belum lagi banyak perkara lain yang saya lihat dan alami antara dua buah syarikat ini. There are so many differences. From top to bottom. Yang paling saya rasa tersentuh antara perbezaan staf dua syarikat ini ialah staf di syarikat yang saya suka deal ini amat mengenali cara saya bekerja dan juga diri saya. Mereka adakala bertanya tentang kesihatan saya, bagaimana saya datang hari ini, boleh bercakap terus dengan mak saya jika ada buku yang saya tak pasti tajuknya dan mereka layan baik hubby saya. Ini antara faktor juga yang menyebabkan suami saya lebih suka ke syarikat tersebut berbanding dengan syarikat yang mempunyai masalah staf dan adamasanya bos juga. Kalau ikutkan hati, hubby saya memang nak aje sound direct tapi mungkin memikirkan saya atau barangkali staf tersebut kena marah dengan bos dia, dia tahankan aje.

Saya bukan hendak banyak komplen or songeh cuma saya mahu kongsikan pengalaman saya yang deal dengan staf yang bermacam-macam perangai ini. Saya banyak juga deal direct dengan distributors atau publishers dan dari situ banyak kekurangan dan kelebihan sesebuah syarikat saya ketahui. Saya memang tabik spring dengan ketua syarikat yang menjaga kebajikan pekerjanya, menjaga bicaranya dan yang menjaga cara hubungan mereka dengan pelanggan tidak kita besar atau kecil.

Moga Allah memberi saya kesabaran dan jalan terbaik untuk menjaga hubungan dengan semua syarikat I'm dealing with. Saya cuba mencari rezeki yang halal dan saya juga mahu hubungan yang baik terbina untuk jangkamasa yang lama selagi mana saya hidup.

Ada satu hadis atau firman Allah (maaf saya tak ingat yang mana satu) yang saya baca sebulan dua yang lalu. ia berkaitan dengan apa yang kita kata atau buat menyakitkan hati orang lain atau under estimate, Allah akan membalas dengan cara yang hampir sama dengan orang yang kita kecilkan hatinya atau under estimate tu selagi mana kita hidup. Dari situ, saya takut untuk melakukan perkara yang boleh membuatkan orang kecil hati atau memandang rendah orang lain atau apa sahaja perkara yang negatif. Saya mahu Allah sayang saya dan saya mahu masuk ke syurgaNya.

Akhir cerita, saya harap syarikat yang mempunyai masalah staf dan bos (kadangkala) itu diberikan hidayah oleh Allah dalam menjaga hubungannya sesama manusia. Untuk pembaca entri ini, doa anda juga saya harapkan. Doakan ya...


Soft Oatmeal Cookies with Chocolate Chip, kudapan orang diet tapi kekadang nak cheat day.


Assalammualaikum... Soft oatmeal cookies dengan cip coklat, kudapan untuk orang diet yang tak berapa nak diet. Hehehe...

Bila saya tengok biskut kat atas tu, tetiba rasa macam nak request aje kat tukang buatnya. Rasa biskutnya sungguh lembut, sedap dan paling penting kenyang. Nak tau kenapa kenyang? Sebab saiz biskut tu sebesar tapak tangan... maunya tak kenyang. Mama saya siap makan separuh dulu dan separuh lagi simpan untuk makan kemudian.

Rasanya ada yang hujung minggu ni atau minggu depan saya request kat tukang buat cookies ni. Stok dah habis le katakan... Exactly, tukang buat cookies ni adalah encik hubby saya dan my little sister. Bersungguh-sungguh depa try buat cookies ni untuk first timenya. Dan akhirnya jadi... :)

Hubby saya memang penggemar biskut coklat ala-ala cookies yang berjaya. Kalau pi raya rumah orang, itu yang di 'food testing'kan. Dan sesejak akhir ni, dia rajin beli soft cookies kat Subway. Murah sikit dari beli kat Famous Amous tu. Udahnya, dia cakap dengan saya nak buat masak soft cookies pula. Makanya, saya carikan kat internet resipi soft cookies yang ada. Dan akhirnya saya jumpa satu blog ni. Memang best sangat. Ada macam-macam resipi cookies, roti, ayam, makanan romania, itali, japan dan lain-lain negara dia try. Nama blognya Home Cooking In Montana. Google aje. InsyaAllah jumpa blog yang sungguh bermanfaat ini.

