Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Bagels, roti yang boleh dimakan begitu sahaja, dicelup dalam air ataupun dibuat sandwich

Assalammualaikum...

Dah seminggu lebih rasanya saya tak kongsi apa-apa. Busy sedikit + badan tak sihat. Kafarah dosa untuk saya... Alhamdulillah...

Kali ni saya nak kongsikan resipi roti bagels dengan anda semua.
Roti ni bukanlah roti yang lembut macam roti gardenia atau high 5. Ia roti yang sedikit liat tetapi sedap dimakan dengan pelbagai cara yang anda suka.

Anda boleh makan roti ini dengan cara:

  1. Makan begitu sahaja
  2. Celup dengan air milo panas, coklat panas, susu atau apa sahaja minuman kesukaan
  3. Boleh dibuat sandwich dengan memotong tengah roti dan taruklah sayur atau sardin atau apa sahaja yang berkenan di hati
  4. Boleh dipotong tengah dan diletakkan marjerin atau taburan gula atas marjerin (alah, mcm makan roti gardenia dengan mentega dan gula tu). 
  5. Boleh sapukan jem kesukaan dibelahan tengahnya juga

Menarikkan. Macam-macam cara boleh dimakan roti ni. Roti ini juga tahan lama. Dalam 2 minggu pun masih tak berkulat. Nak tahan lagi lama, letak dalam fridge. Hehehehe...
Jom saya kongsikan resipinya.

Bahan-bahan:
1. 7 cawan tepung roti / 1kg tepung roti
2. 1 sudu besar garam
3. 1 sudu besar yis
4. 2 sudu besar gula kastor
5. 2 1/4 cawan air suam
6. 1 sudu besar minyak sayuran / minyak biasa
7. 8 cawan air (untuk rebus bagels sebentar)
8. 5 sudu teh baking soda (untuk rebus bagels sebentar)
9. 2 sudu besar gula (untuk rebus bagels sebentar)

Untuk saduran & hiasan atas:
1. 1 biji telur dipukul
2. Mozarella cheese
3. Poppy seed

Penyediaan:
1. Campurkan tepung, garam dan yis dalam 1 mangkuk besar. Campurkan garam dan minyak dalam air dan tuang dalam bahan-bahan campuran tepung tadi.  
2. Uli dalam 7-8 minit menggunakan mixer roti. Gunakan medium/low speed. Doh kemudiannya akan melekat/berpaut pada bahagian bawah mixer. Jika nak guna tangan untuk menguli pun boleh. Cuma pastikan ada benar-benar berkederat.
3. Bulatkan doh dan letakkan doh ke dalam mangkuk yang telah disapukan minyak kelilingnya. Tutup mungkuk berisi doh dengan plastik dan kemudiannya kain. Ini bagi memastikan apabila doh naik, ia tidak melekat pada tuala. :) Biarkan dalam 1- 1 1/2 jam.


4. Apabila doh dah naik, ambil sedikit doh dan buatkan ia sebesar saiz buah lemon. Bulatkan ia dan buat lubang di tengah-tengahnya macam donat cuma bukan terap tapi lubangkan aje sebesar duit 20 sen. Letakkan di atas dulang yang disapukan sedikit marjerin.
5. Buat sehingga habis doh. Kemudian biarkan doh naik dalam 20-25 minit. 
6. Dalam satu periuk sederhana besar, tuangkan 8 cawan air tadi bersama dengan gula dan baking soda. masak hingga mendidih. Bila sudah mendidih, perlahankan api dan mula masukkan 2-3 bagels ke dalamnya. Jangan terbalikkan bagels tu. Biarkan aje kerana jika terbalikkan iaakan kembang/basah lencun seluruhnya. Tak mahu begitu tau. 
7. Angkat setiap bagels perlahan-lahan menggunakan spatula yang berlubang agar senang menapis. 
8. Letakkan bagels tadi ke atas dulang yang disapu marjerin. Bottom side down tau. 
9. Sapukan bagels tadi dengan telur dan taburkan hiasan atas dengan keju mozarella, poppy seed atau biarkan dengan telur sahaja.
10. Bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam 20-25 minit sehingga roti kelihatan berwarna coklat. Setelah masak, biarkan ia sejuk sebentar dan bolehlah dimakan ikut kesukaan anda.

Happy cooking...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...