Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 31 Ogos 2021

Pasta Aglio Olia yang semua orang suka


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua,

Sesekali kita tukar menu pasta tanpa kuah. Memang sedap geng. Untuk yang suka makanan laut, sesuai sangat geng 😋

Bahan:
1/2 pek spaghetti yang siap direbus
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air rebusan pasta
300gm udang siap dibuang najis
300gm lala siap direbus
10 biji vongole direbus
1/2 biji cili benggala dihiris
1 sudu kecil mixed herbs
1 sudu besar chilli flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar & kemudian masukkan bawang putih. Goreng hingga sedikit garing & kemudian masukkan air rebusan pasta. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar & masukkan cili benggala & udang. Kacau. Bila dah nampak udang bertukar warna merah, masukkan lala & vongole. Kacau perlahan-lahan.
3. Masukkan pula mix herbs, lada hitam, chilli flakes & garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang.

Ahad, 15 Ogos 2021

Cempedak Goreng yang Rangup & Sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,


Rahsianya, guna tepung beras lebih banyak berbanding tepung gandum. Resipi ni saya dapat dari blog Azie kitchen & dia pula dapat dari Dato Sri Vida. Hah gituh... Kita kasi kredit pada tuan punya resipi 😊😊

Ini resipinya:
2 senduk tepung beras
1/2 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya

Penyediaan:
Satukan semua bahan di atas & gaul hingga mesra. Pastikan tidak berketul. Panaskan minyak dalam kuali dengan menggunakan api sederhana. Goreng dengan minyak yang banyak & panas. Masukan satu persatu & masak hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Ulang sehingga cempedak habis. Enak dimakan time dah tak berapa panas 😁

Sabtu, 14 Ogos 2021

Kek Batik yang Sedap & Lembut


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Saya dapat resipi ni dari YouTube @che_nom . Alhamdulillah sedap. Jika dulu masa belajar, saya buat mesti ada liat atau keras, tapi yang hatni, sedang sedap & tak manis sangat.

Oh ya, dan baru saya juga tahu, rupanya nak potong ke batik yang cantik, kena guna pisau panjang yang dicelup sebentar dalam air panas & kena lap selalu untuk dapat potongan yang cantik. Terima kasih sekali lagi Che Nom untuk tipnya 😘

Bahan:
2 pek biskut marie (540 - 600gm) dipatah empat
200gm mentega
153gm susu pekat
50gm serbuk koko
120gm milo
118ml air panas
1 biji telur
1 sudu kecil ekstrak vanila
Secubit garam (jika guna unsalted butter)

Bahan topping chocolate ganache:
200ml whipping cream
200gm coklat masakan
1 sudu kecil ekstrak vanila
1 sudu besar mentega

Penyediaan:
1. Panaskan kuali besar yang non stick dengan api sederhana (kuali biasa pun ok). Masukkan mentega. Masak hingga cair & kacau sekali-sekala.
2. Bila sudah mencair, masukkan susu pekat, serbuk koko & milo. Kacau dengan pantas agar tidak berketul & sehingga semuanya mesra. Masukkan air panas & kacau hingga mendapat adunan yang pekat & licin.
3. Masukkan sedikit garam (sebab saya guna unsalted butter). Masukkan juga telur. Kacau hingga mesra & kemudian masukkan ekstrak vanila & gaul lagi.

Jumaat, 13 Ogos 2021

Home-made sos mayo yang sedap untuk burger, hotdog atau roti john.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Resipi ni saya dapat dari sorang chef di Turki. Bila dicuba & letak pada burger, memang sedap. Anda cuba & anda mesti suka juga lepas tu 😊
Bila Rudy masak burger, maka, saya yang kena standby itu sayur & sos.

Bahan:
2 sudu besar mayo
1 sudu kecil mustard
3 ulas bawang putih disagat / ditumbuk
1 sudu kecil paprika / chilli flakes
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
3 sudu besar jus jeruk (pickle juice). Jika tiada jus jeruk, letak sedikit cuka makanan.