Gambar cookies terbaru ambang 2018. Hehehe...

Meh saya kongsikan resipi Biskut Lembut Oatmeal dengan Cip Coklat ni (entah ia ke idak translation saya ni):

Bahan:
1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu teh baking powder
3. 1 sudu besar baking soda
4. 1/4 sudu teh garam
5. 1 cawan mentega suhu bilik
6. 1 cawan gula perang
7. 1 cawan gula kastor
8. 2 biji telur
9. 3 cawan oat
10. 1 cawan cip coklat

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, pukul mentega dengan gula perang dan gula kastor. Pukul hingga lembut dan gebu. Boleh guna hand mixer atau whisk. Mana yang senang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dalam satu masa. Pukul adunan lebih kurang dalam 30 saat.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, baking powder dan garam. Gaulkan perlahan-lahan dan ayak.
4. Kemudian, masukkan campuran tepung yang diayak tadi ke dalam adunan mentega gula secawan demi secawan. Pukul hingga mesra sehingga adunan bercampur keseluruhannnya.
5. Selepas itu, masukkan oat dan cip coklat dan gaul sehingga mesra.
6. Panaskan oven pada 175 darjah celcius.
7. Sediakan dulang yang disapukan sedikit mentega agar biskut tidak melekat bila sudah masak / guna non-stick pan.
8. Senduk @ kaup sedikit adunan biskut tersebut dan bulatkan ia. Letak atas dulang. Jika mahu biskut besar maka, kaup le banyak sikit. Jarakkan setiap biskut kerana ia akan kembang dengan jayanya nanti.
9. Masukkan dulang yang berisi biskut tersebut ke dalam oven dan bakar 15-20 minit. Tengok pada saiz biskut & oven anda.
10. Setelah masak, biarkan seketika soft oatmeal cookies with chocolate chip kita dalam 5 minit dan bolehlah kemudiannya me'ngap' biskut yang sedap, lembut, chewy itu... :)

Happy cooking

Vageterian Spaghetti, menu khas untuk suami yang kena diet.

Assalammualaikum & hai semuaaa. Exactly, spaghetti vegetarian ni menu 2 minggu lepas. Masa tu suami saya baru lepas sakit. Doktor dia minta, kurangkan sangat-sangat makan benda berminyak. Banyak makan sayur, rebus, bakar atau panggang. Ada lemak di bahagian perut dan hatinya. Nasib baiklah dia tak kena operate. Risau jugak dia dan saya.

So, memang start dari 2 weeks ago until now, saya masak menu baru untuk dia. Even, mak mertua saya pun terpaksa akur dengan kesihatan suami. Meaning to say, her wife ni dah jadi masterchef untuk dia sampai dia sihat. Doakan hubby saya sihat-sihat ya...

Meh saya kongsikan menu mudah buat vegeterian spaghetti ni untuk anda yang ingin berdiet atau dah boring makan benda bergoreng aje. :)

Bahan-bahan untuk 2 orang makan:
1. 1/3 daripada sepaket spaghetti
2. 1/2 biji bawang merah dipotong dadu
3. 1 1/2 sudu minyak zaitun
4. 2 batang saderi dipotong sedikit halus
5. 5-7 biji cherry tomato dibelah dua
6. 1/2 biji jus perahan lemon
7. 4 biji cendawan butang dihiris
8. 1/2 sudu lada hitam
9. Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Rebus spaghetti sehingga masak atau ada yang nak try al' dante. Ikut suka. Tapis dan jirus dengan air sejuk untuk seketika agar spaghetti tak melekat. Ketepikan untuk ditapis.
2. Panaskan kuali dan letak minyak zaitun. Bila minyak panas, masukkan bawang merah dan goreng sehingga naik bau.
3. Masukkan daun saderi dan 1/3 cawan air. Masak sehingga saderi sedikit lembut.
4. Masukkan spaghetti, cendawan, lada hitam dan garam. Gaul sehingga bahan agak mesra.
5. Masukkan perahan jus lemon dan gaul lagi dalam 1-2 minit. Kemudian angkat dan boleh dihidang kepada yang tersayang vegeterian spaghetti ini.

