Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 31 Mei 2020

Resipi Pecel Jawa & Tauhu Sumbat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni saya teringin nak makan pecel & tauhu sumbat. Mood makan sayur menyeru-nyeru. Hehe...

Bahan memasak menu ini murah & mengenyangkan. Dengan kos hanya bawah RM20, dah dapat set makan tengahari & malam untuk 4-5 orang. Bukan itu sahaja, kuah kacang itu sesuai makan dengan kedua-dua menu, pecel & tauhu sumbat.
Untuk kuah kacang, resipi mak mertua saya & Chef Suwarsi sama (cuma tambah cili padi aje), maka senang untuk memasaknya.

Tq Chef @chefsue_arukin untuk menu pecel ni.
Ini saya kongsikan resipinya.

Bahan pecel:
1 ikat kangkung diambil batang lembut & daunnya
1 cawan taugeh
3 biji kentang dibuang kulit & dipotong 4
1/4 biji kubis dihiris kasar
4 biji telur direbus
1/2 batang timun
1 keping tempe dihiris nipis
2 keping tauhu


Bahan tauhu sumbat:
5 keping tauhu
1 genggam taugeh
1/2 batang timun diracik

Bahan kuah:
400gm kacang tanah
10 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
12 tangkai cili kering
13 biji cili padi
2 inci belacan
2 sudu besar air asam
600ml air
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk kuah kacang

Penyediaan:
1. Sediakan kuali berisi air & sedikit garam. Didihkan atas dapur. Setelah menggelegak, celur satu persatu bahan mulakan dengan taugeh, celur & toskan. Kemudian, kubis & kangkung. Celur & toskan. Rebus kentang dalam 8-10 minit guna api sederhana.
2. Goreng kesemua tauhu. Angkat & toskan. Selepas itu, goreng tempe yang disalut kunyit garam. Angkat & toskan. Susun bahan celur & goreng di atas pinggan.
3. Untuk kuah kacang, goreng kacang tanah hingga masak. Angkat, toskan & kisar/tumbuk tapi jangan lumat.
4. Goreng cili kering, cili padi, bawang merah, bawang putih & belacan hingga bahan-bahan keperangan. Tumbuk/kisah bahan yang digoreng .
5. Dalam satu mangkuk besar, campur bahan cili, kacang, air asam, gula & garam. Masukkan air suam. Kepekatan kuah ikut citarasa.


6. Untuk tauhu sumbat, belah 2 tauhu & buatkan garis lubang di tengah untuk meletak hirisan timun & taugeh. Dah siap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...