Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 6 September 2015

Carrot Cake @ Kek Lobak yang disukai kebanyakan orang dewasa (budak tak suka sayur)


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera Semua...

Kek lobak atau carrot cake adalah kek yang baru pertama kali saya buat. First time saya rasa kek ini masa adik saya bertunang (rasanyalah. Ingat-ingat lupa ni). Cousin saya yang buat dan bila makan kek ni, saya terus jatuh hati dengan rasanya. Kalau dulu masa kecil-kecil, confirm takkan makan sebab sayuuurrr... But, after time goes by, mulut dan boleh menerimanya.

Dan saya cuba buat kek ini last week. Itupun saya bila dok godek-godek berita flipboard tentang resipi, ada blogger writer ni kongsikan resipinya. Bila ditilik-tilik, 'Eh, senang aje bahan-bahannya. Semua ada di dapur kecuali 1-2 barang aje yang nak dibeli'. So, I asked my encik suami untuk buat kek ni dan beli barang. Dan tadaaaa... Alhamdulillah, Allah izinkan saya membuatnya dengan jayanya.

Inilah hasilnya... Tapi pengajaran yang saya dapat bila buat kek ini dan jika anda guna bekas kaca yang tebal seperti di atas untuk masuk dalam oven, pastikan anda guna api atas bawah selama 1/2 jam dan 5-10 minit kemudiannya api bawah sahaja. Ini bagi memastikan dasar kek dan tengah kek masak sepenuhnya.

Ada satu insiden menarik tentang carrot cake ni masa anak sedara makan.
Maksu: Siapa nak kek?
Nurin & Balqis: Nak...
Maka, maksunya pun potong dan berikan sepotong kecil sorang. Dalam hati dan sorok senyum.
Nurin: Kek apa ni maksu?
Maksu: Makan ajelah. Namanya pun kek.
Nurin: Sedap ke maksu?
Maksu: Sedap... Makan ajelah...
Setelah beberapa ketika dia makan dan kunyah, tiba-tiba...
Nurin: Maksu, ni carrot kan??
Maksu: Ha'ah. Carrot. Kau makan sayur kan? (cuba tahan senyum)
Nurin: Aaaa... (dengan muka serba salah nak mengaku ke tidak ni)
Maksu: Alah... makan ajelah. Carrot bukannya sayur hijau.
Muka Nurin lepas tu dah terkulat-kulat nak habiskan sepotong kecil kek kecik di tangannya. Saya dah gelak-gelak sebab dapat kenakan dia yang penakut makan sayur (kadang-kadang dia eksyen. Katanya Nurin makan carrot aje. Sayur hijau tak nak. Hambik kau... Hehehe...)

Jom masak carrot cake dan frostingnya. InsyaAllah kita yang dewasa sukakan rasanya sebab mama, mak mertua dan ayah mertua saya berulang kali makan kek ni.
Resipi ni saya ambil di youtube Laura In The Kitchen dan internet Flipboard. InsyaAllah senang anda ikutnya.

Bahan-bahan kek:
1. 11/2 cawan tepung serbaguna
2. 1/2 cawan gula kastor
3. 1/4 cawan gula perang
4. 1 sudu kecil baking soda
5. 2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
6. 1/2 sudu kecil garam
7. 3/4 cawan minyak sayuran
8. 2 biji telur saiz A (kalau takde telur besar ni, guna aje telur kecil cuma jadikannya 3 biji k)
9. 1 sudu besar ekstrak vanila
10. 11/2 cawan parutan lobak merah (lebih kurang 2 biji lobak merah besar)
11. 1/2 tin nanas dan airnya juga
12. 1/2 cawan kismis (saya guna kurma yang dicerai-ceraikan. kurma baki puasa haritu)

Bahan-bahan frosting (aising):
1. 85gm cream cheese
2. 1/4 cawan unsalted butter
3. 2 cawan gula icing
4. 1 sudu kecil ekstrak vanila
5. 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis

Penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 Celcius
  2. Sediakan loyang 9 inci atau apa aje bekas yang anda ada yang boleh masuk ke dalam oven (jangan besar sangat). Sadurnya dengan sedikit minyak sayuran dan letakkan helaian kertas minyak di bawahnya dan sadurkan sedikit minyak sayuran juga.
  3. Di dalam mangkuk sederhana besar, masukkan parutan lobak, nanas dan kismis di dalamnya. Masukkan 1 sudu besar tepung serbaguna dan gaulnya. Ini bagi memastikan bila anda campurkan bahan ini ke dalam tepung dan masak, ia akan tersebar ke seluruh kek dan bukan jatuh di dasarnya.
  4. Di dalam mangkuk besar yang lain pula, masukkan semua bahan kek tadi (gula kastor, gula perang, cinnamon, garam, baking soda, minyak & telur) kecuali tepung dan gaul hingga semuanya mesra. Kemudian, masukkan campuran lobak, nanas, kismis dan tepung tadi ke dalamnya. Gaul lagi.
  5. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang atau bekas pembakar dan bakar selama 30 minit. Jika anda guna loyang yang tebal, gunakan api bawah untuk 5 - 10 minit terakhir. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek sudah masak (lidi keluar bersih jika kek sudah masak)
  6. Jika kek sudah masak, letakkannya di atas jaring besi (saya letak atas papan pemotong aje) dan biarkannya ianya sejuk. Ini kerana jika kek panas dan anda meletakkan frosting atas kek, frosting akan mencair. 
  7. Untuk frosting, campurkan semua bahan frosting kecuali air dan gaul sehingga sebati. Guna spatula aje. Jika nampak agak pekat frosting tu, baru tambahkan air tadi jika ok aje, tak payah taruk langsung air tu.
  8. Hiasi kek dengan sadurkan frosting ke atas kek yang telah sejuk. Jika ada lebihan frosting, sadurkan di sekeliling kek. Bila dah siap, letakkan dalam peti ais lebih kurang 1-2 jam agar frosting tersebut sejuk dan keras. Lepas tu apa lagi, potonglah ikut kadar anda mahu makan. 
Jika anda ingin tambah bahan dalam kek ini, boleh aje taruk parutan kulit oren ataupun kacang walnut ketika ingin campurkan lobak dengan tepung (step 3 tadi).
Jika anda inginkan topping atas frosting untuk hiasan, boleh aje letak pecahan kacang walnut, parutan kulit oren, buah-buahan atau apa sahaja yang anda rasa anda nak letak. Its your cake, so buat aje apa yang anda suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...