Penyediaan:
Masukkan kesemuanya dalam satu mangkuk. Kacau hingga mesra. Jika ada rasa kurang mengancam skit, letak sedikit jus jeruk lagi.

p/s: jangan guna jus jeruk yang manis. Guna yang biasa aje.

Rabu, 11 Ogos 2021

Kematian yang mengejutkan & dicemburui


Innalillah hiwaina ilaihi roji'un... buat Allahyarham Ustaz Fadli Yusof yang sangat dekat di hati saya sejak beberapa tahun lalu hinggalah ke hari kematiaannya juga buat Allahyarham Siti Sarah yang sentiasa ceria & sabar dengan ujian yang datang pada dirinya.


Kedua-dua mereka ini meninggal atas asbab covid19. Kedua-dua mereka pergi membawa banyak amal kebaikan yang diredhai Allah. Allah redha ke atas mereka. Dan sudah semestinya membuatkan kita cemburu untuk membuat amal kebaikan seperti mereka. 

Bila mendengar berita pulangnya Ustaz Fadli pada 5 Ogos lalu, membuatkan saya sangat terkejut. Saya tak tahu nak cakap apa masa tu tapi hati rasa sedih sangat. Sebak. Teringat terus kepada nama arwah yang sudah saya savekan dalam Maybank2u. Pasti selepas ini saya tak dapat lagi menyumbang terus kepada beliau. Saya tidak banyak amal kebaikan di dunia ini, jadinya, pada dia saya menumbang untuk melakukan kebajikan. Saya tidak sekuat dia & keluarga yang sanggup masuk ke pedalaman Sabah, yang sanggup merentas hutan sungai, yang sanggup berhadapan dengan sihir & buatan orang & berlemah-lembut dalam menyampaikan Islam. Apa yang saya mampu, saya berikan melalui dia. 

Setiap kali dia update kisah di Facebook tentang pengislaman saudara baru, pasti ramai yang mengaminkan doa dia pada saudara baru tersebut juga mengucapkan Alhamdulillah atas rezeki hidayah Allah kurniakan pada mereka melalui dia & team Kembara Syahadah dia. Jika saya berkesempatan, saya juga mengucapkan Alhamdulillah di FBnya. Dan, tidak pernah sekalipun dia mengabaikan ucapan orang di komen FBnya. Dia akan sentiasa memberi tanda Like pada status tersebut meskipun ringkas. Benda sekecil ini pun, Ustaz Fadli mengambil kita akan apa yang dikomen padanya. 

Saya tak dapat nak tulis banyak kebaikan tentang dirinya kala ini kerana air mata asyik mengalir keluar terkenangkan dia. Anda boleh baca komen-komen orang yang mengenali arwah di FB tentang kebaikan & kerja dakwah arwah. Hanya Allah tahu apa rasa kami bila kehilangan orang yang hebat amalan kebaikannya pada manusia & alam. Moga Allah kurniakan dia Syurga Firdaus selesai urusan akhir kita semua.

Dan kematian Siti Sarah, penyanyi terkenal Malaysia ini juga isteri kepada Shuib Sepahtu merupakan satu petanda bahawa ada amal kebaikan & kebajikan yang dilakukan sebelum ini diterima oleh Allah. Ada banyak kebaikan dia mula keluar satu demi satu selepas kematiannya. Hatta keluarga mendapat ucapan takziah dari Yang Di-Pertuan Agong juga Permaisurinya. Dia juga mendapat rezeki solat sunat jenazah ghaib dari Tanah Haram. Ya, pasti sangat ada perkara betul yang dia lakukan sehingga Allah berikan kebaikan nama padanya selepas kematian. Moga Allah tempatkan dia di kalangan hambaNya yang dirahmati juga melindungi keluarganya dari fitnah dunia. Amin...


