Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 31 Mei 2020

Resipi Pecel Jawa & Tauhu Sumbat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni saya teringin nak makan pecel & tauhu sumbat. Mood makan sayur menyeru-nyeru. Hehe...

Bahan memasak menu ini murah & mengenyangkan. Dengan kos hanya bawah RM20, dah dapat set makan tengahari & malam untuk 4-5 orang. Bukan itu sahaja, kuah kacang itu sesuai makan dengan kedua-dua menu, pecel & tauhu sumbat.
Untuk kuah kacang, resipi mak mertua saya & Chef Suwarsi sama (cuma tambah cili padi aje), maka senang untuk memasaknya.

Tq Chef @chefsue_arukin untuk menu pecel ni.
Ini saya kongsikan resipinya.

Bahan pecel:
1 ikat kangkung diambil batang lembut & daunnya
1 cawan taugeh
3 biji kentang dibuang kulit & dipotong 4
1/4 biji kubis dihiris kasar
4 biji telur direbus
1/2 batang timun
1 keping tempe dihiris nipis
2 keping tauhu


Bahan tauhu sumbat:
5 keping tauhu
1 genggam taugeh
1/2 batang timun diracik

Bahan kuah:
400gm kacang tanah
10 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
12 tangkai cili kering
13 biji cili padi
2 inci belacan
2 sudu besar air asam
600ml air
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk kuah kacang

Penyediaan:
1. Sediakan kuali berisi air & sedikit garam. Didihkan atas dapur. Setelah menggelegak, celur satu persatu bahan mulakan dengan taugeh, celur & toskan. Kemudian, kubis & kangkung. Celur & toskan. Rebus kentang dalam 8-10 minit guna api sederhana.
2. Goreng kesemua tauhu. Angkat & toskan. Selepas itu, goreng tempe yang disalut kunyit garam. Angkat & toskan. Susun bahan celur & goreng di atas pinggan.
3. Untuk kuah kacang, goreng kacang tanah hingga masak. Angkat, toskan & kisar/tumbuk tapi jangan lumat.
4. Goreng cili kering, cili padi, bawang merah, bawang putih & belacan hingga bahan-bahan keperangan. Tumbuk/kisah bahan yang digoreng .
5. Dalam satu mangkuk besar, campur bahan cili, kacang, air asam, gula & garam. Masukkan air suam. Kepekatan kuah ikut citarasa.


6. Untuk tauhu sumbat, belah 2 tauhu & buatkan garis lubang di tengah untuk meletak hirisan timun & taugeh. Dah siap.


Sabtu, 30 Mei 2020

Spaghetti Goreng Berdaging


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ternampak menu yang Tuanku Permaisuri Agong @airtangan_tunkuazizah masak untuk anakandanya baru-baru ni. Bila teringat ada beberapa bahan dapur yang lebih kurang aje nak dapat menu seperti ini, makanya saya pun cuba.

Alhamdulillah, suami & mak mertua suka. Terima kasih banyak Tuanku, bagi kami idea nak memasak untuk keluarga.

Ini saya kongsikan resipinya. Tidaklah serupa tapi seakan sama jika ada rakan nak cuba.


Bahan:
2/3 pek spaghetti yang direbus al dante
4 sudu besar minyak zaitun / minyak sayuran
3 sudu besar cili giling
2 sudu besar pes tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1/4 cawan air
300gm daging cincang
1/2 biji bawang besar didadu
1/4 biji cili benggala hijau didadu
1/2 batang lobak merah didadu
1/3 tangkai biji jagung dihiris
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan bawang besar. Tumis hingga naik bau. Kemudian, masukkan daging cincang. Masak daging hingga air daging keluar & sedikit mengering.
2. Masukkan cili giling. Kacau & masak seketika. Masuk pula tomato puri, sos cili, kicap & air. Kacau & masak sehingga mendidih.
3. Seterusnya, masukkan spaghetti, cili benggala, lobak merah & jagung. Kacau bahan hingga mesra. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika & siap.

Jumaat, 29 Mei 2020

Resipi Jemput-jemput Maggi yang enak


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Khas untuk orang yang suka maggi & kuih jemput-jemput. Nak rasa kelainan sikit dari kuih yang dibuat, kita letak mi segera pula.