Happy cooking

Ayam Panggang & Gravy, ilmu baru yang dipraktikkan memang kena dengan selera


Assalammualaikum. Alhamdulillah, kali ini saya merasa pula air tangan hubby sekali lagi. Dengan rajinnya, dia membuat ayam panggang bersama kuahnya. Wahhh... tak sangka sungguh saya encik hubby saya ini kalau dah suka, sanggup bangun lepas solat tu mengerjakan ayamnya.

Saya tolong le sediakan sikit-sikit bahan-bahan perap untuknya dan ajar dia macam mana nak potong kentang (lelaki amatur memang begitu ya. Kena tolong sikit-sikit baru le bersemangat lebih skit). Yang lain, dari golek-golek ayam tu dengan rempah sampai le membakar dan buat kuah gravynya, dia lah yang buat. Nak dijadikan cerita, time dia dok memasak ni pulaklah kawan lama saya call. Makanya, selepas itu, dia buat le semuanya sendiri sampai ke sesi belah empat ayam tu :)

Jom saya kongsikan resipi ayam panggang ala2 Rudy Oliver ni dengan anda semua :)

Bahan-bahan:
1. Seekor ayam yang sudah dibersihkan isi perutnya dan dibuang kulit. Encik hubby guna ayam brand nutriplus. Semuanya dah siap. Cuma buang kulit aje.
2. 3 tangkai daun rosemarry. Jika tiada yang original, pakai aje yang dalam botol McCormick tu.
4. 3 tangkai daun selasih @ basil
5. 1 sudu besar paprika (jika nak lebih spice lagi, boleh le tambah)
6. 1 sudu besar garam
7. 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk
8. 1 sudu Italian Herb (guna jenis McCormick)
9. Jus lemon 1/2 biji
10. 1 sudu besar minyak zaitun
11. Kentang 2 biji. Jika kecil, ambil 3-4 biji.
12. Tomato cherry 10-12 biji
13. 4-5 ulas bawang putih

Untuk Gravy:
14. 1/4 sudu garam
15. 1 sudu besar mentega
16. 1 sudu besar lada hitam ditumbuk
17. 1 sudu besar tepung gandum
18. 1 cawan air

Penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan letak atas dulang pembakar.
2. Masukkan daun rosemarry dan selasih ke dalam perut ayam melalui punggungnya.
3. Salutkan seluruh ayam dengan minyak zaitun.
4. Kemudian salutkan seluruh ayam dengan paprika, garam,, lada hitam, Italian herbs dan jus lemon. Perap seketika ayam dalam 10-15 minit dalam peti sejuk.


5. Kupas kentang dan belah 4. Jika kentang besar, belah 6. Randam dalam air selepas mengupasnya. Ini bagi mengelakkan kentang menjadi lebam.
6. Panaskan oven dalam 200 darjah celcius.
7. Selepas ayam diperap, letak keliling ayam tersebut kentang yang telah dipotong (jangan masuk airnya sekali tau), cherry tomato dan bawang putih yang tak perlu dibuang kulitnya.
8. Masukkan ayam ke dalam oven dan masak sehingga 1-1 1/2 jam. Bergantung pada saiz ayam.


Penyediaan gravy @ kuah:
1. Panaskan mentega dalam kuali kecil. Setelah cair masukkan tepung gandum dan kacau seketika. Kemudian masukkan pula air. Kacau sehingga sedikit pekat.
2. Masukkan pula lada hitam dan garam. Jika kelihatan kuahnya cair, masak hingga sedikit pekat. Dan jika pekat, tambahkan sedikit mentega. Rasa kuah tersebut dan jika ada terkurang dan terlebih, masin, tambah air atau tambahlah garam. Lepas tu, apalagi, kita dah bolehlah makan ayam panggang dengan kuahnya sedap tu.

