Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 11 Mac 2014

Soft Oatmeal Cookies with Chocolate Chip

Assalammualaikum...

Bila saya tengok biskut kat atas tu, tetiba rasa macam nak request aje kat tukang buatnya. Rasa biskutnya sungguh lembut, sedap dan paling penting kenyang. Nak tau kenapa kenyang? Sebab saiz biskut tu sebesar tapak tangan... maunya tak kenyang. Mama saya siap makan separuh dulu dan separuh lagi simpan untuk makan kemudian.

Rasanya ada yang hujung minggu ni atau minggu depan saya request kat tukang buat cookies ni. Stok dah habis le katakan... Exactly, tukang buat cookies ni adalah encik hubby saya dan my little sister. Bersungguh-sungguh depa try buat cookies ni untuk first timenya. Dan akhirnya jadi... :)

Hubby saya memang penggemar biskut coklat ala-ala cookies yang berjaya. Kalau pi raya rumah orang, itu yang di 'food testing'kan. Dan sesejak akhir ni, dia rajin beli soft cookies kat Subway. Murah sikit dari beli kat Famous Amous tu. Udahnya, dia cakap dengan saya nak buat masak soft cookies pula. Makanya, saya carikan kat internet resipi soft cookies yang ada. Dan akhirnya saya jumpa satu blog ni. Memang best sangat. Ada macam-macam resipi cookies, roti, ayam, makanan romania, itali, japan dan lain-lain negara dia try. Nama blognya Home Cooking In Montana. Google aje. InsyaAllah jumpa blog yang sungguh bermanfaat ini.

Gambar cookies terbaru ambang 2018. Hehehe...

Meh saya kongsikan resipi Biskut Lembut Oatmeal dengan Cip Coklat ni (entah ia ke idak translation saya ni):
Bahan:
1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu teh baking powder
3. 1 sudu besar baking soda
4. 1/4 sudu teh garam
5. 1 cawan mentega suhu bilik
6. 1 cawan gula perang
7. 1 cawan gula kastor
8. 2 biji telur
9. 3 cawan oat
10. 1 cawan cip coklat

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, pukul mentega dengan gula perang dan gula kastor. Pukul hingga lembut dan gebu. Boleh guna hand mixer atau whisk. Mana yang senang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dalam satu masa. Pukul adunan lebih kurang dalam 30 saat.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, baking powder dan garam. Gaulkan perlahan-lahan dan ayak.
4. Kemudian, masukkan campuran tepung yang diayak tadi ke dalam adunan mentega gula secawan demi secawan. Pukul hingga mesra sehingga adunan bercampur keseluruhannnya.
5. Selepas itu, masukkan oat dan cip coklat dan gaul sehingga mesra.
6. Panaskan oven pada 175 darjah celcius.
7. Sediakan dulang yang disapukan sedikit mentega agar biskut tidak melekat bila sudah masak / guna non-stick pan.
8. Senduk @ kaup sedikit adunan biskut tersebut dan bulatkan ia. Letak atas dulang. Jika mahu biskut besar maka, kaup le banyak sikit. Jarakkan setiap biskut kerana ia akan kembang dengan jayanya nanti.
9. Masukkan dulang yang berisi biskut tersebut ke dalam oven dan bakar 15-20 minit. Tengok pada saiz biskut & oven anda.
10. Setelah masak, biarkan seketika dalam 5 minit dan bolehlah kemudiannya me'ngap' biskut yang sedap, lembut, chewy itu... :)

Happy cooking

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...