Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba masak kek sarang semut guna cara kukus. Kek sarang semut atau juga dikenali sebagai kek gula hangus ni ada dua cara untuk memasaknya. Satu bakar dalam oven dan satu lagi kukus. Anda boleh pilih mana yang selesa. Kek sarang semut ni memang kek oldies. Jika anda ada orang tua lama-lama, mereka suka masak kuih ni sebab bukan setakat lembut tetapi juga tak berapa manis seperti kuih manisan sekarang (bila dah masuk umur 40, dah tentu kena kawal tahap gula bagai). Adunan yang saya kongsikan ni loyangnya kecil aje. Jika anda cuma ada loyang besar, boleh doublekan bahannya.
Bahan untuk masak kek sarang semut versi kukus:
125 gram mentega yang dicairkan
1 1/4 cawan gula kastor
1 cawan air panas
4 biji telur gred A pada suhu bilik
6 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar sodium bikarbonat
1 cawan tepung gandum
Tapis untuk mengayak (penting untuk menampis ketulan ketika menuang bahan nanti)
Loyang yang disapu dengan mentega kelilingnya

Penyediaan:
1. Masukkan gula ke dalam kuali yang apinya sederhana besar (pastikan kuali yang anda guna adalah saiz besar kerana gula akan menggelegak pada satu tahap tertentu). Biarkan gula larut dengan sendirinya dan mencair bertukar menjadi warna perang. Kacau sedikit cairan gula yang semakin mencair perlahan-lahan.

2. Setelah semuanya mencair, masukkan air panas perlahan-lahan (masa ni akan mula memercik air gula tersebut) dan kemudian kacau sehingga sebati. Tutup api dan biarkan ia sejuk sebentar.
3. Dalam bekas lain, pukul telur sehingga rata cuma jangan terlalu kembang or berbuih. Masukkan pula susu pekat dan esen vanila. Kacau sehingga sebati. Masukkan mentega cair dan gaul mesra.
4. Tepung gandum dan soda bikarbonat dicampurkan dan kemudian diayak. Masukkan campuran tepung ini ke dalam bekas adunan cair. Kacau bahan sehingga mesra.
5. Masukkan pula gula perang yang sudah suam ke dalam adunan dan mestilah ditapis (bagi membuang ketul-ketul gula jika ada). Gaul bahan sehingga sebati.
6. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega dasar dan tepinya. Untuk adunan yang cantik, anda tapis adunan tadi semasa masuk ke dalam loyang. Perap adunan dalam 1 jam dan kemudian masukkan dalam periuk kukus. Tutup bahagian atas loyang dengan auminium foil, atau kain untuk elakkan dari air wap menitik ke permukaan atas. Masak guna api sederhana selama 1 jam.

7. Setelah satu jam, angkat penutup kukus dan kemudian perlahan-lahan buka aluminium foil. Kukus sekali lagi dalam 10 minit untuk memastikan bahagian atas betul-betul masak. Selepas itu, ambil lidi untuk cucuk bahagian tengah kek. Jika tiada adunan yang melekat di lidi, kek sarang semut kita dah masak. Keluarkan dari pengukus dan biarkan sebentar untuk sejukkannya sebelum dipotong untuk dinikmati.
![]() |
Kek sarang semut, menu manisan untuk buka puasa |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan