Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 17 Julai 2021

Kuih tiaw ladna yang power. Sekali makan mesti jatuh cinta.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi ni saya ambil dari YouTube @che_nom . Memang sedap. Kak ipar, suami n mak mertua pun suka. Ini resipinya untuk anda cuba. Saya guna apa aje ada di dapur 😊

Bahan kueh tiaw:
1 bungkus kueh tiaw dibasuh bersih
2 sudu besar minyak masak
4 sudu besar kicap manis

Bahan kuah:
3 sudu minyak masak
8 ekor udang saiz sederhana
4 ulas bawang putih didadu
2 bahagian isi ayam didadu besar
1 sudu kecil lada sulah
5 tangkai cili padi kerat dua
1 batang lobak merah dihiris & potong dua
2 batang sayur bok choy
2 sudu besar sos tiram
5 cawan air
1 kiub pati ayam
1 ekor sotong saiz sederhana dihiris kasar
Garam secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan air
1 biji telur
1 biji tomato potong 6
Jika suka pedas, boleh buat cili kicap

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian, masukkan kueh tiaw & kacau sebentar. Masukkan kicap manis. Kacau hingga sekata & tutup api. Letakkan dalam bekas hidangan.
2. Untuk kuah, panaskan minyak lagi dalam kuali. Masak sebentar udang hingga separuh masak. Kemudian keluarkan udang. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam. Kacau sebentar. Masukkan lada sulah & kacau seketika. Masukkan pula cili padi, lobak merah, batang sayor bok choy & sos tiram, kemudian kacau hingga mesra. Masukkan air. Kacau & masak hingga mendidih sedikit.
4. Masukkan kiub ayam, sotong & garam secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan pula 3-5 sudu air tepung jagung yang siap dibancuh. Letak hingga kuah mendapat kepekatan yang dimahukan.
5. Masukkan telur. Kacau perlahan-lahan. Masuk tomato, udang & sayur bok choy. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang dengan kueh tiaw kicap tadi 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...