Sabtu, 7 Ogos 2021

Maggi Mee Bandung yang serius sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Ternampak resipi ni kat YouTube @sheilarusly_jspictures . Teringat pulak ada stok maggi & telur kat dalam fridge. Jadinya, sarapan pagi ni, kita try lah. Alhamdulillah, sedap sangat.
Dek kerana takde daging, saya guna apa aje yang ada di dapur 😊

Ini resipinya.
1 bahagian dada ayam dihiris nipis
3 paket maggi kari
3 sudu besar minyak masak
1/2 biji bawang holland dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu cili kisar
2 sudu besar sos cili
3 cawan air
3 biji telur
2 batang fish cake dihiris kasar
1 batang sayur saderi dihiris
3 helai salad disiat-siat
2 tangkai cili padi merah (hiasan)
2 sudu besar bawang goreng (hiasan)

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang holland & bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing.
2. Masukkan pula perencah maggi kari & sos cili. Kacau hingga mesra. Masukkan pula ayam. Kacau seketika & masukkan air. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan fish cake. Masak sebentar & masukkan maggi mee. Masukkan juga telur sebiji demi sebiji, batang saderi & salad. Kacau perlahan-lahan & tutup dengan penutup kuali. Biarkan ia masak selama 2 minit baru diangkat penutupnya. Kacau perlahan & tutup api. Masukkan dalam mangkuk hidangan & taburkan dengan cili padi & bawang goreng. Siap untuk dihidang.

Khamis, 5 Ogos 2021

Cinnamon Rolls Gebu Gebas Yang Sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,


Rezeki kali ni, cuba resipi dari Ree Drummond. Cantik, sedap & gebu jadinya cinnamon rolls saya. Ada yang saya letak inti kacang & ada yang saya letak inti asas aje. Bila letak kacang walnut kat dalam doh tu, bila makan, jadi lembut aje kacang tu. Tak keras. Sedap. 

Ini resipinya. Hopefully anda pun berjaya juga masak cinnamon rolls ni 😊

Bahan:
1 1/2 cawan susu (saya guna anchor)
1/2 cawan minyak sayuran
1/2 cawan gula
1 paket kecil yis
4 1/2 cawan tepung gandum + sedikit untuk menguli doh nanti
1 sudu kecil serbuk cinnamon (kayu manis)
1/4 sudu kecil parutan buah keras
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 kecil garam
Sedikit mentega cair untuk disadur pada bekas membakar

Bahan inti:
1/2 mentega yang dicairkan
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil buah keras
1/2 cawan kacang walnut dicincang kasar

Penyediaan Doh:
1. Masukkan susu, minyak & gula ke dalam periuk masakan sederhana besar. Kacau mesra & panaskan atas api. Bila kelihatan mula mendidih, tutup api & kacau hingga tidak terlalu panas (bila celup jari, kita boleh tahan panas dia). Ketepikan dari atas dapur & rehatkan sebentar kemudian masukkan yis. Kacau

Rabu, 4 Ogos 2021

Gulai Tempoyak Ikan Patin Yang Mudah Dimasak


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Jarang-jarang dapat makan menu ni. Kiranya, setahun sekali aje. Rezeki kali ni ada stok tempoyak & ada stok ikan patin dengan orang yang jual ikan kucing. Buat tak pedas sangat sebab mertua bila dah masuk 8 series ni, memang tak kuat pedas dah.

Ini resipinya.
Bahan:
1 ekor ikan patin dipotong 4
15 tangkai cili padi (yg suka pedas, boleh tambah lagi)
2 inci kunyit hidup / 1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu tempoyak
2 cawan air
1 tangkai daun kunyit
2 tangkai daun kesum
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Kisar cili padi & kunyit dengan sedikit air. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
2. Masukkan air, tempoyak & kacau dengan bahan kisar supaya sebati. Masak atas api sederhana & biarkan ia masak betul hingga 10 minit. Kacau sekali sekala.
3. Selepas itu, masukkan pula daun kunyit, daun kesum & ikan. Kacau perlahan-lahan kuah hingga ikan masak. Perasakan dengan gula & garam. Siap untuk dihidang.