Happy cooking...

Panna Cotta yang lemak berkrim

Assalammualaikum... Kali ni saya nak kongsikan resipi Panna Cotta. Exactly, panna cotta adalah antara Italian desserts yang popular selain daripada kek tiramisu dan biscotti. Saya tahu tentang panna cotta ni semuanya gara-gara Masterchef Professional Australia tu lah. Depa masak aje dessert menarik, terus saya google untuk tahu apa ke bendanya tu. Bagus juga kan ada rancangan macam ni. Kita belajar untuk tahu tentang makanan negara lain meskipun kita mungkin tak mampu untuk ke sana. :)

Untuk kali ni, saya buat panna cotta yang biasa sahaja. InsyaAllah, lain kali try buat yang flavour pula. Sebenarnya dah 3 kali buat panna cotta ni. Semuanya flavour biasa. Cara buatnya sangatlah mudah. Hopefully anda pun boleh buat juga.

Panna Cotta with blueberry, honey, raspberry & red berry.

Panna Cotta with honey, plain and another with pomegranate juice.

Bahan-bahan:
1. 14 gram galetin (cari aje yang halal, insyaAllah ada).
2. 60 gram susu sejuk
3. 560 ml heavy cream/double cream/whipping cream (pastikan untuk whipping cream ni ada 35% fat at least)
4. 60 gm gula
5. 1/2 sudu vanilla extract
6. Cawan atau mangkuk untuk meletak panna cotta

Penyediaan:
1. Masukkan susu sejuk ke dalam mangkuk kecil. Masukkan geletin ke dalamnya. Biarkan dalam 10-15 minit sehingga geletin yang ditabur itu kelihatan macam berkedut (spongy)
2. Masukkan heavy cream/whipping cream/double cream ke dalam periuk. Masukkan pula gula. Panaskan dengan api sederhana dan kacau. Bila kelihatan agak mendidih, masukkan pula vanilla extract. Kacau.
3. Selepas itu, masukkan pula susu dan geletin tadi ke dalam periuk. Kacau dengan pantas. Pastikan geletin itu larut dalam bancuhan. Tutup api dan kacau lagi bancuhan dalam 2-3 minit.
4. Sediakan cawan atau mangkuk dan kemudian masukkan bancuhan tadi perlahan-lahan ke dalamnya. Jangan letak penuh sangat. Kira-kira 3/4 isi cawan sahaja.
5. Masukkan cawan berisi panna cotta ke dalam peti sejuk. Biarkan dalam 4-5 jam. Kalau dapat semalaman pun ok juga.
6. Bila sejuk, anda akan dapati panna cotta itu seperti jeli sedikit. Untuk menikmatinya, boleh dimakan begitu sahaja atau dengan madu, atau dengan jem dan boleh juga dinikmati dengan parutan coklat.

Panna Cotta sempena hari lahir suami saya :)

Happy cooking...

Masterchef Australia membuka mata dalam menerima kekurangan

Assalammualaikum.

Masterchef bukanlah satu rancangan yang saya minati satu ketika dulu. Saya jarang menonton episodnya tapi saya pernah juga sesekali menontonnya bilamana adik-adik saya atau suami membuka channel untuk melihatnya. Saya ada juga menonton Masterchef Malaysia masa mula-mula ditayangkan dahulu. Tidaklah selalu cuma kadang-kadang. Dan bila Ezani menang, saya tumpang gembira. A dentist also can become a good cooker.

Dan minat menonton masterchef ini mula membuak-buak bilamana saya tertekan channel 709 dan masa itu rancangan Masterchef Australia season 5 sedang ditayangkan. Saya macam excited bilamana melihat Sarima, seorang wanita beragama Islam dapat masuk ke pertandingan di negara majoritinya berbangsa Inggeris dan beragama Kristian. Terdetik di hati, 'Eh! Tak 'bias' ke mereka ni dengan dia?' Dan rasa takjub makin membuak bilamana melihat dia dapat menyediakan hidangan yang pelbagai dalam masa yang singkat padahal peserta lain hanya membuat 1-2 hidangan sahaja.