Resipi ni mudah aje. Bahan asasnya hanya mi maggi, rencah maggi, telur & tepung. Tapi oleh kerana kita nak sihatkan diri, kita add sayuran & cili. Ikut aje nak letak apa pun dalam tu.
Nak guna maggi ayam, kari, asam laksa, tomyam, ikut apa ada dalam stok.

Bahan:
2 pek maggi ayam yang direbus
2 perencah maggi
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cili benggala dipotong kiub
1/2 cili merah dipotong kiub
1 batang sosej dihiris nipis
1/4 bawang besar didadu
1 cawan air (bancuh agar adunan tak cair atau pekat sangat)
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk. Gaul sehingga menjadi adunan yang boleh dibuat jemput-jemput. Ketepikan. Biarkan bahan mesra dalam 10-15 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Setelah panas, anda goreng seperti biasa sehingga warna keemasan. Angkat & toskan. Makan dengan sos kegemaran.

Khamis, 28 Mei 2020

Moist Butter Cake yang sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Moist butter cake yang sedap.

Akhirnya kek saya buat tak bantat kejadiannya lagi. Alhamdulillah... 

Saya & kek bantat tak dapat dipisahkan. Kalau tak bantat, hangit. Memang tragis betul nak dapatkan kek yang diidam. 

Tapi kali ni, entah kenapa teringin sangat nak makan & buat, godek punya godek, jumpa resipi butter cake ni. Teringat mama & am yang suka kek ni. Makanya, saya cuba juga. Jadi... Yeah... 
Rudy kata, "Ni namanya kek PKP. Tak bantat, tak kecut. Sedang-sedang tingginya." 

Jom cuba. Kot anda jenis seperti saya, hopefully menjadi juga.

Bahan:
250 gram mentega (saya guna brand Anchor)
250 gram tepung naik sendiri (tepung gandum 1 1/4 cawan + 1/2 sudu kecil baking powder+ 1/4 sudu kecil garam)
180 gram gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar


Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 170°c.
2. Dalam satu mangkuk, pukul mentega & gula hingga kembang, gebu & bertukar warna cerah. Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang-seli dengan tepung. Pukul hingga mesra. Kemudian, masukkan susu segar & pukul hingga sebati. Just guna low speed.
3. Masukkan dalam loyang segi empat tepat yang saiz sederhana (bahan tak banyak sangat) & telah disapu mentega & disadur tepung / baking sheet. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan & dipotong.

Rabu, 27 Mei 2020

Sandwich Pataya yang mengenyangkan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi Sandwich Pataya yang simple tapi mengenyangkan.

Nampak tak di saat-saat dok rumah sambil fikir apa nak masak, idea baru muncul.
Bila stok telur mak mertua beli banyak, sambal bilis baki semalam ada, roti encik hubby baru beli & baki keju sebulan lepas ada, kita pun buat le sarapan pagi tadi guna idea @matgebu yang terjenguk keluar di IG.

Bahan:
6 keping roti
6 biji telur
3 keping keju
Baki sambal bilis / sardin secawan
Sedikit marjerin atau mayo untuk sapuan
Sedikit minyak untuk masak lapisan telur

Penyediaan:
1. Pecahkan telur 2 biji dalam mangkuk & kacau. Panaskan kuali leper guna api perlahan & letak sesudu besar minyak dalamnya. Setelah minyak panas, masukkan telur & dadarkan telur dalam kuali sehingga menipis & lebar.


2. Letakkan roti & disapu marjerin di tengah & letakkan kepingan keju. Letakkan pula sambal bilis/sardin di atasnya. Katup dengan sekeping lagi roti.


3. Perlahan-lahan, katup roti dengan telur seperti gaya melipat surat ☺️. Tutup api dapur & biarkan haba kuali memanaskan isi roti. Ini agar telur anda tak terlalu garing atau hangit. Setelah beberapa ketika, ambil piring atau pinggan lebar untuk tangkupkan roti pataya di atasnya & terbalikkan. Boleh dihidangkan sekali dengan sosej, kentang goreng mahupun jejari ketam. Siap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...