Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 13 Oktober 2018

Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dek kerana dah beli labu 'holloween' yang cantik di Bandung haritu, makanya hari ni kita buat sup. Sementelah saya pun demam on off on off, memang sedap le makan. Dan Alhamdulillah, anak saudara si Ely suka dengan sup ni. Siap request nak lagi dan makan sendiri.

Tapi, labu hollowen ni, sedap buat sup atau pastri atau kek tapi tidak gulai. Kerana, esoknya mama masak gulai lemak labu, isinya tak berapa cantik dan ianya kelihatan banyak serat terkeluar berbanding labu di Malaysia.

Sup ni boleh dimakan begitu sahaja, makan dengan roti bakar / garlic bread, makan dengan pepperoni goreng & taburan daun sup/daun thyme/oregano. 

Bahan:
1kg labu dibuang kulit & dipotong kiub besar
1 batang lobak merah dipotong dadu
1 biji kentang dibuang kulit & dipotong dadu
1 biji bawang besar potong empat
4 cawan air stok ayam (guna 2 kiub ayam & cairkan dalam air)
1/2 kotak krim (boleh guna whipping cream/heavy cream/light cream)
1/4 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil garam


Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan kecuali krim ke dalam periuk. Masak pada api sederhana & semua bahan empuk / lembut. Tutup api & biarkan ia sejuk seketika.


2. Setelah bahan agak suam, masukkan semua bahan tadi ke dalam blender & kisar bahan hingga teksturnya lembut. Masukkan dalam mangkuk bersih & masukkan pula krim. Kacau hingga sebati. Siap.

P/s: JANGAN panaskan atas dapur jika sup dah letak krim. Untuk selamat, bila nak makan, panaskan sup sekejap & letak dalam mangkuk kecil & baru letak krim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...