Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Coffee cake @ kek kopi

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera semua... Saya seronok sangat bila kek kopi yang saya nak buat dan makan akhirnya menjadi. TQ Allah...


Saya bukan pandai masak. Jauh sekali membuat kek kerana bagi saya membuat kek perlu konsentrasi & ilmu yang tinggi. Tapi rupanya itu semua bukan halangan bila kita ada kemahuan. Dan sebab kemahuan saya adalah kerana rancangan MASTERCHEF.

2 kali saya menonton rancangan Masterchef berbeza dan kedua-dua peserta menyediakan dessert coffee cake yang sedap kepada juri & mereka terselamat dari disingkirkan. I said to my self, 'one day I will try to make it. By me or help by others'.

Dan selepas diambil resipi peserta Masterchef Australia yang kelihatan sedap di tv, whatsapp cousin & rakan2 yang pandai membuat kek, maka inilh hasilnya. Alhamdulillah sedap. Encik hubby pun kata buttercreamnya itu sedap... :) Cuma untuk penambahbaikan, saya kena pekatkan sedikit kopi espresso nya dan letak 1 layer kertas di dasarnya (jangan letak keliling sebab dah macam tak lawa pulak rupanya bila keluarkan dari tray).

Jom saya kongsikan cara membuatnya. Agak mudah juga rupanya...

Bahan-bahan:
Kek.
1. 250gm mentega, lembut pada suhu bilik
2. 1 cawan gula kastor
3. 1 sudu besar pes vanila (tang ni tak semua orang boleh ada sebab harganya yang sedikit mahal. So, saya guna aje vanilla esen, hehehe... menderhaka resipi sungguh)
4. 4 biji telur gred A (kalau telur tu kecil, tambahlah sebiji lagi)
5. 2 cawan tepung naik sendiri (self raising)
6. 2/3 cawan susu, pada suhu bilik
7. 1/3 cawan kopi espresso (kalau takut dengan kuantitinya, letak aje 2-3 sudu kecil serbuk kopi espresso tu dan letakkan dalam 3 sudu air kopi espresso. Makcik menderhaka resipi lagi ni)

Buttercream (ising kek) untuk 1 tingkat kek sahaja tanpa corak bunga-bunga yang guna nozel tu:
1. 125gm mentega lembut
2. 1 cawan gula icing
3. 4 sudu besar air kopi espresso

Ini kek yang mula-mula saya buat. Warnanya tak berapa menyerlah sangat sebab saya just taruk air kopi tanpa serbuk (saya tertinggal bab yang kena taruk serbuk tu).

Ini yang 2nd saya buat, seminggu kemudiannya. Warna dia gelap kan. Saya taruk 3 sudu kecil serbuk kopi.

Penyediaan:
  • Panaskan oven pada suhu 180C. Griskan kertas dan loyang pembakar. Untuk tin tu, saiznya 2x20cm.
  • Untuk membuat kek, putarkan mentega, gula dan pes vanila dalam 1 bekas menggunakan hand mixer. Pukul sehingga kembang. Kemudian masuk telur satu per satu semasa memukul kek.
  • Masukkan tepung, susu dan kopi dan pukulnya dengan perlahan. Guna mixer nombor 1 atau 2 aje pukulannya. Pukul sehingga gebu atau lembut. Kemudian, curahkan bahan tadi ke dalam loyang pembakar dan masaknya selama 30 minit. Bila sudah masak, biarkan ia sejuk seketika dan kemudian pindahkannya ke atas kawat besi (wire rack) dan biarkan ia betul-betul sejuk.
  • Untuk buttercream kopi, pukul mentega sehingga pucat (pale), tambahkan gula icing dan air kopi espresso sehingga ringan dan gebu.
  • Sapukan buttercream tadi di atas kek dan kelilingnya. Dan tadaaa... siap.
Happy cooking.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...