Assalammualaikum.
Masterchef bukanlah satu rancangan yang saya minati satu ketika dulu. Saya jarang menonton episodnya tapi saya pernah juga sesekali menontonnya bilamana adik-adik saya atau suami membuka channel untuk melihatnya. Saya ada juga menonton Masterchef Malaysia masa mula-mula ditayangkan dahulu. Tidaklah selalu cuma kadang-kadang. Dan bila Ezani menang, saya tumpang gembira. A dentist also can become a good cooker.
Dan minat menonton masterchef ini mula membuak-buak bilamana saya tertekan channel 709 dan masa itu rancangan Masterchef Australia season 5 sedang ditayangkan. Saya macam excited bilamana melihat Sarima, seorang wanita beragama Islam dapat masuk ke pertandingan di negara majoritinya berbangsa Inggeris dan beragama Kristian. Terdetik di hati, 'Eh! Tak 'bias' ke mereka ni dengan dia?' Dan rasa takjub makin membuak bilamana melihat dia dapat menyediakan hidangan yang pelbagai dalam masa yang singkat padahal peserta lain hanya membuat 1-2 hidangan sahaja.
Saya pun, lepas habis rancangan tu terus cari di internet tentang dia. Nak tahu dia menang tempat ke berapa. Dan, she's good. Nombor 3 dari ramai peserta. Sejak dari itu, saya sentiasa menonton Masterchef Australia season 5 tu sampai habis (adalah sekali dua yang tak tgk. Mata tak larat nak tunggu).
Lepas habis season tu, saya sambung pula menonton Masterchef Professional Australia di channel yang sama. Bila menonton rancangan ini, sekali lagi saya dikejutkan dengan beberapa perkara. Bonny, seorang peserta wanita dalam rancangan tu, ada masalah pendengaran. Luke, pernah kemalangan dan menghadapi waktu-waktu sukarnya sebagai chef. Akuc, seorang wanita berkulit hitam dari Sudan yang bersabar dengan pandangan orang rakan lain yang tidak berpuas hati dengannya. Marco Pierre White, hakim yang nampak tegas tapi ada soft spotnya yang tersendiri. Dan yang paling menarik, pemenangnya, Rhys Baddock, rupanya adalah seorang bekas penagih dadah. Terjebak ketika berusia 11-12 dan menjadi tegar pada usia 17-18 tahun. Yang bagusnya, ibu dia tidak pernah menyerah kalah. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri anaknya. Dan akhirnya, kerjaya masakan membantu dia keluar dari kepompong ketagihan.
Dan sebentar tadi, saya rasa terkejut, kagum bercampur sedih dengan seorang peserta dari rancangan Masterchef Australia season 3. John Hughes, lelaki ini rupanya mengidap sejenis penyakit yang dipanggil 'cerebral palsy' atau menghidapi penyakit pada serebrumnya. Patutlah gaya dan jalannya lain dari biasa. Dan, dalam rancangan tadi, peserta diminta menyediakan pastri dalam ujian pressure test. Dari situ, barulah saya tahu yang dia adalah seorang OKU tetapi berjaya dalam bidangnya yang tersendiri iaitu wine maker. Ada ladang sendiri ok. Bukan sebarang tu.
Namun, apa yang ingin saya kongsikan ialah dia tahu yang pastrinya tidak menjadi dan dengan beraninya dia ke hadapan hakim tanpa membawa pinggan berisi pastri. Bila hakim bertanya mengapa, dia menjawab, "makanan yang dia buat tidak mencapai standard masterchef. Dan dia hanya akan menghidangkan makanan yang berkualiti dan bagus pada keluarga atau rakan."
Hakim agak terpegun dengan kata-katanya sehinggakan Matt Preston berkata kepadanya " Thank you for your bravery and honesty".
Bukan senang untuk kita admit kesalahan dan kegagalan diri sendiri. Kita yang berasa diri 'sempurna' dengan pemberian Allah ini belum tentu ada kekuatan untuk menyatakannya. Kita mencari kesalahan orang lain hanya untuk menutupi kesalahan sendiri. Bila mana kesalahan sendiri terdedah, mulut mula menyatakan apa sahaja alasan.
Dari rancangan ini, saya mempelajari banyak perkara. Bukan sahaja dari sudut penyediaan makanan dan resipi mahupun menu tetapi juga semangat berani mencuba, tidak mudah putus asa, jangan mengalah dan berlaku jujur dengan apa yang kita lakukan.
Saya berharap, jika ada lagi rancangan Masterchef di Malaysia, ambillah peserta yang betul-betul berminat untuk masak dari kalangan orang biasa. Bukan saya menidakkan penglibatan selebriti dalam rancangan ini tetapi bila melihat terlalu banyak drama atau kata-kata dan tingkahlaku yang tidak sewajarnya, ia sedikit memberi rasa tidak kena pada penonton. Jangan hanya kerana inginkan ranking, mutu itu tidak mencapai standardnya. Berlaku adillah seperti rancangan Masterchef yang lain seperti di UK, Australia, Amerika mahupun New Zealand. Ramai orang lain yang boleh memasak di luar sana cuma peluang itu agak terhad diberikan.
p/s: just my opinion bila menonton pelbagai jenis rancangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan