Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 29 Mac 2021

Ada rezeki, kita jumpa lagi sayang...


 Salam semua.

Saya jarang kongsi kisah kucing-kucing peliharaan kami sekeluarga. Namun, dalam pada kita seronok lihat gelagat mereka yang cergas, comel & bijak pasti akan tiba satu ketika, kita terpaksa lepaskan mereka. Ya, lepaskan mereka terus...

Setiap kali mereka pergi menghadap Ilahi, hati kami pasti akan jadi sangat sedih. Allah sahaja yang tahu. Allah beri pinjam sekejap. Bagi kami gembira sebentar & belajar erti tanggungjawab kemudian, dia ambil semula. Dia mahu kami belajar banyak perkara tentang binatang comel ini. Dia mahu kami senyum bila tengok ibu kucing pandai jaga anak-anaknya. Dia mahu kami belajar banyak bersabar dengan mereka yang tidak kita faham bahasanya.

Dalam masa 24 jam, dua ekor dah kembali pada Allah. Akibat parvo. Ini tinggal seekor yang sedang berjuang. Dan ada beberapa ekor anak kucing yang lain mula badannya panas & selesema. Rasanya seminggu ni, hati kami akan walang memikirkan mereka.

Setiap kali mereka mahu 'pergi', saya cakap pada mereka, "Maksu paksu sayang kamu. Ada rezeki, nanti kita jumpa lagi kat bawah sana ya. Maksu paksu sayang kamu sampai bila-bila..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...