Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 31 Mac 2021

Peria Goreng Telur Yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Selalunya, jika nak makan peria, saya makan kat kedai mamak. Tapi tadi, bila ternampak beberapa batang peria di lori ali ikan, terus saya nak beli. Siap tanya kakak jiran resipi apa yang sedap. Dia kata goreng dengan telur. Cubalah.

Maka, gigihlah akal mencarinya di web @matgebu . Sekali tengok ada. Apa lagi, kita goreng...
Dan, hasilnya memang sedap. Dan rupanya, harini juga baru tahu, ayah mertua suka sayur ni. Dia dah senduk dulu sebelum akak amik gambar 😅
Ni resipinya. Boleh le cuba.

Bahan:
1 biji peria saiz sederhana. Belah dua & buang empulurnya. Hiris serong & nipis
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji cili merah*(*ditumbuk hancur)

Penyediaan:
1. Rendam peria yang dihiris dalam air bergaram. Rendam dalam 5-10 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata & tuang sedikit air. 3. Masukkan peria kambas. Kacau rata & masak hingga peria lembut sedikit.
3. Tambah garam secukup rasa & kacau rata. Perlahan-lahan tuang telur pada keliling kuali. Bila kelihatan telur mengeras sedikit, gaul rata dengan peria. Masak hingga telur seakan-akan bersalut. Rasa & jika ok, matikan api. Siap.

Isnin, 29 Mac 2021

Gulai lemak cili padi daging salai yang umph!


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Gulai lemak cili padi daging salai. Sesekali makan memang umph!
Jika ingin masak cepat, boleh aje beli daging salai yang ada terjual. Jika tiada, anda boleb salaikan aje di atas kuali ajaib 😊

Bahan:
500 gram daging salai
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato belah 4

Bahan kisar halus
1/3 cawan cili padi kampung
2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

Penyediaan:
1. Cuci daging salai yang siap dihiris, toskan & masukkan ke dalam periuk. Masukkan asam gelugor, serai & bahan kisar halus. Gaul rata & masak hingga mendidih.
2. Tuang santan cair, kacau & masak dengan api sederhana hingga daging lembut. Tambah pati santan & daun kunyit. Kacau perlahan & kerap sehingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya & secubit gula. Rasa & jika rasa sedap, dah boleh tutup api. Masukkan tomato. Kacau & siap.

Resipi Kacang Pool yang sedap dari selatan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kacang pool, menu sedap dari selatan.

Pertama kali makan menu ni masa di kedai Semangkuk. Sedap sangat rasa. Dan sejak kedai ni dah takde, makanya kenalah belajar masak sendiri. Alhamdulillah menjadilah juga walaupun stok kacang merah takde.

Ini resipinya. Oh ya, siapa-siapa yang ada alergi kacang panggang ni, sila ganti dengan kacang yang sesuai ya.

Bahan:
200 gram daging cincang
1 tin kacang pool
1 tin kecik baked bean
1 1/2 camca besar kari daging
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh lada hitam ditumbuk
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 1/2 cawan air

Bahan hidangan:
Roti naa, roti perancis atau apa aje jenis roti yang kemudiannya dipanggang
Bawang besar, didadu kecil
Cili benggala kuning didadu
Cili hija dihiris

Ada rezeki, kita jumpa lagi sayang...


 Salam semua.

Saya jarang kongsi kisah kucing-kucing peliharaan kami sekeluarga. Namun, dalam pada kita seronok lihat gelagat mereka yang cergas, comel & bijak pasti akan tiba satu ketika, kita terpaksa lepaskan mereka. Ya, lepaskan mereka terus...

Setiap kali mereka pergi menghadap Ilahi, hati kami pasti akan jadi sangat sedih. Allah sahaja yang tahu. Allah beri pinjam sekejap. Bagi kami gembira sebentar & belajar erti tanggungjawab kemudian, dia ambil semula. Dia mahu kami belajar banyak perkara tentang binatang comel ini. Dia mahu kami senyum bila tengok ibu kucing pandai jaga anak-anaknya. Dia mahu kami belajar banyak bersabar dengan mereka yang tidak kita faham bahasanya.