Saya pun, lepas habis rancangan tu terus cari di internet tentang dia. Nak tahu dia menang tempat ke berapa. Dan, she's good. Nombor 3 dari ramai peserta. Sejak dari itu, saya sentiasa menonton Masterchef Australia season 5 tu sampai habis (adalah sekali dua yang tak tgk. Mata tak larat nak tunggu).

Lepas habis season tu, saya sambung pula menonton Masterchef Professional Australia di channel yang sama. Bila menonton rancangan ini, sekali lagi saya dikejutkan dengan beberapa perkara. Bonny, seorang peserta wanita dalam rancangan tu, ada masalah pendengaran. Luke, pernah kemalangan dan menghadapi waktu-waktu sukarnya sebagai chef. Akuc, seorang wanita berkulit hitam dari Sudan yang bersabar dengan pandangan orang rakan lain yang tidak berpuas hati dengannya. Marco Pierre White, hakim yang nampak tegas tapi ada soft spotnya yang tersendiri. Dan yang paling menarik, pemenangnya, Rhys Baddock, rupanya adalah seorang bekas penagih dadah. Terjebak ketika berusia 11-12 dan menjadi tegar pada usia 17-18 tahun. Yang bagusnya, ibu dia tidak pernah menyerah kalah. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri anaknya. Dan akhirnya, kerjaya masakan membantu dia keluar dari kepompong ketagihan.


Dan sebentar tadi, saya rasa terkejut, kagum bercampur sedih dengan seorang peserta dari rancangan Masterchef Australia season 3. John Hughes, lelaki ini rupanya mengidap sejenis penyakit yang dipanggil 'cerebral palsy' atau menghidapi penyakit pada serebrumnya. Patutlah gaya dan jalannya lain dari biasa. Dan, dalam rancangan tadi, peserta diminta menyediakan pastri dalam ujian pressure test. Dari situ, barulah saya tahu yang dia adalah seorang OKU tetapi berjaya dalam bidangnya yang tersendiri iaitu wine maker. Ada ladang sendiri ok. Bukan sebarang tu.


Namun, apa yang ingin saya kongsikan ialah dia tahu yang pastrinya tidak menjadi dan dengan beraninya dia ke hadapan hakim tanpa membawa pinggan berisi pastri. Bila hakim bertanya mengapa, dia menjawab, "makanan yang dia buat tidak mencapai standard masterchef. Dan dia hanya akan menghidangkan makanan yang berkualiti dan bagus pada keluarga atau rakan."

Hakim agak terpegun dengan kata-katanya sehinggakan Matt Preston berkata kepadanya " Thank you for your bravery and honesty".

Bukan senang untuk kita admit kesalahan dan kegagalan diri sendiri. Kita yang berasa diri 'sempurna' dengan pemberian Allah ini belum tentu ada kekuatan untuk menyatakannya. Kita mencari kesalahan orang lain hanya untuk menutupi kesalahan sendiri. Bila mana kesalahan sendiri terdedah, mulut mula menyatakan apa sahaja alasan.

Dari rancangan ini, saya mempelajari banyak perkara. Bukan sahaja dari sudut penyediaan makanan dan resipi mahupun menu tetapi juga semangat berani mencuba, tidak mudah putus asa, jangan mengalah dan berlaku jujur dengan apa yang kita lakukan.


Saya berharap, jika ada lagi rancangan Masterchef di Malaysia, ambillah peserta yang betul-betul berminat untuk masak dari kalangan orang biasa. Bukan saya menidakkan penglibatan selebriti dalam rancangan ini tetapi bila melihat terlalu banyak drama atau kata-kata dan tingkahlaku yang tidak sewajarnya, ia sedikit memberi rasa tidak kena pada penonton. Jangan hanya kerana inginkan ranking, mutu itu tidak mencapai standardnya. Berlaku adillah seperti rancangan Masterchef yang lain seperti di UK, Australia, Amerika mahupun New Zealand. Ramai orang lain yang boleh memasak di luar sana cuma peluang itu agak terhad diberikan.

p/s: just my opinion bila menonton pelbagai jenis rancangan.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...