Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus / Kek Sarang Lebah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, rezeki saya dapat buat dan makan kek sarang semut @ kek gula hangus @ kek sarang lebih ni.

Saya suka kek ni. Kalau ada gerai atau kedai makan yang jual, saya akan membelinya. Tapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, susah sangat nak cari kek sarang semut. Bila nak beli pula, kelihatan tak berapa tempting dan sudah semestinya MAHAL. Kecik kiut, harganya boleh jadi sangat merepek. Alo kak yang jual... seingat memori saya masa kecil dulu, kek ni dijual pada harga yang sebaris dengan karipap, donat, keria dan lain-lain. Entah kenapa lah dikau jual harga yang menusuk kalbu.

Dan... Syukur pada Allah kerana diberikan saya resipi yang menjadi. Ni semua gara-gara Maklong saya tag saya di FB akan resipi kek ini. Katanya dia nak saya cuba. Entah kenapa dia tag saya, saya tak tahu. Barangkali, bak kata Puan Roza, Allah perkenankan doa dalam hati kecil kita tepat pada masanya, Bila dan bagaimana, kita tunggu dan lihat. :)

Jom saya kongsikan resipi ini. Oh ya, 1st time buat, Alhamdulillah menjadi juga cuma, sedikit hangit dan keras di bahagian atas. So, kena potong kek tu sikit. 2nd time buat pula, gula hangus yang saya buat jadi pahit sedikit. Barangkali tahap api sedikit besar dan gula pasir yang agak kasar menjadikan ia lambat menggelegak dan berkerak. Dan untuk kali ke-3, barulah kek menjadi dengan cantik dan sedapnya. Atas kek akan sedikit berkerak hangus namun, ia masih boleh ditarik sahaja bahagian yang hangit tersebut tanpa dipotong.

Ini kek yang pertama kali saya cuba. Alhamdulillah jadi... :)

Bahan-bahan:
1. 125 gram mentega yang dicairkan (saya guna butterlite atau buttercup)
2. 1 1/4 cawan gula kastor
3. 1 cawan air panas
4. 4 biji telur gred A pada suhu bilik (jika tiada gred A, tambah sebiji lagi ya)
5. 6 sudu besar susu pekat
6. 1 sudu kecil esen vanila / ekstrak vanila
7. 1 sudu besar sodium bikarbonat
8. 1 cawan tepung gandum
9. Tapis untuk mengayak (penting untuk menampis ketulan ketika menuang bahan nanti)
10. Loyang yang diletakkan tracing paper/aluminium foil & disapu dengan mentega kelilingnya

Penyediaan:

  1. Masukkan gula ke dalam kuali yang apinya sederhana besar (pastikan kuali yang anda guna adalah saiz sederhana atau besar kerana gula akan menggelegak pada satu tahap tertentu). Biarkan gula larut dengan sendirinya dan mencair bertukar menjadi warna perang.
  2. Masukkan air panas secara perlahan-lahan dan kacau kemudiannya sehingga sebati. Tutup api dan biarkan ia sejuk sebentar.
  3. Dalam bekas lain, pukul telur tadi sehingga rata cuma jangan terlalu kembang or berbuih. Masukkan pula susu pekat dan esen vanila. Gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan mentega cair tadi dan gaul mesra.
  5. Masukkan pula soda bikarbonat yang ditapis. Masukkan pula tepung gandum yang ditapis. Gaul bahan sehingga mesra.
  6. Masukkan pula gula perang yang sudah suam-suam kuku tu ke dalam bahan. Tapis gula tersebut juga ya bagi mengelakkan ia berketul-ketul. Gaul bahan sehingga sebati.
  7. Masukkan bahan dalam adunan tadi ke dalam loyang yang telah diletakkan tracing paper/aluminium foil. Untuk adunan yang cantik, anda tapis adunan tadi semasa masuk ke dalam loyang. Perap adunan dalam 2 jam dan kemudian bakar (letak aje atas meja & tutup dengan tudung saji).
  8. Untuk oven kecil, bakar pada suhu 160 C api bawah selama 25 minit dan kemudiannya 155 C api atas 15-20 minit. Untuk pastikan kek masak. cucuk dengan lidi bahagian tengah kek tersebut. Jika tiada adunan melekat pada kek, kek sudah masak sepenuhnya. Jika oven yang anda guna besar, bakar pada suhu 170 C sama seperti cara membakar guna oven kecil (saya dah buat perbezaan bila guna oven sendiri dan oven mama saya).
Tapis bahan anda seperti dalam gambar ini. Ia bagi memastikan tiada ketulan besar gedebuk masuk dalam tu. Ngeee....

Kek sarang semut ini sedap dimakan masa ianya sedikit panas mahupun pada suhu biasa dan sejuk. Best dalam apa keadaan sekalipun untuk di 'Ngap'.

Happy cooking...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...