Selasa, 3 Ogos 2021

Mi Goreng Basah, Power rasanya


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk dapatkan rasa sedap dalam mi goreng basah & juga warna berkilat mi bila masak, ini resipinya. Anda boleh cuba.

Bahan:
1 pek mi kuning dicuci bersih
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air (untuk masakkan cili giling tu sebentar)
2 batang fish cake dihiris sederhana (letak aje apa yg ada dlm fridge)
2 sudu kicap biasa
2 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu besar kicap cair
2 sudu kicap karamel (ini yg naikkan warna berkilat)
1 biji telur
1 ketul tauhu putih
3 tangkai sawi dipotong kasar
Sedikit hirisan kubis (jika suka)
4 sudu besar minyak masak

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling & gaul sebentar. Masukkan pula air & kacau. Biarkan masak sebentar.
3. Bila kelihatan cili garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat, kicap cair, kicap karamel, sos tiram & sos cili. Kacau semuanya agar sekata.
5. Masukkan pula telur & kacau sedikit. Bila dah lihat telur macam dah berketul (separuh masak), masukkan mi & sayur. Masukkan tauhu yang diramas. Kacau sehingga semua sebati. Jika warna tak berapa umph, tambahkan sedikit kicap pekat. Jika tak berapa basah, tambahkan sedikit kicap karamel & sos tiram.
6. Bila dah masak, masukkan mi dalam mangkuk besar. Siap untuk dihidang.

Isnin, 2 Ogos 2021

Maggi Goreng Minang Telur Goyang buat kaki makan pedas


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Maggi goreng minang telur goyang, khas buat peminat pedas.

Ternampak resipi ni di YouTube @sheilarusly_jspictures . Menu mudah yang confirm semua famili suka. Makanya, gigih le memasak 6 paket maggi kari semalam. Masing-masing lepas tu, cari air nak hilangkan pedas (dengan saya sekali 😁)

Bahan:
6 paket maggi kari
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
8-10 ulas cili padi
4 sudu besar cili giling
4 cawan air
4 biji telur
1 keping fish cake dihiris
1 ikat sawi dipotong kasar
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih & cili padi. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk. Masak hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling & kacau hingga mesra. Masak seketika. Kemudian, masukkan perencah maggi semua. Kacau.
3. Masukkan air, kacau & biarkan masak hingga mendidih. Masukkan pula maggi ke dalam kuah & kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan telur satu persatu ke dalam kuali. Masukkan juga fish cake. Waktu ini, kacau perlahan-lahan agar telur tidak terlalu pecah. Masukkan sayur. Kacau sedikit & bila lihat mi segera telah lembut, tutup api & siap dihidang.

Ahad, 1 Ogos 2021

Menu Turki, Patatesli Yumurta @ Eggs with Potatoes


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Turkish breakfast menu, Patatesli Yumurta @ Eggs with potatoes.
Macam telur dadar di Malaysia cuma letak kentang & spices. Dan lebih kurang juga seperti frittata, menu orang barat.
Tq Aysenur Altan dari @turkishfoodtravel untuk resipi.

Bahan:
1 biji kentang besar, dibuang kulit & dipotong dadu
3 biji telur saiz A
2 sudu besar minyak zaitun
sedikit garam, lada hitam, lada sulah, serbuk cili, oregano atau apa sahaja yang anda suka

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali leper. Setelah minyak panas, masukkan kentang. Masak hingga ia separuh masak & tutup atasnya dengan penutup periuk. Kacau sekali sekala. 


2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, garam, lada hitam, lada sulah, serbuk cili & oregano. Kacau hingga semua mesra. 


3. Angkat penutup periuk & masukkan adunan telur tadi serata kentang. Guna api perlahan untuk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...