Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Khas untuk orang yang suka maggi & kuih jemput-jemput. Nak rasa kelainan sikit dari kuih yang dibuat, kita letak mi segera pula.
Resipi ni mudah aje. Bahan asasnya hanya mi maggi, rencah maggi, telur & tepung. Tapi oleh kerana kita nak sihatkan diri, kita add sayuran & cili. Ikut aje nak letak apa pun dalam tu.
Nak guna maggi ayam, kari, asam laksa, tomyam, ikut apa ada dalam stok.
Bahan:
2 pek maggi ayam yang direbus
2 perencah maggi
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cili benggala dipotong kiub
1/2 cili merah dipotong kiub
1 batang sosej dihiris nipis
1/4 bawang besar didadu
1 cawan air (bancuh agar adunan tak cair atau pekat sangat)
Minyak untuk menggoreng
1. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk. Gaul sehingga menjadi adunan yang boleh dibuat jemput-jemput. Ketepikan. Biarkan bahan mesra dalam 10-15 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Setelah panas, anda goreng seperti biasa sehingga warna keemasan. Angkat & toskan. Makan dengan sos kegemaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan