Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 21 Mei 2021

Kek Marble yang moist & wangi


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, kek marble kali ni menjadi. Gembira hati saya. Rudy dah cakap, "Ini kalau bantat gak, kita makan dengan aiskrim aje." 🙄
Dan syukur sangat, menjadi juga. Masuk dalam oven pun dah berselawat. Minta Allah jadikan kek ni elok & sedap. Alhamdulillah, elok kejadiannya. Ini resipinya. Saya ambil dari web @matgebu . Saya guna terus tepung self rising.

Bahan:
250 gram majerin
130 gram gula kastor
4 biji telur gred A
240 gram tepung self rising
1/4 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar serbuk koko

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 175C°. Lenser tin dengan majerin & alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Guna mixer, pukul majerin & gula kastor hingga kembang. Setelah gula hancur & kembang, masukkan telur satu persatu & terus putar mixer hingga adunan kembang memucat.


3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar, hingga habis. Tambah esen vanilla & putar rata. 
4. Ambil 7 sudu besar adunan tadi & masukkan ke dalam mangkuk lain. Tambah serbuk koko &, kacau rata hingga sebati.
5. Tuang 1/2 adunan tanpa warna & kemudian sudukan beberapa bahagian atasnya dengan adunan koko, tuang baki adunan tanpa warna & sudukan lagi baki adunan koko. Guna lidi atau hujung pisau, pusingkan adunan tadi beberapa kali agar membentuk corak marble.
6. Bakar dalam oven 40 minit atau hingga kek masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bersih pada bahagian tengahnya, kalau keluar bersih tanda kek masak. Keluarkan kek dari oven, biarkan 5 minit dan boleh keluarkan kek dari tin. Biarkan ia sejuk sendiri & barulah dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...