Dalam masa 24 jam, dua ekor dah kembali pada Allah. Akibat parvo. Ini tinggal seekor yang sedang berjuang. Dan ada beberapa ekor anak kucing yang lain mula badannya panas & selesema. Rasanya seminggu ni, hati kami akan walang memikirkan mereka.

Setiap kali mereka mahu 'pergi', saya cakap pada mereka, "Maksu paksu sayang kamu. Ada rezeki, nanti kita jumpa lagi kat bawah sana ya. Maksu paksu sayang kamu sampai bila-bila..."

Jumaat, 19 Mac 2021

Agar-agar Sirap Laici yang enak dimakan waktu panas


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Agar-agar sirap laici.
Manisan yang mudah & sedap di makan time musim panas lit-lit ni 😁

Bahan:
30gm agar-agar tali
1.5 liter air
1 1/4 cawan gula
1 cawan sirap
1 tin besar laici + airnya

Penyediaan:
1. Masukkan dalam periuk air, agar-agar & gula. Masak dengan api sederhana & sekali sekala kacau. Masak hingga agar-agar mencair.
2. Kemudian, masukkan sirap & kacau. Selepas itu, masukkan laici & airnya. Kacau seketika & tuang ke dalam loyang. Sejukkan sebentar di luar & kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan sekitar 2 jam. Siap untuk dipotong.

Khamis, 18 Mac 2021

Kueh Tiaw Mi Goreng, 15 minit dah siap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ini antara menu yang mudah masak & cepat penyediaannya. Kat rumah ni, Alhamdulillah suka menu begini. Two In One. Kueh tiaw ada, mi pun ada. Kueh tiaw mi goreng, 15 minit siap masak 😋

Menu mudah untuk sarapan, minum petang atau makan malam. Easy peasy 😊

Bahan:
500gm kueh teow
250gm mi kuning
1 cekak kucai, potong pendek
1 genggam taugeh
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih dihiris
7 ketul fish ball dipotong 3
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 biji telur, dipukul sedikit
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
1 ketul tauhu putih
Garam secukup rasa
Cili merah & hijau untuk hiasan

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar & bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar & goreng seketika. Masukkan pula sos tiram & sedikit air, kacau dan tumis hingga cili garing.
2. Masukkan pula fishball. Masak sebentar & kemudian ketepi bahan di tepi kuali, masukkan telur & biar telur sedikit masak & hancurkan.
3. Masukkan kicap manis, kicap pekat & kicap cair serta sedikit air. Kacau rata & masak hingga sedikit pekat. Letakkan kueh teow, mi kuning, taugeh & daun kucai, gaul rata. Rasa & jika kurang masin, masukkan sedikit garam. Gaul rata & siap. Hidang dengan hirisan cili atau bawang goreng.

Rabu, 17 Mac 2021

Pisang Goreng, menu sedap bila minum petang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu pisang goreng memang sedap untuk minum petang. Bila dah masak sendiri, tentu portionnya banyak & boleh repeat makan berbanding beli di luar. Jimat duit poket 😊
Bukan apa, haritu terkena dapat pisang goreng 1 biji dibelah 4. Harganya, hmmm... Pedih hati sat.

Bahan:
1 sisir pisang abu dibelah 2
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Beberapa titik pewarna kuning
Garam secukup rasa
Air secukupnya (agak-agak tak terlalu cair)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Satukan tepung beras, tepung gandum, garam & telur, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat.
2. Letak sedikit pewarna kuning. Rehatkan dalam 10 minit. Panaskan kuali & masukkan minyak. Kemudian goreng pisang seperti biasa hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Siap.




Selasa, 16 Mac 2021

Sandwich Ayam Goreng Nasi Kandar, confirm sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Lately saya agak busy sedikit. Pelbagai urusan perlu diselesaikan. Dan ini antara menu mudah yang kita semua boleh buat. Menu kenyang di waktu pagi, hehe...

Sandwich ayam goreng nasi kandar. Resipi mudah untuk penggemar ayam goreng mamak.
Yang suka sayur, bolehlah letak salad, tomato, timun, buah jeruk, telur rebus dan lain-lain.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...